Rabu, 31 Oktober 2018

Kawasan Rehat Tampin

Kawasan Rehat Tampin

Lokasi:
Kawasan Rehat Tampin

Alamat:
Jalan Seremban - Tampin,
73000 Tampin,
Negeri Sembilan.

Waktu Operasi:
Tiada Had masa yang ditetapkan

Tarikh Lawatan:
01 Oktober 2017

Kawasan Rehat Tampin menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas Wet World Air Panas Resort. Kedatangan kali ini sekadar untuk melihat apa yang menarik disini.

Wet World Air Panas Resort

Wet World Air Panas Resort

Lokasi:
Wet World Air Panas Resort

Alamat:
Kampung Sungai Batu,
71400 Pedas,
Negeri Sembilan.

Waktu Operasi:
10.00 pagi - 6.00 petang (Setiap Hari)

Alamat Sesawang:
http://wetworld.my/air-panas-pedas/

Harga Tiket:
Dewasa
RM 23 (Bukan Warganegara)
RM 14 (Warganegara)
Kanak-Kanak
RM 20 (Bukan Warganegara)
RM 11 (Warganegara)

Tarikh Lawatan:
01 Oktober 2017

Selepas mengunjungi Kompleks KIP Mart di Senawang, perjalanan diteruskan menuju ke Wet World Air Panas Resort. Kedatangan kali ini sekadar meninjau di sekitar taman air ini.

Kompleks KIP Mart

Kompleks KIP Mart

Lokasi:
Kompleks KIP Mart

Alamat:
Jalan Lavender Height 1,
Taman Seri Paroi,
70400 Seremban, Negeri Sembilan.

Waktu Operasi:
9.00 pagi - 10.00 malam (Setiap Hari)

Alamat Sesawang:
https://kipmart.com.my/ms/kip-mart-senawang-2/

Tarikh Lawatan:
01 Oktober 2017

KIP Mart menjadi pusat membeli-belah terakhir yang dikunjungi pada hari ini selepas Giant Hypermarket Senawang.

Giant Hypermarket Senawang

Giant Hypermarket Senawang

Lokasi:
Giant Hypermarket Senawang

Alamat:
Lot 1571, Jalan Senawang,
Taman Komersial Senawang,
70400 Seremban, Negeri Sembilan.

Waktu Operasi:
9.00 pagi - 10.30 malam (Isnin - Khamis)
8.30 pagi – 11.00 malam (Jumaat – Ahad)

Alamat Sesawang:
https://www.giant.com.my/

Tarikh Lawatan:
01 Oktober 2017

Giant Hypermarket Senawang, pusat membelah-belah kedua yang dilawati hari ini selepas Mydin Mall S2 yang terletak di Seremban 2.

Mydin Mall S2

Mydin Mall S2

Lokasi:
Mydin Mall S2

Alamat:
Seremban 2,
70300 Seremban,
Negeri Sembilan.

Waktu Operasi:
9.00 pagi - 11.00 malam (Setiap Hari)

Alamat Sesawang:
https://www.tesco.com.my/

Tarikh Lawatan:
01 Oktober 2017

Selepas mengunjungi Jeram Tebrau, perjalanan diteruskan menuju ke Mydin Mall S2 yang terletak di Seremban 2.

Jeram Tebrau

Jeram Tebrau

Lokasi:
Jeram Tebrau

Alamat:
Kampung Tengah
71900 Labu
Negeri Sembilan

Waktu Operasi:
Tiada diketahui

Harga Tiket:
Percuma

Tarikh Lawatan:
01 Oktober 2017

Jeram Tebrau, yang terletak di hujung Kampung Tengah menjadi lokasi pertama yang dijelajahi untuk hari ini.

Bagaimana Emas Membantu Memenuhi Impian Anda (Dana Perkahwinan)


jongkong emas 1g edisi perkahwinan

Menyediakan Dana Perkahwinan

Dengan kos pengurusan perkahwinan (walimatulurus) yang semakin meningkat dari tahun ke tahun, bakal pengantin diingatkan supaya menabung seawal mungkin supaya tidak perlu berhutang dikemudian hari semata-mata untuk sebuah majlis perkahwinan. Anda tidak perlu menunggu sehingga ada calon baru nak menyimpan. Anda boleh memulakan simpanan pada saat menerima gaji pertama.

Sekiranya ditakdirkan anda tidak temui jodoh. Jangan risau, anda boleh gunakan dana tersebut ke arah mencapai matlamat lain seperti melancong.

Anda masih keseorangan? Daftar sebagai calon menggunakan pautan seperti dibawah:

Isnin, 29 Oktober 2018

Taman Rekreasi Majlis Daerah Rembau

Taman Rekreasi Majlis Daerah Rembau

Lokasi:
Taman Rekreasi Majlis Daerah Rembau

Alamat:
Jalan Dato Lela Maharaja,
71309 Rembau,
Negeri Sembilan.

Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan

Tarikh Lawatan:
24 September 2017

Taman Rekreasi Majlis Daerah Rembau menjadi lokasi terakhir yang dilawati selepas mengunjungi Hutan Lipur Gunung Datuk.

