Rabu, 29 Januari 2020

Busana Shopping Mall

Busana Shopping Mall

Lokasi:
Menara MARA

Alamat:
Wisma Bumi Raya,
Jalan Raja Laut, Chow Kit,
50350 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
10.00 pagi - 10.00 malam (Setiap Hari)

Alamat Sesawang:
https://www.mara.gov.my/

Tarikh Lawatan:
28 Januari 2020

Busana Shopping Mall menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas mengunjungi Pertama Complex. Kedatangan kali ini untuk mengunjungi Mara Digital. Sudah lama tidak mengunjungi tempat ini.

Kali pertama mengunjungi tempat ini ketika ditugaskan membawa peralatan untuk majlis perasmian SSPN oleh PTPTN yang dilakukan di ruang utama Busana Shopping Mall pada tahun 2015. Antara pengalaman yang tidak boleh dilupai adalah semasa kali pertama mendapat surat saman kerana tidak meletakkan motosikal di tempat yang sepatutnya. Melayang duit bayar saman DBKL.

Selasa, 28 Januari 2020

Pertama Complex

Pertama Complex

Lokasi:
Pertama Complex

Alamat:
Lot RG-B, RG Floor,
Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
10.00 pagi - 9.00 malam (Setiap Hari)

Alamat Sesawang:
https://udamalls.com.my/malls/pertama-complex/

Tarikh Lawatan:
28 Januari 2020

Pertama Complex menjadi lokasi persinggahan pertama hari ini selepas selesai sesi temuduga berkaitan dengan lokasi ini.

Kedatangan kali ini sekadar untuk menjamu selera sambil melihat perkembangan pusat membeli-belah ini selepas ubahsuai selesai dilakukan dibahagian hadapan sedikit masa dahulu.

Rabu, 22 Januari 2020

3 Langkah Mudah Membuat Duit Dengan PG Mall

Kemaskini pada 22/11/2020

3 Langkah Mudah Membuat Duit Dengan PG Mall

Langkah 1: Kongsikan Pautan Peribadi (Referral Link) Di Rangkaian Sosial & Komunikasi Sosial

Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah dengan mengajak kenalan anda mendaftar sebagai pengguna di PG Mall.

Bagaimana caranya? Hanya perlu berkongsi pautan peribadi (Referral Link) di rangkaian sosial dan komunikasi sosial. Kongsikan kepada mereka tentang PG Mall dan kelebihannya (Sediakan Skrip).

Contohnya seperti skrip dibawah:

Nak Duit PERCUMA?
Nak PULANGAN TUNAI (Cash Back) Setiap Kali Membeli-belah?
Nak Membeli-belah secara PERCUMA?                                                                       
Nak Membeli Dengan Harga DISKAUN?
Nak Buat Duit TANPA MODAL?
Nak Membeli Tanpa KOS PENGHANTARAN?

Jom sertai kami di PG Mall. Portal membeli-belah tempatan (lokal) atas talian pertama di Malaysia.

Mulakan Langkah PERTAMA dengan mendaftar sebagai pengguna melalui pautan dibawah:
https://pgmall.my/register?referralPgCode=mdfaiez04@yahoo.com

Pendaftaran PERCUMA sahaja. Jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Maklumat lanjut boleh tekan pautan di bawah:
https://www.mdfaiez84.com/2018/02/kelebihan-mendaftar-sebagai-pembeli-di.html

Tidak pasti apakah kelebihan PG Mall? Sila tekan pautan di bawah untuk mengetahuinya.

Tekan SINI untuk memuat turun video kaedah kongsi ‘Referral Link’ kepada orang ramai.
Tekan SINI untuk memuat turun video kaedah kongsi produk di PG Mall ke media sosial.

Rabu, 15 Januari 2020

Senarai Perjalanan Yang Telahku Tempohi (2020)

Kemaskini pada 15/07/2024

Melihat ke tasik di Taman Tasik Titiwangsa


Berikut senarai lokasi perjalanan yang telah ditempuhi sepanjang tahun 2020 (Mengikut turutan masa dan tempat).

15 Januari 2020 (Rabu)
Taman Tasik Titiwangsa

28 Januari 2020 (Selasa)
(Mula) Pertama Complex - Menara MARA - Muzium Bio Perubatan (Tamat)

08 Februari 2020 (Sabtu)
Hutan Lipur Gunung Datuk

09 Februari 2020 (Ahad)
(Mula) Bukit Melawati - Mustafa Pasar Raya (Tamat)

12 Februari 2020 (Rabu)
(Mula) Setapak Central Mall - Giant Hypermarket Setapak - AEON Mall AU2 Setiawangsa (Tamat)

Khamis, 9 Januari 2020

Klong Hae Floating Market

Klong Hae Floating Market

Lokasi:
Klong Hae Floating Market

Alamat:
Khlong Hae,
Hat Yai District,
Songkhla 90110, Thailand.

