Rabu, 5 Ogos 2020

Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Wasiat

Sumber: https://www.usim.edu.my/

Entri kali ini saya ingin berkongsikan sedikit sebanyak maklumat tentang Wasiat yang perlu anda tahu.
 
Konsep Wasiat/ Wasiyah
 
Iqrar yang dibuat semasa hidup tentang harta dan manfaat dilaksanakan untuk tujuan kebajikan atau dibenarkan syarak selepas kematian pewasiat. [Enakmen wasiat orang islam (Selangor) 1999: Negeri Sembilan (2004): Melaka (2005)]


Akta Wasiat 1959
 
Dokumen tetapkan hasrat cara pusaka ditadbir bahagi selepas kematian menetapkan wasiat.
Hukum wasiat tak boleh lebih dari 1/3.
 
Orang Islam Dan Orang Bukan Islam Boleh Membuat Wasiat?
 
Bagi orang islam, wasiat boleh dibuat hanya untuk 1/3 daripada harta yang ada dan kepada bukan waris. Baki 2/3 lagi hendaklah di bahagikan mengikut Faraid.
 
Bagi orang bukan islam, keseluruhan hartanya boleh dibahagikan melalui wasiat dan keinginannya sendiri.
 
Hanya setakat 1/3 daripada jumlah harta pewasiat boleh diwasiatkan kepada bukan waris melainkan kesemua waris bersetuju dengan hasrat tersebut selepas kematian pewasiat.
 
Hukum Wasiyah/ Wasiat
 
Meskipun sunat muakkad akan bertukar sekiranya berlaku situasi-situasi seperti berikut:
 
Wajib - Jika mempunyai hak/ tanggungjawab shariah seperti hutang
Sunat - Jika kaum ada keluarga (jauh/ terkeluar) dan golongan miskin/ memerlukan
Haram - Jika memudaratkan waris (Wasiat yang sah wajib dilaksanakan sebelum pembahagian harta melalui faraid/ Muafakat dilakukan)
 
Pembatalan Wasiyah/ Wasiat
 
1. Apabila benefisiari menolak wasiat (selepas kematian pewasiat)
2. Pewasiat menjadi kurang siuman dan mati dalam keadaan tersebut
3. Benefisiari mati sebelum pewasiat
4. Harta pewasiat telah tidak wujud @ musnah sebelum atau kematian pewaris
5. Penarikan balik keseluruhan @ sebahagian oleh pewasiat
 
Diharap agar entri ini dapat memberi pendedahan awal kepada anda tentang Wasiat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan