Isnin, 30 Oktober 2017

Kelebihan Membeli Emas Melalui Kemudahan GAP Public Gold

Kemaskini pada 14/07/2022

Kelebihan Membeli Emas Melalui Kemudahan GAP Public Gold

Berikut disenaraikan kelebihan yang diperolehi apabila membeli emas melalui kemudahan GAP Public Gold:
 
 
1. Harga Belian lebih Murah
   
Pembeli boleh mendapatkan emas dengan harga lebih murah berbanding membelinya secara runcit. Harga 1 gram emas adalah mengikut harga pasaran* apabila membeli melalui akaun GAP Public Gold. Serendah RM 100.
 
Disini disertakan perbezaan harga emas bagi 1 gram:

Harga Runcit Emas Pada 28/10/2017
Harga Emas 1g GAP

Jadual Kos Premium



Belian Runcit
Harga Belian = RM 250
 
Belian Melalui Kemudahan GAP Public Gold
Harga Belian = RM 188
 
Pengeluaran Emas Fizikal Melalui GAP Public Gold
Harga Belian = RM 198 (RM 188 + RM 10 + RM 10**)
 
Penjimatan:
RM 250 - RM 208 = RM 42
           
*Harga disemak setiap hari tepat jam 12 tengah malam
**Kos Premium bergantung pada produk yang dipilih (RM 10/ RM 20/ RM 100)
 
Nota:
1. Nilai penjimatan adalah berbeza bergantung dengan harga emas semasa bagi akaun GAP dan harga runcit yang ditetapkan.
2. Digalakkan membeli dan keluarkan dari akaun GAP sekiranya ingin memegang emas fizikal dari 1 gram, 5 gram, 1/4 Dinar, 1/2 Dinar & 1 Dinar. Ini kerana harganya jauh lebih murah dari pembelian secara runcit.
3. Had maksimum bagi GIT adalah seberat 21.25 gram sahaja (1 Postage).
 
 
2. Simpanan Secara Percuma
   
Setiap pembelian emas melalui akaun GAP akan disimpan secara percuma oleh Public Gold tanpa had masa dan upah simpanan. 

Caj Gold Premium dan Caj GIT (Postage) hanya dikenakan sekiranya ingin mengeluarkan emas dalam bentuk fizikal.
 
 
3. Pengeluaran Tanpa Had
   
Boleh keluarkan emas fizikal serendah 1 gram di mana-mana 17 cawangan Public Gold seluruh Malaysia (50 gram ke atas) serta 6 cawangan Puboic Gold di Indonesia mengikut waktu operasi cawangan. 

Sila tinggalkan sekurang-kurangnya 1 gram emas untuk memastikan akaun GAP terus aktif. Pihak Public Gold akan mengenakan caj sebanyak RM 50 bagi mengaktifkan semula akaun GAP yang tidak aktif.

Anda juga boleh menggunakan kemudahan pos berinsurans terus ke rumah yang dikenali sebagai GIT. Terhad kepada beberapa produk yang terpilih serta berat sama atau kurang dari 5 Dinar (21.25 gram). Diwajibkan menggunakan kemudahan ini sekiranya ingin mengeluarkan produk seberat 5 Dinar dan ke bawah.

Entri Berkaitan:
 
 
4. Waktu Urusniaga Tanpa Had Masa Dan Lokasi
 
Urusniaga beli dan jual emas boleh dilakukan 24 jam sehari, 365 hari setahun secara atas talian. Sesuai bagi pembeli yang menetap di luar negara atau berada jauh dari cawangan Public Gold yang terdekat.
 
 
5. Kebebasan Mengeluarkan Pelbagai Bentuk Emas Fizikal
 
Memiliki kebebasan untuk mengeluarkan emas fizikal dalam bentuk 1 gram (pelbagai reka bentuk), 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram, 250 gram dan 1 kilogram, 1/2 dinar, 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar.

Bagi emas melebihi 21.25 gram. Pengambilan stok hanya boleh dilakukan melalui cawangan Public Gold sahaja.