Waktu Operasi:
1.00 petang - 9.00 malam (Jumaat - Ahad)
Tutup (Isnin - Khamis)

Tarikh Lawatan:
22 Disember 2019

Klong Hae Floating Market, lokasi terakhir yang sempat dikunjungi pada hari ini selepas menunaikan solat di The Central Mosque Of Songkhla.

Rabu, 8 Januari 2020

The Central Mosque Of Songkhla

The Central Mosque Of Songkhla

Lokasi:
The Central Mosque Of Songkhla

Alamat:
352 Lopburi Ramesuan Rd,
Khlong Hae, Hat Yai District,
Songkhla 90110, Thailand.

Waktu Operasi:
Tidak Diketahui

Tarikh Lawatan:
22 Disember 2019

The Central Mosque Of Songkhla menjadi lokasi terpilih untuk menunaikan solat jamak untuk hari ini selepas mengunjungi Chang Puak Camp @ Hatyai.

Masjid ini mengingatkan diri akan Masjid Putra Di Putrajaya, yang tidak memerlukan pemasangan kipas atau penghawa dingin. Cukup dengan tiupan angin yang berada diluar Masjid. Boleh tertidur kalau lepak lama di sini.

Chang Puak Camp @ Hatyai

Chang Puak Camp @ Hatyai

Lokasi:
Chang Puak Camp @ Hatyai

Alamat:
Nam Noi,
Hat Yai District,
Songkhla 90110, Thailand

Waktu Operasi:
8.00 pagi - 5.00 petang (Setiap Hari)

Harga Tiket:
Percuma (Masuk)
500 Baht (Elephant Riding)
500 Baht (ATV Driving)
300 Baht (Monkey Show)
100 Baht (BB. Gun)
150 Baht (Archery)

Alamat Sesawang:
http://changpuakcamp.com/en/changpuak-camp-thailand/

Tarikh Lawatan:
22 Disember 2019

Chang Puak Camp, lokasi lawatan seterusnya selepas mengujungi Big Bee Garden. Matlamat utama kali ini adalah untuk merasai pengalaman menaiki gajah buat kali pertama dalam hidup. Itu yang mahal. Aktiviti yang lain itu boleh dinikmati masa pulang ke Malaysia nanti.

Big Bee Garden

Big Bee Garden

Lokasi:
Big Bee Garden

Alamat:
15 Prachayindee Rd,
Hat Yai District,
Songkhla 90110, Thailand

Waktu Operasi:
9.00 pagi - 6.00 petang (Setiap Hari)

Harga Tiket:
Percuma

Alamat Sesawang:
https://www.thaihoney.com/

Tarikh Lawatan:
22 Disember 2019

Big Bee Garden yang terletak di Hatyai menjadi destinasi persinggahan seterusnya selepas Ranu Kohyo @ Songkhla. Di sini, setiap rombongan yang hadir akan dijamu air madu secara percuma sambil diberi taklimat khas tentang kebaikan madu.

Selepas sesi taklimat berakhir, kami diberi peluang untuk melawat taman yang terletak dibelakang kedai jualan. Tak besar pun taman yang ada. Bolehlah untuk kenangan dimasa hadapan.

Jumaat, 3 Januari 2020

Nora Plaza @ Hatyai

Nora Plaza @ Hatyai

Lokasi:
Nora Plaza @ Hatyai

Alamat:
328 Thumnoonvithi Rd,
Hat Yai District,
Songkhla 90110, Thailand.

Waktu Operasi:
8.00 pagi - 5.30 petang (Setiap Hari)

Tarikh Lawatan:
22 Disember 2019

Nora Plaza @ Hatyai menjadi destinasi pertama yang dikunjungi selepas mendaftar keluar dari Red Planet Hotels dan bersarapan pagi.

Ranu Kohyo @ Songkhla

Ranu Kohyo @ Songkhla

Lokasi:
Ranu Kohyo @ Songkhla

Alamat:
490/8-10 Thumnoonvithi Rd,
Hat Yai District,
Songkhla 90110, Thailand.

Waktu Operasi:
10.00 pagi - 5.50 petang (Setiap Hari)

Tarikh Lawatan:
22 Disember 2019

Ranu Kohyo @ Songkhla menjadi tempat persinggahan seterusnya selepas Nora Plaza @ Hatyai. Bermacam-macam kerepek, kacang dan lain-lain pelbagai jenama boleh didapati di sini.

Tanpa sedar, beribu baht habis hanya beli beberapa jenis kacang sahaja. Bahaya singgah tempat ini.