Rabu, 27 September 2017

Taman Rimba Ampang

Taman Rimba Ampang

Lokasi:
Taman Rimba Ampang

Alamat:
Jalan Bukit Belacan,
68000 Ampang Jaya,
Selangor.

Waktu Operasi:
8.00 pagi – 5.00 petang (Setiap Hari)

Alamat Sesawang:
https://www.forestry.gov.my/index.php/my/selangor/taman-rimba-ampang

Harga Tiket:
RM 1.00 (Dewasa)
RM 0.50 (Kanak-Kanak)

Tarikh Lawatan:
10 Disember 2016

Taman Rimba Ampang menjadi lokasi terakhir untuk dilawati pada sebelah pagi. Terletak diperhujung Jalan Bukit Belacan, perjalanan agak mencabar disebabkan terdapat kerosakan pada permukaan jalan. Terdapat projek pembinaan berdekatan dengan laluan masuk ke taman Rimba Ampang.

Laman Rekreasi Tasek Tambahan

Laman Rekreasi Tasek Tambahan

Lokasi:
Laman Rekreasi Tasek Tambahan

Alamat:
Jalan Taman Putra,
Taman Putra,
68000 Ampang, Selangor.

Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan

Tarikh Lawatan:
10 Disember 2016

Terletak berdekatan dengan Sekolah Rendah Agama Tasek Tambahan, Laman Rekreasi Tasek Tambahan menjadi lokasi persinggahan sementara sebelum menuju ke Taman Rimba Ampang. 

Ketumbar Hill

Ketumbar Hill

Lokasi:
Ketumbar Hill

Aktiviti:
Mendaki

Alamat:
Taman Cheras Utama,
56100 Cheras 9 Miles,
Selangor.

Waktu Pendakian:
9.00 pagi - 11.00 pagi

Taraf Kesukaran:
Mudah ke Sederhana

Tarikh Lawatan:
10 Disember 2016

Kembara diteruskan dari Tasik Pandan Perdana menuju ke Ketumbar Hill.

Tasik Pandan Perdana

Tasik Pandan Perdana

Lokasi:
Tasik Pandan Perdana

Alamat:
Jalan Perdana 3/10,
Pandan Perdana,
55300 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
Setiap Hari

Tarikh Lawatan:
10 Disember 2016

Perjalanan hari ini bermula dengan mendaki Ketumbar Hill. Sebelum sesi pendaki bermula, senaman memanas badan dilakukan terlebih dahulu dengan berjalan-jalan sekitar Tasik Pandan Perdana.

Mid Valley Megamall

Midvalley Megamall
Sumber: Yahoo Image

Lokasi:
Mid Valley Megamall

Alamat:
Mid Valley City,
Lingkaran Syed Putra,
59200 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
10.00 pagi - 10.00 malam (Setiap Hari)
 
Alamat Sesawang:
http://www.midvalley.com.my/
 
Tarikh Lawatan:
03 Disember 2016 (Kali Ke-1)
29 Julai 2017 (Kali Ke-2)
31 Ogos 2020 (Kali Ke-3)
 
Mid Valley Megamall, hypermarket pertama yang dikunjungi dalam pengembaraan solo ini.
 
Antara aktiviti yang dilakukan disini adalah:
1. Bermain Boling
2. Melawat Pameran Perabot
3. Berjalan-Jalan
4. Makan Tengah Hari Di ‘Foodcourt’
5. Menonton Wayang
6. Merasai Aiskrim Di Kedai Magnum
 
Bagi lawatan kali kedua, Mid Valley Megamall dipilih untuk makan tengah hari disebabkan ia berdekatan dengan stesen komuter selepas memanjat dinding Taman Cabaran Putrajaya.
 
Mid Valley Megamall menjadi lokasi persinggahan seterusnya (bagi lawatan kali ketiga) selepas mengunjungi Tugu Peringatan Negara Malaysia (Tugu Negara).

Isnin, 25 September 2017

Taman Tasik Metropolitan Kepong

Dataran Taman Tasik Metropolitan Kepong

Lokasi:
Taman Tasik Metropolitan Kepong

Alamat:
115, Jalan Ampang Hilir,
Desa Pahlawan,
55000 Kuala Lumpur.