Hutan Lipur Gunung Datuk

Hutan Lipur Gunung Datuk

Lokasi:
Hutan Lipur Gunung Datuk

Aktiviti:
Mendaki

Alamat:
Kampung Chengkau Ulu,
71350 Kota,
Negeri Sembilan.

Waktu Pendakian:
8.00 pagi - 4.00 petang

Taraf Kesukaran:
Sederhana ke Sukar

Waktu Operasi:
8.00 pagi - 5.00 petang (Isnin - Jumaat)
7.00 pagi - 4.00 petang (Sabtu & Ahad)

Harga Tiket:
RM 5 (Permit Pendakian)

Tarikh Lawatan:
24 September 2017 (Kali Ke-1)
08 Februari 2020 (Kali Ke-2)

Selepas meluangkan masa meninjau Dataran Rembau, perjalanan diteruskan menuju ke Hutan Lipur Gunung Datuk. Kedatangan kali ini hanya sekadar untuk meninjau sahaja. Berharap suatu hari nanti dapat peluang mendaki disini.Bagi lawatan kali kedua, kedatangan kali ini adalah untuk mendaki Gunung Datuk. Secara jujurnya saya tidak berani mendaki gunung keseorangan. Tunggu ada teman dahulu. 

Alhamdulillah rancangan kali ini berjaya dilaksanakan walaupun hanya bertiga sahaja (bagi lawatan kali kedua). Kami bergerak dari lokasi pertemuan seawal jam 1.30 pagi (Sabtu) menuju ke Rembau. Sebelum tiba ke Rembau, kami singgah di R&R yang terdekat untuk berehat sebentar (tidur dalam keretalah jawapnya) sementara menunggu waktu subuh.

Kemudian kami singgah sebentar di surau berhampiran untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah. Selesai solat, kami bersarapan di Restoran B40. Maklumlah tidak mahu mendaki gunung dengan perut kosong.

Itulah sebab kenapa pukul 8.00 pagi baru nak mula mendaki. Bukan untuk melihat matahari terbit pun walaupun bertolak awal.

Untuk makluman, jarak dari kaki ke puncak gunung Datuk adalah kira-kira 2 kilometer dan mengambil masa hampir 3 jam (termasuk waktu beratur untuk mendapatkan permit). Ramai juga orang waktu ini.

Dataran Rembau

Dataran Rembau

Lokasi:
Dataran Rembau

Alamat:
Kampung Chuai,
71300 Rembau,
Negeri Sembilan.

Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan

Tarikh Lawatan:
24 September 2017

Selepas mengunjungi Replika Istana Raja Melewar, perjalanan diteruskan menuju ke pusat bandar Rembau. Lokasi pertama yang disinggah adalah di Dataran Rembau.

Untuk sampai disini, perlu melintasi jambatan menyeberangi laluan keretapi. Mengikut rancangan asal, Rembau Kristal menjadi destinasi seterusnya, tetapi tidak jadi atas sebab tidak menjumpainya. 

Replika Istana Raja Melewar

Replika Istana Raja Melewar

Lokasi:
Replika Istana Raja Melewar

Alamat:
Kampung Istana Raja,
71350 Kota,
Negeri Sembilan.

Waktu Operasi:
10.00 pagi - 6.00 petang (Sabtu - Khamis)
10.00 pagi – 12.00 tengah hari & 2.45 - 6.00 petang (Jumaat)

Alamat Sesawang:
http://www.jmm.gov.my/en/muzium-rembau-replika-istana-raja-melewar

Tarikh Lawatan:
24 September 2017

Replika Istana Raja Melewar menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas meluangkan masa mengunjungi Hutan Simpan Gunung Tampin yang terletak di bandar Tampin.

Hutan Simpan Gunung Tampin

Hutan Simpan Gunung Tampin

Lokasi:
Hutan Simpan Gunung Tampin

Alamat:
Jalan TM Bukit Tampin
73000 Tampin
Negeri Sembilan.

Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan

Tarikh Lawatan:
24 September 2017

Hutan Simpan Gunung Tampin menjadi lokasi yang dikunjungi seterusnya selepas singgah sebentar di Tugu Peringatan Sungai Kelamah. Perjalanan menuju ke puncak amatlah mencabar terutama perlu melalui jalan yang tidak rata (rosak) sambil mendaki. Risau kalau motosikal rosak ditengah jalan. Disini juga terletaknya Air Terjun Bukit Tampin.

Jumaat, 26 Oktober 2018

Tugu Peringatan Sungai Kelamah

Tugu Peringatan Sungai Kelamah

Lokasi:
Tugu Peringatan Sungai Kelamah

Alamat:
1, Gemas,
73200 Gemencheh,
Negeri Sembilan.

Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan

Tarikh Lawatan:
24 September 2017

Tugu Peringatan Sungai Kelamah yang terletak di daerah Gemas menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas Teratak Za'ba. Lokasi ini dijumpa secara tidak sengaja ketika dalam perjalanan menuju ke Hutan Simpan Gunung Tampin.

Teratak Za'ba

Teratak Za'ba

Lokasi:
Teratak Za'ba

Alamat:
Kampong Bukit Kerdas,
72100 Batu Kikir,
Negeri Sembilan.

