Pelaburan emas suatu pelaburan yang unik. Ia boleh
dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu penyimpan, pelabur dan peniaga emas.
Setiap peringkat dinilai berdasarkan potensi keuntungan yang boleh diperolehi dalam tempoh masa yang singkat. Lagi tinggi peringkat, lagi masyuk potensi keuntungannya dan lagi pendek tempoh masa menjana keuntungan.
Berikut adalah peringkat yang boleh dicapai dalam pelaburan emas:
Peringkat 1: Penyimpan Emas
Keuntungan paling rendah. Tempoh masa paling panjang. Tahap kesukaran paling rendah.
Peringkat 2: Pelaburan Emas
Keuntungan sederhana. Tempoh masa agak panjang. Tahap kesukaran sederhana.
Peringkat 3: Peniaga Emas
Keuntungan paling tinggi. Tempoh masa paling pendek. Tahap kesukaran paling tinggi.
Mudah sahaja hendak capai peringkat ketiga ini. Asalkan ada duit ditangan sudah memadai. Lagi banyak duit, lagi cepat anda sampai ke peringkat ketiga.
Kalau tidak memiliki duit yang banyak bagaimana? Jangan risau. Ada jalan lain yang boleh kita diikuti. Perjalanan yang jauh dan penuh dengan rintangan serta cabaran.
Mari kita ikuti perjalanan epik ini. Perjalanan seorang Penyimpan Emas Ke Usahawan Emas.