Masa Lawatan:
6.00 pagi - 10.00 malam (Setiap Hari)

Alamat Sesawang:
http://www.visitkl.gov.my/visitklv2/index.php?r=column/cthree&id=61&place_id=1025

Tarikh Lawatan:
04 Disember 2016 (Kali Ke-1)
11 September 2018 (Kali Ke-2)
30 Mei 2020 (Kali Ke-3)
15 Sept 2021 (Kali Ke-4)

Lawatan Diteruskan pada sebelah petang selepas berehat seketika setelah mendaki Bukit Kembara dan berjalan mengeliling Taman Tasik Ampang Hilir disebelah pagi. Lokasi taman yang dipilih adalah Taman Metropolitan Kepong. Taman ini juga menjadi lokasi larian sempena Inflatable Amazing Run 2017 dan menjadi lokasi pertama yang dikunjungi bagi lawatan kali kedua.

Taman Tasik Metropolitan Kepong menjadi lokasi tunggal yang dikunjungi pada hari ini (lawatan kali kedua). Ini adalah taman kedua yang dikunjungi selepas PKP diumumkan. Makin banyak Kondominium dibini disekitar taman ini.
 
Bagi lawatan kali ketiga dan keempat, kedatangan ke sini bersama abang adalah untuk bersenam. Dah lama tak kunjungi taman ini. Banyak perubahan yang berlaku disini.

Khamis, 21 September 2017

Taman Tasik Ampang Hilir

Taman Tasik Ampang Hilir

Lokasi:
Taman Tasik Ampang Hilir

Alamat:
115, Jalan Ampang Hilir,
Desa Pahlawan,
55000 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
6.00 pagi – 8.00 malam (Setiap Hari)

Tarikh Lawatan:
04 Disember 2016 (Kali Ke-1)
09 Februari 2017 (Kali Ke-2)

Perjalanan diteruskan menuju Taman Tasik Ampang Hilir dari Bukit Kembara, Ampang. Pada asalnya niat ingin pulang terus ke rumah tetapi tidak jadi apabila ternampak kelibat sebuah taman berdekatan dengan lebuhraya MRR2. Terdapat pertandingan memancing yang masih berlangsung semasa tiba di situ.

Taman Tasik Ampang Hilir juga menjadi lokasi pertama persinggahan (9 Februari 2017) bagi lawatan kali kedua.

Rabu, 20 September 2017

Bukit Kembara

Bukit Kembara

Lokasi:
Bukit Kembara

Aktiviti:
Mendaki

Alamat:
Ulu Kelang,
68000 Ampang Jaya,
Selangor.

Waktu Pendakian:
8.30 - 11.00 pagi

Taraf Kesukaran:
Mudah

Tarikh Lawatan:
04 Disember 2016 (Kali Ke-1)
05 November 2017 (Kali Ke-2)

Aktiviti pendakian secara solo diteruskan dengan mendaki Bukit Kembara yang terletak di Ampang, Selangor. Laluan masuk terletak diantara dua banglo dan berdekatan dengan Kelab Golf Darul Ehsan.

Bagi pendakian kali kedua (05/11/2017), pendakian ditemani oleh rakan sekerja. Lokasi ini dipilih kerana cuaca tidak mengizinkan untuk mendaki Gunung Datuk.

Taman Tasik Titiwangsa

Taman Tasik Titiwangsa

Lokasi:

Taman Tasik Titiwangsa
 
Alamat:
6, Lorong Titiwangsa,
Titiwangsa,
53200 Kuala Lumpur.

Masa Lawatan:
8.00 pagi - 10.00 malam (Setiap Hari)

Harga Tiket:
Basikal (Sejam)
RM 10 (Seorang)
RM 25 (Berdua)
 
Alamat Sesawang:
http://www.visitkl.gov.my/visitklv2/index.php?r=column/cthree&id=61&place_id=907

Tarikh Lawatan:
20 November 2016 (Kali Ke-1)
15 Januari 2020 (Kali Ke-2)
07 Mac 2020 (Kali Ke-3)
14 Mac 2020 (Kali Ke-4)
30 Ogos 2020 (Kali Ke-5)
09 Januari 2021 (Kali Ke-6)
28 Ogos 2022 (Kali Ke-7)

Taman Tasik Titiwangsa menjadi lokasi terakhir lawatan hari ini selepas selesai menjamu selera di Sate Kajang Haji Samuri, Kajang.