Waktu Operasi:
10.00 pagi - 5.00 petang (Setiap Hari)

Harga Tiket:
Percuma

Tarikh Lawatan:
24 September 2017

Teratak Za'ba menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas mengunjungi Hutan Lipur Serting Ulu. Masa untuk mengenali dengan lebih dekat pendeta Za’ba, seorang pejuang bahasa.

Rabu, 24 Oktober 2018

Hutan Lipur Serting Ulu

Hutan Lipur Serting Ulu

Lokasi:
Hutan Lipur Serting Ulu

Alamat:
Kampung Serting Hulu,
Simpang Pertang,
Negeri Sembilan.

Waktu Operasi:
8.00 pagi - 6.00 petang (Setiap Hari)

Harga Tiket:
Percuma

Tarikh Lawatan:
24 September 2017

Selepas mengunjungi Muzium Adat, perjalanan diteruskan menuju ke destinasi seterusnya iaitu Hutan Lipur Serting Ulu.

Muzium Adat


Muzium Adat

Lokasi:
Muzium Adat

Alamat:
Jalan Dato' Umbi,
Kampung Jelebu Tengah,
71600 Kuala Klawang, Negeri Sembilan.

Waktu Operasi:
9.00 pagi - 5.00 petang (Setiap Hari)

Harga Tiket:
Percuma

Tarikh Lawatan:
24 September 2017

Muzium Adat menjadi lokasi pertama yang disinggahi pada hari ini. Lokasi ini dipilih disebabkan waktu operasi yang terhad berbanding dengan lokasi lain dalam senarai perjalanan hari ini. Terdapat pasar tani berdekatan dengan muzium ini.

Perjalanan kali ini tertumpu pada lokasi yang masih belum sempat dilawati sebelum ini.

Isnin, 22 Oktober 2018

Cabaran Dalam Menyimpan Wang Dan Penyelesaiannya

Kemaskini pada 14/05/2020

Cabaran Dalam Menyimpan Wang Dan Penyelesaiannya

Cabaran Dalam Menyimpan Wang

Setiap pekara ada cabarannya yang tersendiri termasuk menyimpan wang. Artikel kali ini akan merungkaikan persoalan yang biasa dihadapi oleh kita berserta dengan tips dan panduan mengatasinya supaya kita dapat menjadikan aktiviti menyimpan itu satu kewajiban.

Layari pautan dibawah untuk memahami dengan lebih jelas tentang Simpanan.

Khamis, 18 Oktober 2018

Taman Rekreasi Tasik Bahau

Taman Rekreasi Tasik Bahau

Lokasi:
Taman Rekreasi Tasik Bahau

Alamat:
Jalan Tasik Bahau,
72100 Bahau,
Negeri Sembilan.

Waktu Operasi:
6.00 pagi - 10.00 malam (Setiap Hari)

Tarikh Lawatan:
23 September 2017

Taman Rekreasi Tasik Bahau menjadi lokasi terakhir yang sempat dikunjungi pada hari ini selepas mengunjungi Hutan Lipur Jeram Toi.

Hutam Lipur Jeram Toi

Hutam Lipur Jeram Toi

Lokasi:
Hutan Lipur Jeram Toi

Alamat:
71600 Kuala Klawang,
Negeri Sembilan.

Waktu Operasi:
8.00 pagi - 6.00 petang (Setiap Hari)

Harga Tiket:
Percuma

Tarikh Lawatan:
23 September 2017

Tidak seperti Hutan Lipur Lenggeng, di Hutan Lipur Jeram Toi terdapat ramai pengunjung berada disini ketika saya mengunjungi kawasan ini.

Disini juga saya terserempak dengan sekumpulan kecil orang yang tengah mengagihkan kertas kaji selidik berkaitan papan tanda amaran yang diletakkan disini kepada orang ramai. Dikesempatan ini saya pun menjawab soalan yang diberikan sebelum meneruskan perjalanan menerokai tempat ini dengan lebih mendalam.

Rabu, 17 Oktober 2018

Hutan Lipur Lenggeng

Hutan Lipur Lenggeng

Lokasi:
Hutan Lipur Lenggeng

Alamat:
71750 Lenggeng,
Negeri Sembilan.

Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan

Harga Tiket:
Percuma

Tarikh Lawatan:
23 September 2017

Selepas mengunjungi tapak warisan Makam Moyang Salleh, Hutan Lipur Lenggeng menjadi lokasi persinggahan seterusnya. Kelihatan tiada pengunjung disini ketika saya sampai.

Makam Moyang Salleh

Makam Moyang Salleh

Lokasi:
Makam Moyang Salleh

Alamat:
Kampung Lebah,
71600 Kuala Klawang,
Negeri Sembilan.

Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan

Tarikh Lawatan:
23 September 2017

Makam Moyang Salleh menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas melawat Meriam Dato Undang Abdullah dalam perjalanan menuju ke Hutan Lipur Lenggeng.

23/09/2017: Makam Moyang Salleh
Perjalanan diteruskan menuju ke Hutan Lipur Lenggeng.

 
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara