Lokasi:
Rizky Cendol Durian @ Kota
Damansara
Alamat:
PJU 5, Jalan Teknologi 3/9,
Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor.
Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor.
Waktu Operasi:
11.00 pagi - 12.00 tengah
malam (Setiap hari)
Tarikh Lawatan:
23 Jun 2020 (Kali Ke-1)
04 Julai 2025 (Kali Ke-2)
Rizky Cendol Durian @ Kota
Damansara menjadi lokasi persinggahan hari ini untuk makan cendol durian. Sedap
layan cendol petang ini terutama cuaca tengah panas ini. Lagi-lagi cendol
durian. Musim durian ini, kita merasa
makan durian dalam cendol pula.
Rizky Cendol Durian @ Kota Damansara yang terletak
di lokasi baru (telah berpindah dari lokasi asal) menjadi lokasi tunggal yang
dikunjungi pada lawatan kali kedua.
![]() |
| 23/06/2020: Harga Hari Ini |
![]() |
| 23/06/2020: Tempoyak Dan Durian Palsu |
![]() |
| 23/06/2020: Menunggu Dengan Sabar |
![]() |
| 23/06/2020: Nampak Macam Betul |
![]() |
| 23/06/2020: Satu IOI (Atas), Satu Udang Merah (Kiri) Dan Dua D24 |
![]() |
| 04/07/2026: Kedai Rizky Durian |
![]() |
| 04/07/2026: Hanya Makan Sebanyak Ini Sahaja |
Memang
sedap cendol durian di sini. Rugi sekiranya singgah di Kota Damansara kalau
tidak rasanya. Tuan kedai siap bagi jaminan, sekiranya durian rasa masam, rosak
dan sebagainya. Mereka akan ganti dengan yang baru.
Saya
bagi 5 bintang. Memang memuaskan. Hanya rasa saying tidak rasa cendol durian
Musang King dan kampung kerana kehabisan stok durian.
Lokasi baru ini agak
luas kawasannya (bagi lawatan kali kedua). Sebahagian di lot kedai. Sebahagian
pula di Kawasan lapang hadapan kedai.
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara
Catatan Seorang Kembara










Tiada ulasan:
Catat Ulasan