Bagi lawatan kali kedua, Taman Tasik Titiwangsa menjadi destinasi tunggal yang dikunjungi. Kedatangan kali ini untuk melihat perubahan yang berlaku pada taman ini selepas ia ditutup selama lebih setahun bagi tujuan naiktaraf. Kali ini datang berdua.

Bagi lawatan kali ketiga, tujuan utama kedatangan kali ini adalah untuk menerokai kawasan yang tidak sempat dikunjungi bagi lawatan terdahulu (lawatan kali kedua). Selepas naik kereta kuda di Rekreasi Berkuda @ Taman Tasik Titiwangsa, kita kunjungi taman pula. Kali ini bertiga pula.

Bagi lawatan kali ke empat dan kelima, kedatangan ke Taman Tasik Titiwangsa sekadar untuk menunggang basikal menggeliling tasik selama sejam. Kali ini pilih basikal untuk seorang kayuh sahaja. Malangnya, basikal yang dipilih mengalami kerosakkan. Terpaksa tukar basikal lain. Baru hendak berkayuh, hujan turunlah pula. Kali ini hanya dapat berkayuh selama 40 minit sahaja.

Taman Tasik Titiwangsa menjadi lokasi persinggahan pertama pada lawatan kali ke enam. Alang-alang dah ada disini, kita layan basikal lagi. Antara lokasi menarik untuk bergayuh santai. Rezeki hari ini, cuaca mendung walaupun kadang-kadang hujan. Masa PKP ini, hanya satu pintu sahaja yang dibuka.

Bagi lawatan kali ke tujuh, Taman Tasik Titiwangsa menjadi lokasi kunjungan seterusnya selepas Rekreasi Berkuda @ Taman Tasik Titiwangsa. Kali Ini sekadar nak mengayuh basikal sahaja.

Taman Tasik Cempaka

Taman Tasik Cempaka

Lokasi:
Taman Tasik Cempaka

Alamat:
5, Jalan 1/7d, Seksyen 9,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor.

Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan

Tarikh Lawatan:
20 November 2016

Perjalanan hari ini bermula dengan menerokai tempat menarik di Bangi. Lokasi pertama adalah Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi.

Bukit Wawasan Trail @ Hutan Simpanan Ayer Hitam

Bukit Wawasan Trail

Lokasi:
Bukit Wawasan Trail @ Hutan Simpanan Ayer Hitam

Aktiviti:
Mendaki

Alamat:
Persiaran Bukit,
Taman Wawasan,
47100 Puchong, Selangor.

Waktu Operasi:
9.00 pagi - 12.00 tengah hari

Taraf Kesukaran:
Sederhana ke Susah

Tarikh Lawatan:
19 November 2016

Kembara minggu ini dimulai dengan mendaki Bukit Wawasan yang terletak di Puchong, Selangor. Pendaki kali ini antara pendakian yang mencabar terutama semasa menuruni bukit. Laluan yang licin (laluan masih basah kerana hujan turun malam sebelumnya) ditambah dengan kebanyakkan laluan trek terdiri dari tanah menyebabkan saya merasai pengalaman kali pertama tergelincir semasa menuruni bukit.

Taman Rekreasi Alam Megah

Taman Rekreasi Alam Megah

Lokasi:
Taman Rekreasi Alam Megah

Alamat:
Taman Alam Megah,
40400 Shah Alam,
Selangor.

Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan

Tarikh Lawatan:
13 November 2016

Selepas meluangkan masa menerokai murai di Artsphere 20@8ty 3D Murals, perjalanan diteruskan menuju ke Taman Rekreasi Alam Megah yang terletak di Taman Alam Megah.

Selasa, 19 September 2017

Artsphere 20@8ty 3D Murals

Artsphere 20@8ty 3D Murals

Lokasi:
The Atmosphere

Alamat:
Jalan Atmosphere Utama 1,
Pusat Perniagaan The Atmosphere,
43300 Seri Kembangan, Selangor.

Tarikh Lawatan:
13 November 2016
Artsphere 20@8ty 3D Murals menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas mengunjungi Farm In The City.