6. Kanak-Kanak Pun Boleh Memiliki Akaun GAP
 
Akaun GAP boleh dibuka seawal 14 hari selepas kelahiran. Selagi ada sijil kelahiran yang rasmi. Ini membuka peluang kepada kanak-kanak memiliki emas seawal yang boleh. 

Terhad hanya pembelian melalui akaun GAP sahaja yang dibenarkan.


Yang menulis,

 
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold

Manual Penggunaan Melalui Aplikasi SRS Mobile (Telefon Pintar)

*Dikemaskini pada 13/02/2018

Manual Penggunaan Melalui Aplikasi SRS Mobile (Telefon Pintar)


Manual Penggunaan Melalui Web (Untuk Komputer)

*Dikemaskini pada 28/10/2017

Langkah 1: Layari alamat sesawang www.68topup.com. Tekan butang Login dibahagian atas kanan berdekatan Online Application.      

Manual Penggunaan Melalui Web (Untuk Komputer)

Khamis, 26 Oktober 2017

Kellie's Castle

Kellie's Castle

Lokasi:
Kellie's Castle

Alamat:
Chalet MDKB Kellie's Castle, Jalan Gopeng,
31000 Batu Gajah,
Perak

Waktu Operasi:
09.00 pagi - 06.00 petang (Setiap Hari)

Harga Tiket:
Dewasa
RM 10 (Bukan Warganegara)
RM 5 (Warganegara)
Kanak-Kanak
RM 9 (Bukan Warganegara)
RM 3 (Warganegara)

Alamat Sesawang:

Tarikh Lawatan:
07 Januari 2017 (Kali Ke-1)
08 Oktober 2022 (Kali Ke-2)

Kellie's Castle menjadi satu-satunya lokasi persinggahan sebelum pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri kenduri kahwin bekas rakan sekerja. 

Bagi lawatan kali kedua, Kellie's Castle menjadi lokasi persinggahan terakhir pada hari ini selepas daftar masuk ke De Botani Hotel.

Bukit Pelangi @ Sri Bintang

Bukit Sri Bintang

Lokasi:
Bukit Pelangi @ Sri Bintang

Aktiviti:
Mendaki

Alamat:
Jalan Seri Bintang 8,
Taman Sri Bintang,
52100 Kuala Lumpur.

Waktu Pendakian:
8.30 - 11.00 pagi

Taraf Kesukaran:
Mudah ke Sederhana

Tarikh Lawatan:
08 Januari 2017 (Kali Ke-1)
26 Januari 2019 (Kali Ke-2)

Bukit Sri Bintang atau dikenali sebagai Bukit Pelangi adalah lokasi pertama pendakianku bagi tahun 2017. Pendakian kali ini mengambil masa kira-kira 3 jam untuk sampai ke puncak dari kaki bukit dan berpatah balik ke kawasan tempat letak kenderaan.

Bagi lawatan kali kedua, pendakian kali ini ditemani oleh tiga orang sahabat. Kali ini kita jadi penunjuk arah pula.

Pantai Bagan Lalang


Pantai Bagan Lalang

Lokasi:
Pantai Bagan Lalang

Alamat:
Bagan Lalang, 4
3950 Tanjong Sepat,
Selangor.

Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan

Tarikh Lawatan:
01 Januari 2017 (Kali Ke-1)
21 Mei 2017 (Kali Ke-2)
16 September 2017 (Kali Ke-3)
16 Mei 2022 (Kali Ke-4)
26 November 2023 (Kali Ke-5)
18 Ogos 2024 (Kali Ke-6)

Pantai Bagan Lalang merupakan destinasi terakhir lawatan pada hari ini. Sudah lama tidakku lihat matahari terbenam selepas kali terakhir melihatnya di Port Dickson suatu ketika dahulu. 

Bagi lawatan kali kedua, Pantai Bagan Lalang menjadi destinasi seterusnya selepas aktiviti larian di Standard Chartered KL Marathon 2017 selesai. Kedatangan kali ini tertumpu pada bahagian lain pantai yang tidak sempat singgah pada lawatan kali pertama.

