Kemaskini pada 08/08/2023
Sumber: http://www.1etiqa2u.com/2018/02/medical-plus-etiqa-takaful.html |
Entri
kali ini saya ingin kongsikan secara umum tentang kad perubatan yang
diperkenalkan oleh Takaful Family Berhad yang dinamakan sebagai Takaful Medical Plus.
Pengenalan
Takaful Medical Plus adalah kad perubatan yang diperkenalkan oleh Etiqa bagi membantu menanggung kos perubatan anda sekiranya di masukkan ke dalam wad hospital. Kad perubatan ini boleh digunakan di semua hospital swasta (yang berdaftar) dan kerajaan diseluruh Malaysia.
Kad perubatan ini didatangi bersama dengan pelan simpanan jangka masa panjang Etiqa merangkumi:
1. Harmoni
2. Intelek
3. Karisma
4. Mabrur
5. Prima
6. Prima Plus
7. Madani
Nota:
1. Kad perubatan hanya boleh diambil bersama dengan pelan simpanan. Tidak diwajibkan mengambil kad perubatan bagi menyertai sebarang pelan simpanan seperti dalam senarai di atas.
2.
Kad perubatan boleh diambil dalam tempoh masa yang kurang atau sama dengan
pelan simpanan @ perlindungan (prisma). Contohnya seperti pelan Prisma yang diambil selama tempoh 20 tahun. Tempoh
masa bagi kad perubatan yang diambil sekali dengan Prisma
adalah maksimum selama 20 tahun.
3.
Bagi akaun perkongsian, sekiranya berlaku kematian kepada pembayar. Kad perubatan
akan terbatal dengan sendiri sekiranya peserta berumur di bawah 18 tahun.
Peserta diberi peluang untuk sambung caruman atau batalkan sekiranya peserta di
atas umur 18 tahun.
4.
Pemegang sijil perlu dimasukkan ke wad hospital sekurang-kurangnya 12 jam bagi melayakkan
diri menggunakan kad perubatan untuk menanggung bil hospital yang dikenakan.