Ahad, 16 Ogos 2020

Pelan Simpanan Jangka Masa Panjang MABRUR @ Etiqa

Kemaskini pada 23/09/2020Struktur Dan Risalah Mabrur

Tawaran Istimewa Khas Untuk Anda:
 
Miliki 0.5 Gram emas Public Gold dengan menyertai mana-mana plan simpanan atau 1 Gram emas Public Gold apabila bersetuju membayar bagi tempoh setahun (bagi tahun pertama).
 
Jangan Lepaskan Peluang Ini. Tawaran berakhir 31 Disember 2020.

MABRUR

Pengenalan

Mabrur ialah pelan Takaful yang menyediakan simpanan patuh shariah dan perlindungan komprehensif yang melengkapkan persediaan anda untuk menunaikan Haji dan Umrah.

Di Etiqa, kami membantu dalam urusan pembukaan akaun tabung haji. Kami juga membantu dalam pendaftaran Haji anda apabila Bayaran Tunai pertama dibayar, pada akhir tahun sijil ke 3.

Ciri-Ciri Utama

Siapa Layak Menyertai?
Warganegara Malaysia


Umur Kelayakan

Akaun Persendirian
18 Tahun sehingga 60 Tahun

Akaun Perkongsian (Join Account)
Pemilik Sijil (Peserta)
14 Hari sehingga 18 Tahun
Pembayar
18 Tahun sehingga 60 Tahun

Nota:

1. Bagi akaun perkongsian (joint account), hubungan antara pembayar (ibu, bapa, suami & isteri) dan peserta (isteri, suami & anak) terhad kepada suami dan isteri, isteri dan suami, suami dan anak & isteri dan anak sahaja.

2. Penetapan jumlah pemberian tunai (bonus) bagi akaun perkongsian (joint akaun) tertakluk kepada beberapa faktor iaitu caruman tahunan (lagi besar simpanan, lagi tinggi bonus), kombinasi umur pembayaran (lagi muda, lagi tinggi bonus) dan peserta (lagi muda, lagi rendah bonus) dan jantina (wanita memperolehi bonus yang lebih tinggi dari lelaki).

Tempoh Matang
20 sehingga 30 Tahun

Jumlah Yang Dilindungi
Minimum: RM 13,500.00
Maksimum: Tanpa Had (Tertakluk kepada simpanan tahunan)

Kaedah Pembayaran
Bulanan. Suku Tahun, Setengah Tahun atau Tahunan

Manfaat Utama

Manfaat Hidup
Nikmati pembayaran tunai secara tetap pada akhir setiap tahun bermula tahun ketiga sepanjang tempoh sijil tersebut.

 

Tahun Sijil

% Jumlah Asas Yang Dilindungi

3

10%

4 - 14

3%

15 - 20

4%

Tarikh Matang

10%

Contoh:

Nama: Ali bin Abu
Umur: 26 tahun (Mengikut tarikh lahir akan datang)
Jantina: Lelaki
Jenis Akaun: Persendirian
Pelan Simpanan: Karisma
Jumlah Simpanan Tahunan: RM 6000 (RM 500 sebulan)
Tempoh Simpanan: 20 tahun
Waris: Aisyah bin Kamaruddin
Jumlah Pembayaran Tunai (Bonus): RM 40,380.00 (anggaran)

 

Fasa

Tahun Ke

% Pembahagian Bonus

Jumlah Pembayaran (RM)

1

3

10.0 %

4,038.00

2

4

3.0 %

1,211.40

 

5

3.0 %

1,211.40

 

6

3.0 %

1,211.40

 

7

3.0 %

1,211.40

 

8

3.0 %

1,211.40

 

9

3.0 %

1,211.40

 

10

3.0 %

1,211.40

 

11

3.0 %

1,211.40

 

12

3.0 %

1,211.40

 

13

3.0 %

1,211.40

 

14

3.0 %

1,211.40

3

15

4.0 %

1,615.20

 

16

4.0 %

1,615.20

 

17

4.0 %

1,615.20

 

18

4.0 %

1,615.20

 

19

4.0 %

1,615.20

 