Bagi lawatan kali ketiga, Pantai Bagan Lalang menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas Pantai CunangPantai Bagan Lalang akan menjadi lokasi tunggal yang dikunjungi pada lawatan kali keempat. Kedatangan kali ini adalah untuk mandi laut pula.

Pantai Bagan Lalang menjadi lokasi pertama yang dikunjungi pada lawatan kali kelima.

Pantai Bagan Lalang juga menjadi lokasi pertama yang dikunjungi pada hari ini bagi lawatan kali keenam. Kali ini menetap di Seri Bayu Resort Hotel yang terletak berdekatan dengan pantai ini.

Skyride Festival Park

Skyride Festival Park

Lokasi:
Skyride Festival Park

Alamat:
Jalan P2M, Presint 2,
62100 Putrajaya.

Waktu Operasi:
10.00 pagi – 10.00 malam (Ahad-Khamis)
10.00 pagi – 12.00 malam (Jumaat-Sabtu)

Harga Tiket:
RM 38 (Dewasa)
RM 30 (Kanak-Kanak)

Alamat Sesawang:

Tarikh Lawatan:
01 Januari 2017

Selepas menyertai aktiviti larian sempena KL International New Year Run 2017, perjalanan diteruskan pada sebelah petang menuju ke Skyride Festival Park bagi menikmati permandangan Putrajaya melalui belon udara.

Bagi peserta yang mengikuti larian Run & Save The Cats 2016, mereka berpeluang mendapatkan tiket menaiki belon udara dengan harga serendah RM 25 sahaja. Tiket hanya sah bagi tempoh tertentu sahaja. 

KL International New Year Run 2017

KL International New Year Run 2017

Lokasi:
Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Aktiviti:
Berlari

Bayaran:
RM 50

Jarak Larian:
5 km

Tarikh:
01 Januari 2017

Kembara tahun 2017 bermula dengan menyertai larian KL International New Year Run 2017 yang berlangsung di Dataran Merdeka. Bagi jarak larian sejauh 5km, waktu berlepas adalah pada pukul 7.30 pagi.

Kursus Pengukuhan Anggota Sokongan BPF 2016

Kursus Pengukuhan Anggota Sokongan BPF 2016

Nama Kursus:
Kursus Pengukuhan Anggota Sokongan BPF 2016

Alamat:
Rumah Rehat Pengkalan Hulu
33100 Pengkalan Hulu,
Perak.

Masa Kursus:
7.00 pagi - 10.00 malam

Tarikh Kursus:
20-22 Mei 2016 (Siri I)
6-10 Ogos 2016 (Siri II)

Pengkalan Hulu menjadi lokasi kursus bagi anggota sokongan II BPF bagi tahun 2016. Kursus ini terbahagi kepada 2 siri bagi memberi peluang kepada semua anggota sokongan II untuk menghadirinya. Perjalanan ke Pengkalan Hulu mengambil masa kira-kira 6 jam dari Petaling Jaya.
Terdapat pelbagai aktiviti dilakukan sepanjang 3 hari 2 malam. 

Kemuncaknya adalah penjelajahan memasuki gua secara berkumpulan. Saya berpeluang untuk menghadiri kedua-dua siri dalam kursus ini atas sebab terdapat kekosongan tempat apabila terdapat pegawai yang menarik diri atas sebab peribadi.

Dataran Putra @ Putrajaya

Dataran Putra

Lokasi:
Dataran Putra @ Putrajaya

Alamat:
Presint 1,
62000 Putrajaya

Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan

Tarikh Lawatan:
17 Oktober 2016 (Kali Ke-1)
30 Julai 2017 (Kali Ke-2)
10 Januari 2021 (Kali Ke-3)

Dataran Putra @ Putrajaya yang terletak berhadapan dengan Jabatan Perdana Menteri adalah salah satu lokasi tumpuan umum apabila melawat Putrajaya. Ia juga menjadi tempat bersinggahku sebelum meneruskan perjalanan ke Anjung yang terletak berdekatan dengan Dataran Pahlawan.

