Khamis, 22 April 2021

Anugerah PG Mall

Kemaskini pada 06/07/2023

Seminar PG Mall

Entri kali ini saya ingin kongsikan senarai pengiktirafan dan ganjaran yang boleh dimenangi oleh Dealer Public Gold (PGBO) setelah mencapai sasaran yang ditetapkan di PG Mall.
 
Pengiktirafan dan ganjaran yang diberikan oleh PG Mall bermula pada tahun kewangan baru FY2021/22 PG Mall (April 2021 - Mac 2022).
 
Pengiktirafan ini terbahagi dalam dua kategori seperti di bawah.

Selasa, 13 April 2021

Ciri-Ciri Emas Yang Dinilai Oleh Ar-Rahnu Ketika Proses Gadaian

1 Dinar dan Duit Kertas RM 100

Pajak Gadai adalah salah satu dari aktiviti ekonomi yang telah lama bertapak di Malaysia semenjak sebelum merdeka lagi. Kewujudan industri ini adalah bagi membantu masyarakat mendapatkan wang tunai segera dengan menjual (pajakan) atau mengadaikan aset yang dimiliki (bagi mendapatkan pinjaman). Antara aset yang sering digunakan semasa proses pajak gadai adalah barang kemas, jongkong emas, syilling, jam Rolex dan sebagainya bergantung pada polisi sesebuah kedai pajak gadai.
 
Secara umumnya terdapat dua jenis kedai pajak gadai yang ada di Malaysia iaitu kedai pajak gadai Konventional dan Ar-Rahnu (Patuh Syariah). Perbezaan antara keduanya adalah terletak pada polisi yang diamalkan.
 
Entri kali ini saya ingin kongsikan kepada anda ciri-ciri emas yang dinilai oleh Ar-Rahnu ketika proses gadaian. Ia meliputi barang kemas, jongkong dan syilling.
 
Ciri-ciri yang dikongsikan ini tidak mengikut susunan dan ia bergantung kepada polisi sedia ada setiap Ar-Rahnu.

Ahad, 11 April 2021

Tropicana Gardens Mall

Ruang Utama Tropicana Gardens Mall

Lokasi:
Tropicana Gardens Mall
 
Alamat:
No. 2A, Persiaran Surian,
Tropicana Indah,
47810 Petaling Jaya, Selangor.
 
Waktu Operasi:
10.00 pagi - 10.00 malam (Setiap Hari)
 
Alamat Sesawang:
http://www.tropicanagardensmall.com.my/

Tarikh Lawatan:
10 April 2021 (Kali Ke-1)
25 April 2021 (Kali Ke-2)
29 November 2021 (Kali Ke-3)
 
Tropicana Gardens Mall menjadi lokasi tunggal yang dikunjungi pada hari ini. Alang-alang ada ‘Grand Opening’ sempena pembukaan secara rasmi kedai Mr. Diy yang ke 706. Ambilah kesempatan bersiar-siar di pusat membeli-belah yang baru ini.

Bagi lawatan kali kedua dan ketiga, Tropicana Gardens Mall juga menjadi lokasi tunggal yang dikunjungi pada hari ini.

Khamis, 8 April 2021

Bukit Sapu Tangan

Menara Pemerhati Bukit Sapu Tangan

Lokasi:
Bukit Sapu Tangan
 
Aktiviti:
Menyusuri Hutan + Mendaki

Alamat:
Bandar Bukit Raja,
40170 Shah Alam,
Selangor.
 
Waktu Pendakian:
8.20 pagi - 12.10 tengah hari
 
Tahap Kesukaran:
Senang Ke Susah
 
Tarikh Lawatan:
08 April 2021
 
Bukit Sapu Tangan menjadi lokasi pendakian pada hari ini. Hari ini saya mendaki bersama dengan seorang sahabat. Kira berdualah mendaki hari ini.
 
