Jumaat, 6 November 2020

Tips Pelabur Emas Yang Berjaya

5 Tips Pelabur Emas Yang Berjaya

Di sini saya kongsikan tips dan panduan yang dikongsi oleh encik Syukor Hashim dalam seminar emas yang berlangsung di FB Live pada 27 Oktober 2020.

Langkah 1: Belajar Tentang Pelaburan Emas

Tuntut ilmu tentang pelaburan emas melalui buku, seminar, video dan sebagainya. Kenalpasti sama ada pelaburan emas ini sesuai dengan jiwa anda. Kalau sesuai teruskan dengan langkah kedua.

"Orang yang tidak menyukai pelaburan tersebut tidak akan menjaga pelaburan itu dengan baik"
 
Entri Berkaitan:
Senarai Ringkas Artikel Berkaitan Pelaburan Emas & Perak

 
Langkah 2: Bermula Dengan Jumlah Yang Kecil

Mulakan langkah pertama dengan melabur secara kecil-kecilan dulu bagi merasai dan memahami dengan lebih terperinci bagaimana pelaburan emas berfungsi.

Memahami secara teori sahaja tidak mencukupi tanpa amali. Ini adalah masanya untuk belajar melalui pengalaman. Rasai sendiri urusan jual beli emas.
 
Entri Berkaitan:
Kaedah Membeli Emas Jenama Public Gold


Langkah 3: Melabur Secara Konsisten

Salah satu strategik penting yang digunakan dalam pelaburan emas adalah teknik Pemurataan Harga. Kaedah ini digunakan bagi memastikan kos pembelian emas tidak terlalu tinggi. Lagi tinggi kos, lagi panjang tempoh masa untuk menjana keuntungan.

Kaedah ini hanya sesuai digunakan apabila kita melabur dalam emas secara konsisten.
 
Entri Berkaitan:
Strategik Dalam Pelaburan Emas


Langkah 4: Melabur Dengan Jumlah Yang Besar

Hendak untung besar, perlu melabur dengan jumlah yang besar. Cari jalan untuk meningkatkan pelaburan seperti tingkatkan pendapatan yang ada.

Harga emas naik RM 10 segram. Pelaburan mendapat untung sebanyak RM 10,000 sekiranya memiliki 1000 gram dan hanya untung sebanyak RM 100 sekiranya memiliki 10 gram.
Bezakan keuntungnya.
 
Entri Berkaitan:
Pelaburan Emas: Di Mana Untungnya?

 
Langkah 5: Melabur Untuk Jangka Masa Panjang

Kita perlu melabur dalam emas selama yang boleh bagi memastikan kuasa beli simpanan dapat dipertahankan dari ancaman inflasi.

Inflasi itu musuh yang nyata.



Dan Encik Syukor Hashim juga berkongsikan tips tambahan iaitu:

Langkah 6: Terlibat Dalam Perniagaan Yang Berkaitan Dengan Pelaburan

Orang yang paling untung adalah orang yang menjadikan pelaburan emas itu satu perniagaan seperti Dealer Public Gold.
 
Entri Berkaitan:
Usahawan Emas: Di Mana Untungnya?


Yang menulis,

Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold


Tiada ulasan:

Catat Komen