Bagi lawatan kali kedua, Dataran Putra @ Putrajaya menjadi lokasi persinggahan terakhir selepas melawat Perpustakaan Mahkamah Persekutuan.

Dataran Putra @ Putrajaya menjadi tempat persinggahan seterusnya selepas mengunjungi Taman Saujana Hijau. Niat asal sekadar untuk lalu sahaja dataran ini. Ternampak perkataan Putrajaya, terus singgah ambil gambar sebentar.

Isnin, 23 Oktober 2017

Senarai Lokasi Menarik Di Perlis

Kemaskini pada 04/01/2023

Senarai Lokasi Menarik Di Perlis
Sumber: Yahoo Image

Berikut disertakan senarai lokasi-lokasi yang menarik untuk dilawati di Perlis.

Penunjuk:
Merah:
Belum Melawat
Hijau
Tidak Dapat Dilawati (Tutup/ Tiada/ Belum Buka/ Lawatan Ditangguh/ Lain-Lain)
Biru @ Hitam:
Telah Dilawati
 


Balai Seni Negeri
Balai Besar
Canopy Walk SPF @ Ayer Keroh

Galeri Diraja @ Arau

Gunung Medan View Point Perlis

Ladang Burung Unta Perlis (Ostrich Farm)

Ladang Kenaf Chuping Valley

Ladang Nipak Kipli
Rimba Herba Perlis 
Taman Bunga Kertas Tuanku Lailatul Shahreen
Taman Eko Rimba Bukit Ayer
Taman Herba Perlis

Taman Lencongan 2

Taman Negeri Perlis
Taman Rekreasi Bukit Ayer
Taman Rekreasi Bukit Jernih

Taman Rekreasi Sungai Batu Pahat

Taman Rekreasi Sungai Kecho
Taman Repoh Ceria

Taman Sakura Sungai Perlis

 
 
Gunung Medan View Point Perlis


 

Bukit Cenderawasih
Bukit Jerneh
Bukit Keteri
Gua Wang Burma
Wang Gunung
 

 

4# Perpustakaan
 
Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra
 
 

ATV Maneq Hills Adventures
River Cruise @ Kuala Perlis 
 

 
Arked Mara @ Kangar
Floating Market @ Perlis

 

 


Gua Cenderawasih
Gua Kelam (Secret Garden)
Hutan Lipur Bukit Ayer
Hutan Lipur Bukit Kubu
Hutan Lipur Puncak Janing
Kolam Berenang @ Sungai Batu Pahat
Pusat Rekreasi Bukit Air

 

 

8# Kediaman/ Hotel / Apartment/ Chalet



9# Gerai/ Kafe/ Restoran



Senarai Lokasi Menarik Di Malaysia
Johor/ Kedah/ Kelantan/ Melaka/ Negeri Sembilan/ Pahang/ Perak/ Pulau Pinang/ Sabah/ Sarawak/ Selangor/ Terengganu/ W.P. Kuala Lumpur/ W.P. LabuanW.P. Putrajaya

Senarai Lokasi Menarik Di Sarawak

Kemaskini pada 28/01/2022

Senarai Lokasi Menarik Di Sarawak
Sumber: Yahoo Image

Berikut disertakan senarai lokasi-lokasi yang menarik untuk dilawati di Sarawak.

Penunjuk:
Merah:
Belum Melawat
Hijau
Tidak Dapat Dilawati (Tutup/ Tiada/ Belum Buka/ Lawatan Ditangguh/ Lain-Lain)
Biru @ Hitam:
Telah Dilawati



KTS Garden
Semenggoh Wildlife Centre
Reservoir Park Kuching
Taman Buaya Jong 
Taman Negara Bako
Taman Negara Batang Ai 
Taman Orkid Kuching
Taman Rekreasi Wisma Bapa Malaysia
Taman Rekreasi Ranchan
Taman Sahabat Kuching
Taman Tasik Bukit Mas