5 Tahun Pertama Bekerja, Adalah Waktu Terbaik Untuk…
1# Simpan Duit Sebanyak Yang Mampu, Seawal Yang Boleh
Utamakan keperluan, tangguhkan keinginan. Beli kereta hanya bila
ada keperluan mendesak. Pilih jenama kereta di bawah kemampuan diri. Jika mampu
membeli Honda Civic, pilih Proton Saga. Naik motosikal atau pengangkutan awam
sahaja selagi boleh.
Hidup di bawah kemampuan bukan mengikut kemampuan, apatah lagi
melebihi kemampuan. Belajar menyimpan dahulu sebelum berbelanja, Simpan lebihan
duit yang diperolehi dari aktiviti berjimat-cermat. Cari pendapatan tambahan
untuk meningkatkan lagi simpanan sedia ada.