Rabu, 21 Oktober 2020

Kaedah Bayar Zakat Emas Dan Perak

10 gram Bunga Emas

Zakat emas dan perak hanya wajib dibayar apabila memenuhi tiga syarat berikut iaitu:

1# Cukup Haul
Dalam tempoh setahun atau lebih.

2# Menyamai @ Melebihi Nilai Yang Ditetapkan
85 gram atau lebih bagi emas atau 595 gram bagi perak

3# Memilikinya Secara Mutlak
Emas atau perak dimiliki sepenuhnya dan tiada halangan menguruskan harta tersebut.

Perkiraan zakat emas agak berbeza sedikit dengan zakat simpanan.

 
Zakat Simpanan mengambil kira jumlah minimum simpanan yang ada dalam tempoh setahun dengan syarat simpanan minimum tersebut melebihi harga 85 gram emas pada tahun tersebut. Zakat Emas pula mengambil kira jumlah terkumpul dalam bentuk gram.

Ini menjadikan pembayaran zakat emas menjadi agak rumit untuk dikira terutama apabila emas yang dimiliki dibeli secara berperingkat.

Persoalannya sekarang adakah cara mudah mengira zakat emas? Berikut saya kongsikan dua kaedah mudah dalam mengira zakat emas.

Selasa, 20 Oktober 2020

Air Terjun Sungai Dua @ Lata Bunta

Air Terjun Sungai Dua @ Lata Bunta

Lokasi:
Air Terjun Sungai Dua @ Lata Bunta
 
Alamat:
Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak,
Kampung Orang Asli Sungai Dua Olak,
Karak, Pahang.
 
Waktu Operasi:
Tiada Diketahui
 
Harga Tiket:
RM 2.00 (Dewasa)
 
Tarikh Lawatan:
18 Oktober 2020
 
Air Terjun Sungai Dua @ Lata Bunta menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas mendaki di Bukit Desa Damai @ Bentong.
 
Lepas mendaki ini memang seronok dapat terjun sungai. Terutama bila ada air terjun. Perjalanan kali ini melibatkan dua buah kenderaan. Rombongan mencari air terjun.

Tanduk Cafe @ Lurah Belut

Bahagian hadapan Tanduk Cafe @ Lurah Belut

Lokasi:
Tanduk Cafe @ Lurah Belut
 
Alamat:
No 4, Jalan Sekolah Rendah,
Jalan Kampung Baru, Lurah Bilut,
28800 Bentong, Pahang
 
Waktu Operasi:
5.30 petang - 12.00 malam (Selasa - Ahad)
Tutup (Isnin)
 
Tarikh Lawatan:
17 Oktober 2020
 
Tanduk Cafe @ Lurah Belut menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas aktiviti pendakian di Bukit Desa Damai @ Bentong.
 
Tengok iklan macam menarik sahaja makanannya. Jadi kita datanglah ke sini. Alang-alang dah ada di Bentong ini.

Bukit Desa Damai @ Bentong

Puncak Bukit Desa Damai @ Bentong

Lokasi:
Bukit Desa Damai @ Bentong
 
Aktiviti:
Mendaki
 
Alamat:
Jalan Desa Damai 5,
Taman Desa Damai,
28700 Bentong, Pahang.
 
Waktu Pendakian:
7.00 - 9.00 pagi
 
Tahap Kesukaran:
Sederhana Ke Sukar
 
Tarikh Lawatan:
17 Oktober 2020 (Kali Ke-1)
18 Oktober 2020 (Kali Ke-2)
 
Bukit Desa Damai @ Bentong yang terletak di Taman Desa Damai menjadi aktiviti pertama yang dilakukan pada hari ini. Kawasan ini asalnya diterokai untuk dijadikan sebagai ladang. Tetapi dijadikan sebagai salah satu tempat pendakian oleh penduduk sekitar dan orang luar.
 
Kira ramai juga orang mendaki disini. Laluan treknya adalah laluan jentera berat. Itu sebab laluan disini agak mencabar juga di beberapa tempat. Mencecah 45 darjah juga hendak daki.
 
Bukit Desa Damai @ Bentong juga menjadi lokasi pertama yang dikunjungi untuk aktiviti pendakian kali ini (bagi lawatan kali kedua). Pendakian kali ini melibatkan lebih ramai orang berbanding pendakian kali pertama.

