Entri kali
ini saya kongsikan tiga sebab utama mengapa penting melanggani takaful. Kesemua
sebab ini tidak disusun mengikut keutamaan dan tidak terikat hanya pada satu
sebab sahaja (kombinasi antara satu atau lebih).
1. Perlindungan
Untuk memastikan waris menerima wang pampasan
bagi meneruskan kehidupan selepas ketiadaan kita atau semasa kita tidak mampu
lagi untuk bekerja (jatuh sakit atau cacat kekal).
Pampasan yang diterima serta kekayaan yang diwarisi
itu diharap cukup untuk menanggung kos sara hidup waris bagi satu tempoh masa
yang munasabah.
Ini juga memberi kita ketenangan dalam proses
mengumpul kekayaan. Ambil masa lama nak kumpul kekayaan ini. Kita tidak mahu
proses ini terganggu disebabkan terpaksa menanggung kos rawatan sekiranya
kesihatan terjejas. Bukan sahaja rugi
dari segi wang sahaja, bahkan dari segi masa juga. Terpaksa bermula dari awal
balik untuk ganti wang yang telah diguna.