Mencari dimana terletaknya murai adalah suatu yang agak mencabar walaupun dengan bantuan Google Maps. Setelah meluangkan masa kira-kira 10 minit, akhirnya ketemui jua lokasi dimana terletak lukisan tersebut.

Jumaat, 15 September 2017

Farm In The City (FITC)

Farm In The City (FITC)

Lokasi:
Farm In The City (FITC)

Alamat:
Lot 40187-40188,
Jalan Prima Tropika Barat,
Bandar Putra Permai,
43300 Seri Kembangan,
Selangor.

Waktu Operasi:
10.00 pagi – 6.00 petang (Isnin-Jumaat)
09.30 pagi – 6.00 petang (Hujung Minggu & Cuti Umum)

Alamat Sesawang:

Harga Tiket:
Warganegara
RM 32 (Dewasa)
RM 27 (Kanak-Kanak)
Bukan Warganegara
RM 48 (Dewasa)
RM 38 (Kanak-Kanak)

Tarikh Lawatan:
13 November 2016


Lokasi pertama yang dilawati untuk minggu ini adalah Farm In The City yang terletak di Seri Kembangan, Selangor. Disini pengunjung diberi peluang untuk memberi makan sambil memegang haiwan yang ada disini.

Khamis, 14 September 2017

Bukit Saga

Bukit Saga

Lokasi:
Bukit Saga

Aktiviti:
Mendaki

Alamat:
Jalan Saga 28, Taman Saga,
68000 Ampang Jaya,
Kuala Lumpur

Waktu Pendakian:
8.30 pagi - 12.00 tengah hari

Taraf Kesukaran:
Sederhana ke Susah

Tarikh Lawatan:
12 November 2016

Kembara hari ini bermula dengan mendaki Bukit Saga secara solo yang terletak dalam kawasan Hutan Simpan Hulu Langat. Bukit Saga adalah lokasi kedua pendakianku selepas Hutan Pendidikan Bukit Gasing.

Rabu, 13 September 2017

Denai Keruing


Denai Keruing

Lokasi:
Denai Keruing

Alamat:
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
52109 Kepong,
Selangor Darul Ehsan.

Waktu Operasi:
5.30 pagi - 6.30 malam (Setiap Hari)

Alamat Sesawang:

Harga Tiket:
RM 120 (Maksimum 25 orang)

Tarikh Lawatan:
13 Disember 2016

Terletak berdekatan dengan Galeri Penyelidikan Muzium FRIM, Denai Keruing adalah lokasi terakhir yang dilawati pada hari ini.

Denai Razak

Denai Razak

Lokasi:
Denai Razak

Alamat:
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
52109 Kepong,
Selangor Darul Ehsan.

Waktu Operasi:
5.00 pagi – 7.30 malam (Setiap Hari)

Alamat Sesawang:

Harga Tiket:
Percuma

Tarikh Lawatan:
13 Disember 2016

Terletak berdekatan dengan Taman Botani Kepong, Denai Razak adalah satu-satunya denai yang boleh dikunjungi tanpa memerlukan khidmat juru pandu. Keseluruhan laluan Denai Razak telah di simen bagi memudahkan pengunjung melaluinya. Laluan denai ini adalah dalam satu pusingan besar. Laluan masuk dan keluar adalah berdekatan antara satu sama lain. Oleh itu para pengunjung tidak perlu risau dalam memilih laluan mana yang ingin di ikuti.

Selasa, 12 September 2017

Taman Botani Kepong @ FRIM

Taman Botani Kepong

Lokasi:
Taman Botani Kepong @ FRIM

Alamat:
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
52109 Kepong,
Selangor Darul Ehsan.

Waktu Operasi:
5.00 pagi – 7.30 malam (Setiap Hari)

Alamat Sesawang:
https://www.frim.gov.my/

Harga Tiket:
Percuma

Tarikh Lawatan:
14 Oktober 2016 (Kali Ke-1)
13 Disember 2016 (Kali Ke-2)

Taman Botani Kepong menjadi lokasi seterusnya untuk dilawati selepas gagal dalam percubaan menaiki Laluan Kanopi. Di sini juga terletaknya Denai Razak yang hanya dilawati semasa lawatan kali kedua.