Isnin, 19 Oktober 2020

The Sheep Sanctuary

Tulisan The Sheep Sanctuary

Lokasi:
The Sheep Sanctuary
 
Alamat:
No 187, Kea Farm,
39100 Brinchang,
Pahang.
 
Waktu Operasi:
9.00 pagi - 5.30 petang (Setiap Hari)
 
Harga Tiket:
RM 8.00 (Dewasa)
RM 4.00 (Kanak-Kanak)
 
Tarikh Lawatan:
14 Oktober 2020
 
The Sheep Sanctuary yang terletak berdekatan dengan Kea Garden menjadi lokasi persinggahan seterusnya. Teringin hendak bagi makan dekat kambing biri-biri pula.
 
Kali ini hanya saya dan isteri sahaja yang melawat tempat ini. Yang lain tidak berminat atas sebab tidak rasa berbaloi untuk mengunjunginya. Harga termasuk sedikit makanan untuk diberikan kepada kambing biri-biri.

Kea Garden

Papan Tanda Kea Garden

Lokasi:
Kea Garden
 
Alamat:
Brinchang,
39000 Tanah Rata,
Pahang.
 
Waktu Operasi:
 
Kea Garden Guest House
Tiada had Had Masa Yang Ditetapkan
Pasar Pagi Kea Farm
7.00 pagi - 7.00 petang (Setiap Hari)
Medan Agro Kea Farm
Tidak Diketahui
Strawberry Farm Kea
8.00 pagi - 6.00 petang (Setiap Hari)
 
Tarikh Lawatan:
14 Oktober 2020
 
Kea Garden menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas mengunjungi Taman Agroteknologi Mardi @ Cameron Highlands.
 
Singgah sini untuk membeli buah tangan untuk dibawa pulang nanti. Sambil itu kita bergambar sekitar sini.

Taman Agroteknologi Mardi @ Cameron Highlands

Dataran Taman Agroteknologi Mardi @ Cameron Highlands

Lokasi:
Taman Agroteknologi Mardi @ Cameron Highlands
 
Alamat:
Persiaran Dayang Endah,
39000 Tanah Rata,
Pahang.
 
Waktu Operasi:
9.00 pagi - 5.00 petang (Rabu-Isnin)
12.45 tengah hari - 2.00 petang (Waktu Rehat Kecuali Cuti Sekolah)
Tutup (Selasa)
 
Harga Tiket:
 
Dewasa
RM 10.00 (Bukan Warganegara)
RM 6.50 (Warganegara)
Kanak-Kanak
RM 5.00 (Bukan Warganegara)
RM 2.50 (Warganegara)
RM 2.50 (Warga Tua)
Percuma (OKU & Kanak-Kanak Bawah 7 Tahun)
 
Alamat Sessawang:
http://tatmch.mardi.gov.my/
 
Tarikh Lawatan:
14 Oktober 2020
 
Taman Agroteknologi Mardi @ Cameron Highlands menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas bersarapan di Opah Strawberry & Jams.
 
Sepatutnya ingin kunjungi tempat ini semalam, tetapi tutup pula. Terpaksa datang hari ini.

Ahad, 18 Oktober 2020

Opah Strawberry & Jams

bahagian hadapan Opah Strawberry & Jams

Lokasi:
Opah Strawberry & Jams
 
Alamat:
Kampung Taman Sedia,
39000 Tanah Rata,
Pahang.
 
Waktu Operasi:
9.00 pagi - 6.00 petang (Setiap Hari)
 
Tarikh Lawatan:
14 Oktober 2020
 
Opah Strawberry & Jams menjadi lokasi pertama yang dikunjungi untuk hari ini. Kita isi perut dulu sebelum berjalan-jalan sekitar Cameron Highland.

Smurf Inn Fun Park

Pintu depan Smurf Inn Fun Park

Lokasi:
Smurf Inn Fun Park
 
Alamat:
Jalan Strawberry Park,
39000 Brinchang,
Pahang.
 