Terdapat empat laluan yang boleh didaki menuju ke puncak Bukit Sapu Tangan iaitu mengikuti laluan dari Setia Alam Community Trail Head, laluan dari kawasan perumahan di Nusa Rhu, laluan dari kawasan perumahan di Bukit Bayu dan laluan dari kawasan jalan raya di Taman Botani Shah Alam.
 
Pendakian kali ini mengikuti laluan dari Nusa Rhu dan melewati Tasik Cermin @ Shah Alam. Kira kena menyusuri hutan mengeliling tasik baru boleh mendaki ke puncak Bukit Sapu Tangan.

Selasa, 6 April 2021

Taman Tasik Bandar Baru Sungai Buloh

Bahagian Hadapan Taman Tasik Bandar Baru Sungai Buloh

Lokasi:
Taman Tasik Bandar Baru Sungai Buloh
 
Alamat:
732, Jalan 1b/4,
Bandar Baru Sungai Buloh,
47000 Sungai Buloh, Selangor.
 
Masa Lawatan:
Tidak diketahui
 
Tarikh Lawatan:
06 April 2021
 
Taman Tasik Bandar Baru Sungai Buloh menjadi lokasi persinggahan tunggal pada hari ini. Ingatkan taman disini kecil sahaja, rupanya tidak. Menyesal pula datang lewat di taman ini pada pagi ini.

Sabtu, 3 April 2021

Bukit Matt @ Rawang

Puncak Bukit Matt @ Rawang

Lokasi:
Bukit Matt @ Rawang
 
Aktiviti:
Mendaki
 
Alamat:
Jalan Sepakat,
Kampung Melayu Batu 16,
48000 Rawang, Selangor.
 
Waktu Pendakian:
8.30 - 11.00 pagi (Kali Pertama)
4.00 - 6.00 petang (Kali Kedua)
 
Tahap Kesukaran:
Senang Ke Sederhana
 
Tarikh Lawatan:
01 April 2021 (Kali Ke-1)
12 November 2021 (Kali Ke-2)
 
Bukit Matt @ Rawang yang terletak berdekatan dengan Rawang Bypass menjadi lokasi pendakian solo untuk hari ini. Niat asal ingin mendaki bersama seorang rakan tetapi tidak kesampaian atas sebab tertentu. Jadi mendakilah secara solo pagi ini. 

Bagi pendakian kali kedua, pendakian pada waktu petang pula disebabkan waktu pagi hujan. Kali ini berteman pula. Cuaca hari ini agak mendung dan tiada pendaki lain ketika kami tiba di sini. Kuat juga tiupan angina pagi ini.

Sunway Putra Mall

Ruang Rehat Sunway Putra Mall

Lokasi:
Sunway Putra Mall
 
Alamat:
Sunway Putra Mall, 100,
Jalan Putra, Chow Kit,
50350 Kuala Lumpur.
 
Waktu Operasi:
10.00 pagi - 10.00 malam (Setiap Hari)
 
Alamat Sesawang:
https://www.sunwayputramall.com/

Tarikh Lawatan:
31 Mac 2021
 
Sunway Putra Mall menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas daftar keluar dari DeFace Platinum Suites. Jalan-jalan sambil cari makan.

DeFace Platinum Suites

Pintu Hadapan DeFace Platinum Suites

Lokasi:
DeFace Platinum Suites
 
Alamat:
The Face Suites
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur.
 
Waktu Operasi:
Tiada Had Masa Yang Ditentukan
 
Harga Sebilik:
RM 180 (Promosi)
 
Tarikh Lawatan:
30-31 Mac 2021
 
DeFace Platinum Suites menjadi apartment penginapan pada kali ini. Nak rasa duduk hotel di tengah bandaraya Kuala Lumpur.
 
Tak lama pun dapat duduk di apartment ini. Masuk pukul 4.00 petang, kena keluar pada 11.00 pagi pada esok hari. Memang tak puas hati menikmati percutian kali ini.