20

4.0 %

1,615.20


Nota:
1. Jumlah kiraan hanyalah anggaran sahaja. Jumlah sebenar yang diterima kebiasaannya lebih tinggi dari kiraan yang ditunjukkan.
2. Jumlah pembayaran tunai (bonus) akan dikredit terus ke akaun tabung haji pemegang sijil bermula akhir tahun ketiga. Bagi akaun perkongsian (joint account), semua pembayaran tunai dikredit terus ke akaun tabung haji pembayar sehingga peserta layak buka akaun tabung haji sendiri.
3. Pembayaran tunai tidak menjejaskan simpanan dan dividen sedia ada (semasa).
4. Penetapan jumlah pemberian tunai (bonus) tertakluk kepada beberapa faktor iaitu caruman tahunan (lagi besar simpanan, lagi tinggi bonus), umur (lagi muda, lagi tinggi bonus) dan jantina (wanita memperolehi bonus yang lebih tinggi dari lelaki).
5. Pemegang sijil boleh menaikkan jumlah simpanan bulanan dalam tempoh 6 bulan selepas sijil berkuatkuasa. Sebarang peningkatan bayaran bulanan akan menaikkan bonus yang diperolehi.
6. Pemegang sijil boleh menurunkan jumlah bulanan pada bila-bila masa sepanjang tempoh aktif sijil. Sebarang penurunan bayaran bulanan akan membawa kesan terhadap peratusan bonus yang diperolehi. Penurunan bayaran bulanan terhad sehingga jumlah bonus yang diterima tidak kurang dari RM 13,500.00.
7. Perlindungan Takaful bagi kematian dan kecacatan kekal diberikan secara percuma tanpa caj tambahan (kecuali pilihan Rider).
8. Pemegang sijil boleh memilih sama ada ingin mendapatkan bayaran tunai secara tahunan atau serentak iaitu sebanyak 33% untuk Fasa 2 dan sebanyak 24% untuk Fasa 3 (Dari Jumlah Pembayaran Tunai).
9. Bagi akaun Perkongsian (Joint Account), semua manfaat akan diterima oleh peserta sahaja.

Manfaat Matang

Sekiranya pemegang sijil masih hidup sehingga tarikh matang plan simpanan. Jumlah Simpanan, baki Pemberian Tunai, tambahan Pemberian Tunai dan Jumlah Dividen akan dibayar terus (dalam bentuk cek) kepada pemegang sijil.

Contoh:
Manfaat yang diperolehi oleh Ali selepas 20 tahun.

 

Pekara

Pulangan (RM)

Jumlah Pemberian Tunai (33%)

13,729.20

Tambahan Pemberian Tunai (10%)

4,038.00

Jumlah Simpanan

120,000.00

Jumlah Dividen (4%)

63,999.00

JUMLAH

201,766.20

*Ilustrasi adalah berdasarkan anggaran sahaja

Nota:
Bagi akaun perkongsian (joint account). Peserta akan memperolehi semua pembayaran selepas tempoh matang.

Perlindungan Komprehensif

Manfaat Kematian

Sekiranya berlaku kematian terhadap pemegang sijil sama ada faktor semulajadi atau akibat kemalangan. Jumlah Pemberian Tunai, Pembelanjaan Pengebumian, Jumlah Simpanan, Jumlah Dividen akan dibayar terus ke waris sekaligus.

Indemnita Berganda ke atas jumlah pembayaran tunai apabila pemegang sijil meninggal (sebelum berumur 70 tahun) akibat kemalangan di Mekah dan Madinah ketika menunaikan haji atau umrah. Tambahan sebanyak 100% akan diberikan dari jumlah pembayaran tunai. Pewaris memperolehi 2 kali ganda dari jumlah pembayaran tunai yang layak diterima.

Contoh:
Ali meninggal pada tahun ke 10 sijil berkuatkuasa. Aisyah sebagai waris akan memperolehi:


Pekara

Pulangan (RM)

Jumlah Pemberian Tunai

40,380.00

Pembelanjaan Pengebumian

1,000.00

Jumlah Simpanan

60,000.00

Jumlah Dividen (4%)

13,870.00

JUMLAH

131.330.00

*Ilustrasi adalah berdasarkan anggaran sahaja

Sekiranya Ali meninggal dunia akibat kemalangan di Mekah dan Madinah semasa mengerjakan haji atau umrah. Aisyah akan memperolehi tambahan duit sebanyak RM 40,380.00.

Nota:
1. Peratusan dividen tahunan yang diterima diantara 4% hingga 8% (bergantung kepada prestasi semasa).
2. Kiraan yang ditunjukkan hanya sebagai panduan sahaja (anggaran).
3. Plan simpanan ini dilindungi oleh akta takaful dan dikategori sebagai hibah bersyarat. Waris berhak memperolehi keseluruhan duit yang ada tanpa perlu melalui proses pembahagian harta. Waris juga tidak terikat atas tanggungjawab membayar hutang si mati.
4. Pemegang sijil boleh menamakan sesiapa sahaja untuk menjadi waris dan boleh menentukan jumlah waris yang layak menerimanya. Pemegang sijil tidak perlu kebenaran waris untuk menerima duit ini.
5. Pemegang sijil boleh menukar waris pada bila-bila masa tanpa bersetujuan waris yang dipilih sebelum itu.
6. Pihak takaful tidak mengenakan sebarang caj tambahan (percuma) bagi proses meletakkan nama pewaris.
7. Pihak Etiqa akan melaksanakan badal haji kepada pembayaran.
8. Bagi akaun Perkongsian (Joint Account), pemegang sijil tetap menerima pembayaran tunai seperti biasa sehingga tarikh matang walaupun pembayar telah meninggal dunia. Hanya jumlah simpanan (termasuk dividen) dan pembelanjaan pengebumian yang diberi pada pemegang sijil.

Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh Dan Kekal (HUMK)

Sekiranya HUMK berlaku terhadap pemegang sijil dan hilang upaya tersebut berterusan sehingga 6 bulan. Jumlah Pemberian Tunai, Jumlah Simpanan dan Jumlah Dividen akan dibayar terus ke waris secara sekaligus (sehingga RM 1 juta).

Jika jumlah keseluruhan pembayaran melebihi RM 1 juta, maka baki akan dibayar selepas tempoh setahun dari pembayaran terdahulu. Tertakluk pada terma dan syarat yang dinyatakan dalam kontrak sijil.

Tiada manfaat akan dibayar pada HUMK selepas pemegang sijil berumur 64 tahun mengikut hari lahir seterusnya.

Contoh:

Sekiranya jumlah yang diterima oleh waris adalah sebanyak RM 1,500,000.00. Sebanyak RM 1,000,000.00 akan dibayar sekaligus kepada waris. Baki sebanyak RM 500,000.00 akan dibayar setahun kemudian.

Manfaat Badal Haji

Apabila berlakunya kematian atau HUMK sebelum sempat menunaikan haji bagi pemegang sijil. Manfaat Badal Haji sebanyak RM 3,000 akan dibayar. Manfaat ini hanya dibayar jika elaun haji tidak dituntut dan umur pemegang sijil mesti sekurang-kurangnya 15 tahun ke atas.

Untuk HUMK, manfaat badal haji hanya dibayar setelah bayaran penuh manfaat HUMK diselesaikan.

Manfaat Elaun Haji & Umrah*

Elaun sebanyak RM 1,000 akan dibayar bagi menunaikan Haji atau Umrah. Elaun umrah hanya boleh dituntut selepas tempoh 12 bulan dari elaun Haji, begitulah sebaliknya.

Contoh:

Ali telah menuntut elaun Haji pada 31 Januari 2018 selepas pulang dari mengerjakan haji. Oleh itu, elaun Umrah hanya boleh dituntut oleh Ali bermula 1 Februari 2019. Ini bererti, Ali kena menunggu sehingga 1 Februari 2019 untuk mengerjakan umrah supaya dapat membuat tuntutan elaun selepas pulang nanti.

Manfaat Ihsar*

Apabila pemegang sijil di Dam (denda kerana melanggar hukum) semasa mengerjakan haji atau umrah. Manfaat Ihsar boleh dituntut kembali dari Etiqa untuk menggantikan wng sendiri yang digunakan untuk membayar Dam dengan nilai maksimum sebanyak RM 1,000.

Manfaat Elaun Penjagaan Anak (Nurseri)*

Apabila pemegang sijil menunaikan haji, elaun penjagaan anak sebanyak RM 1,000 boleh dituntut bagi menanggung kos penjagaan anak-anak di Malaysia dengan syarat umur anak-anak tidak melebihi hari lahir ke-17.

Nota*:
1. Sijil hendaklah berkuatkuasa sekurang-kurangnya 5 tahun dan semua sumbangan telah dibayar bagi melayakkan anda menuntut elaun ini. Elaun ini hanya boleh dituntut sekali sahaja sepanjang tempoh aktif sijil.
2. Digalakkan agar menuntut elaun yang layak selepas pulang dari mengerjakan Haji atau Umrah. Sila sertakan dokumen sokongan yang diperlukan semasa menghantar permohonan ke Etiqa.

Perlindungan Tambahan

Pemegang sijil boleh membuat bayaran tambahan (bayaran hangus) ke atas simpanan bulanan bagi mendapatkan perlindungan dengan pilihan Rider.

Berikut adalah pilihan Rider yang ada:

01. Rider Manfaat Kematian dan Hilang Upaya Akibat Kemalangan
02. Rider Indemniti Kemalangan
03. Rider Penyakit Kritikal
04. Rider Pengecualian Sumbangan bagi Penyakit Kritikal
05. Rider Manfaat Tunai Hospital
06. Rider Ultra Medic
07. Rider Bertempoh
08. Rider Tambah Nilai Tetap
09. Rider Pengecualian Sumbangan bagi Penyakit Kritikal (Pembayar)
10. Rider Pengecualian Sumbangan bagi kematian dan HUMK (Pembayar)
11. Rider Bertempoh (Pembayar)
12. Rider Manfaat Pendapatan Keluarga

Contoh:

Ali menyimpan secara tetap sebanyak RM 500 sebulan dengan tambahan sebanyak RM 30 sebulan untuk perlindungan tambahan (pilihan Rider). RM 30 yang dibayar oleh Ali tidak dikira sebagai simpanan. Ia adalah bayaran bagi tambahan perlindungan.

Nota:

RM 30 yang dibayar oleh Ali hanya sebagai contoh sahaja. Jumlah sebenar pembayaran bergantung kepada jenis Rider yang diambil.


Entri Berkaitan:

Sebarang pertanyaan lanjut atau untuk set temujanji untuk berjumpa, boleh hubungi saya melalui maklumat seperti di bawah. Saya sentiasa bersedia membantu anda.


Entri Berkaitan:
Pelan Simpanan Jangka Masa Panjang


Tiada ulasan:

Catat Komen