Jumaat, 19 Februari 2021

Soalan Pelik Berkaitan Emas

Kemaskini pada 06/07/2022

Soalan Pelik Berkaitan Emas

Secara jujurnya, soalan yang saya ingin kongsikan kali ini bukanlah pelik sangat terutama bagi sesetengah orang.
 
Hanya Ia menjadi pelik bagi saya kerana tidak pernah terlintas dalam minda untuk bertanya soalan demikian semasa mula-mula mempelajari ilmu emas dahulu.
 
Ini mengingatkan saya bahawa bukan semua yang kita tahu, orang lain tahu. Begitu juga sebaliknya.
 
Berikut saya kongsikan antara soalan yang pelik yang pernah diterima terima setakat ini.

Rabu, 10 Februari 2021

Kenal Pasti Skim Cepat Kaya Bertopeng Emas

Kenalpasti Skim Cepat Kaya Bertopeng Emas

Salah satu risiko dalam pelaburan emas adalah ditipu ketika membeli emas, sama ada terbeli emas palsu atau menyertai skim cepat kaya yang bertopengkan emas. Bertopengkan emas bermaksud menggunakan emas sebagai alat untuk menarik pelabur menyertai pakej yang ditawarkan.
 
Berikut saya kongsikan ciri-ciri umum untuk mengenalpasti sama ada skim pelaburan emas tersebut adalah skim cepat kaya atau pun tidak.
 
 
Ciri 1: Keuntungan Tidak Masuk Akal
 
Keuntungan tinggi yang dijanjikan kepada para pelabur emas yang menyertai pakej yang ditawarkan tanpa risiko atau keuntungan dijamin sepenuhnya. Ada skim menawarkan pulangan dalam bentuk dividen sehingga 10 peratus sebulan dalam tempoh 9 bulan. 
 
Padahal keuntungan dari pelaburan emas hanya dapat dinikmati dengan peningkatkan harga emas itu sahaja (keuntungan modal). Emas tiada dividen. Oleh itu, apa-apa pakej yang menjanjikan dividen dari pembelian emas hanya satu penipuan sahaja.
 
Emas juga tidak boleh berkembang dengan sendirinya seperti beli 1 gram emas, boleh dapat 5 gram emas selepas 90 hari. Hanya beli emas secara konsisten sahaja dapat meningkatkan bilangan gram dalam simpanan.