Waktu Operasi:
10.00 pagi - 7.00 petang (Ahad)
10.00 pagi - 8.00 malam (Isnin, Selasa & Khamis)
10.00 pagi - 10.00 malam (Jumaat & Sabtu)
Tutup (Rabu)
 
Harga Tiket:
RM 5 (Dewasa)
 
Tarikh Lawatan:
13 Oktober 2020
 
Smurf Inn Fun Park menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas sesi bergambar di Taman Pertabalan Tanah Rata. Kita lihat apa yang menarik disini.

Parkland Apartment

bahagian hadapan Parkland Apartment

Lokasi:
Parkland Apartment
 
Alamat:
Jalan Bandar,
39100 Brinchang,
Pahang.
 
Harga Bilik
RM 238.99 (Harga Promosi)
 
Waktu Operasi:
2.00 petang (Daftar Masuk)
12.00 tengah hari (Daftar Keluar)
 
Alamat Sesawang:
http://parkland.com.my/
 
Tarikh Penginapan:
13-14 Oktober 2020 (2 hari 1 Malam)
 
Parkland Apartment menjadi tempat penginapan baru percutian kali ini. Oleh kerana terdapat tujuh orang dewasa yang mengikuti percutian kali ini.
 
Terpaksalah sewa satu apartment. Baru selesa duduk. Terdapat tiga bilik, satu dapur dan satu ruang tamu yang disediakan dalam apartment ini. Luas juga apartment ini. Berbaloi denga harganya.

Flight Landing View (KLIA)


Lokasi:
Flight Landing View (KLIA)
 
Alamat:
27, Kuala Lumpur International Airport,
64000 Sepang,
Selangor.
 
Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan
 
Tarikh Lawatan:
19 September 2020 (Kali Ke-1)
27 November 2021 (Kali Ke-2)
 
Flight Landing View (KLIA) menjadi lokasi terakhir yang dikunjungi hari ini selepas menjamu selera di Malakat MallDahulu lokasi ini menjadi tumpuan pengunjung untuk melihat kapal terbang naik atau turun (bergantung pada masa). Sayangnya sekarang kapal terbang tidak naik atau turun lagi dilokasi ini. Ditambah dengan masalah wabak yang masih belum selesai ketika ini. Memang bukan rezeki hendak melihatnya. 

Rezeki memihak pada kami pada kedatangan kali kedua ini apabila dapat menikmati permandangan kapal terbang mendarat atas kepala. Ramai juga pengunjung pada hari ini. Bererti memang ada kapal terbang mendarat di laluan ini. Terasa bagaikan berada dalam pesta keraian.

Jumaat, 9 Oktober 2020

Pelan Simpanan Jangka Masa Panjang Prisma Plus @ Etiqa

Kemaskini pada 04/01/2024


Kalkulator, Risalah dan Buku

Makluman…
 
Bermula 1 Januari 2024, pelan ini tidak lagi boleh dilanggani. Pelan ini akan diganti dengan plan baru yang lebih menarik dan terkini (akan dimaklumkan kemudian)
 
Entri kali ini hanya sekadar satu berkongsian sahaja.


PRISMA PLUS

Pengenalan

Bagi suami dan isteri yang bertanggungjawab, tiada yang lebih penting daripada keluarga. Dengan Prisma Plus, anda boleh terus menyediakan liputan bebas untuk keselamatan masa depan keluarga anda bersama simpanan anda yang ada. Apa yang diperlukan adalah sumbangan yang berpatutan sebanyak RM50 sebulan untuk memastikan keluarga anda dijaga.

Khamis, 8 Oktober 2020

Takaful Rider @ Etiqa

Kemaskini pada 07/04/2022
menunggang motosikal dengan senyuman
Sumber: https://etiqa.com.my/v2/motorcycle-insurance-takaful

Tahukah anda?
 
Selain dari manfaat yang sedia ada dalam polisi takaful (perlindungan asas). Anda juga boleh mendapatkan manfaat tambahan melalui Takaful Rider @ Etiqa dengan sedikit bayaran tambahan. Tempoh masa perlindungan tambahan ini (Rider) adalah kurang atau sama dengan tempoh masa perlindungan asas.
 
Entri kali ini saya berkongsi Manfaat Tambahan (Rider) yang disediakan oleh Etiqa khas untuk anda. Terdapat pelbagai jenis pelindungan tambahan (rider) yang boleh diambil oleh peserta bergantung keperluan dan bajet yang ada.
 
Berikut adalah jenis Rider yang disediakan oleh Etiqa.