Rabu, 28 Disember 2022

Tasik Melati Recreational Park

Tasik Melati Recreational Park

Lokasi:
Tasik Melati Recreational Park
 
Alamat:
Jalan Tasik Melati,
Taman Melati,
02400 Kangar, Perlis.

Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan
 
Tarikh Lawatan:
13 Disember 2022

Tasik Melati Recreational Park menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas mengunjungi Dataran Empangan Timah Tasoh. Bersenam disini petang ini.

Dataran Empangan Timah Tasoh

Dataran Empangan Timah Tasoh

Lokasi:
Dataran Empangan Timah Tasoh
 
Alamat:
Jalan bukit manek,
Kampung Bukit Manek,
02400 Kangar, Perlis
 
Waktu Operasi:
8.00 pagi - 7.00 petang (Setiap Hari)
 
Harga Tiket:
Percuma
RM 60 (Naik Bot)

Tarikh:
13 Disember 2022
 
Dataran Empangan Timah Tasoh menjadi lokasi lawatan seterusnya selepas daftar masuk di Padi Padi Hotel. Layan empangan petang ini.

Padi Padi Hotel

Padi Padi Hotel

Lokasi:
Padi Padi Hotel
 
Alamat:
342, Jalan Kangar - Alor Setar,
Taman Mutiara,
01000 Kangar, Perlis
 
Waktu Operasi:
Tiada Had Masa Yang Ditentukan
 
Harga Sebilik:
RM 99.00
 
Tarikh Lawatan:
13-14 Disember 2022
 
Padi Padi Hotel menjadi lokasi penginapan di Perlis pada hari kedua. Daftar masuk hotel ini selepas melawat Universiti Utara Malaysia.

Universiti Utara Malaysia

 

Universiti Utara Malaysia

Lokasi:
Universiti Utara Malaysia
Alamat:
Persiaran Perdana,
Sintok,
06010 Bukit Kayu Hitam, Kedah
 
Waktu Operasi:
Tidak diketahui
 
Alamat Sesawang:
https://www.uum.edu.my/
 
Tarikh Lawatan:
11 Januari 2022 (Kali Ke-1)
13 Disember 2022 (Kali Ke-2)
 
Lokasi Persinggahan:
Anjung Tamu @ Universiti Utara Malaysia
Taman Rusa
 
Universiti Utara Malaysia menjadi lokasi pertama yang dikunjungi pada hari kedua percutian. Melawat tempat isteri menuntut ilmu dahulu di peringkat ijazah.

Selasa, 27 Disember 2022

Masjid Al-Bukhary

Masjid Al-Bukhary

Lokasi:
Masjid Al-Bukhary
 
Alamat:
Jalan Langgar,
Taman Enggang Alor Malai
05450 Alor Setar
 
Waktu Operasi:
5.00 pagi - 10.00 petang (Setiap Hari)
 
Tarikh:
12 Disember 2022
 
Masjid Al-Bukhary menjadi lokasi terakhir yang sempat dikunjungi pada hari ini selepas melawat Souq Al-Bukhary. Kedatangan kali ini untuk menunaikan kewajipan. 

Souq Al-Bukhary

Souq Al-Bukhary

Lokasi:
Souq Al-Bukhary
 
Alamat:
Jalan Langgar,
Bandar Alor Setar,
05200 Alor Setar, Kedah.
 
Waktu Operasi:
10.00 pagi - 10.00 malam (Setiap Hari)
 
Tarikh Lawatan:
12 Disember 2022
 
Souq Al-Bukhary menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas mengunjungi Kompleks Pekan Rabu. Nampak unik rekabentuk bangunan ini.

Kompleks Pekan Rabu

Kompleks Pekan Rabu

Lokasi:
Kompleks Pekan Rabu
 
Alamat:
Jalan Tunku Ibrahim,
Bandar Alor Setar,
05000 Alor Setar, Kedah
 
Waktu Operasi:
10.00 pagi - 8.00 malam (Isnin - Khamis)
10.00 pagi - 10.00 malam (Jumaat - Ahad)
 
Tarikh Lawatan:
12 Disember 2022
 
Kompleks Pekan Rabu menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas mengunjungi Muzium Diraja Kedah

Ahad, 18 Disember 2022

Muzium Diraja Kedah

Muzium Diraja Kedah

Lokasi:
Muzium Diraja Kedah
 
Alamat:
Darul Aman Hwy,
Bandar Alor Setar,
05000 Alor Setar, Kedah.
 
Waktu Operasi:
9.00 pagi - 5.00 petang (Sabtu - Khamis)
9.00 pagi - 12.30 petang & 2.30 - 5.00 petang (Jumaat)
 
Harga Tiket:
Percuma
 
Tarikh:
12 Disember 2022
 
Muzium Diraja Kedah menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas Dataran Sungai Raja. Tak sempat hendak melawat muzium ini kerana lagi 10 minit hendak tutup ketika sampai. Ambil gambar dari luar sahaja kali ini.
 
Mudah-mudahan dimasa hadapan dapat melawat muzium ini.

Sabtu, 17 Disember 2022

Dataran Sungai Raja

Dataran Sungai Raja

Lokasi:
Dataran Sungai Raja
 
Alamat:
137, Darul Aman Hwy,
Bandar Alor Setar,
05000 Alor Setar, Kedah.
 
Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditentukan
 
Tarikh:
12 Disember 2022
 
Dataran Sungai Raja yang terletak berdekatan dengan Balai Seni Negeri @ Alor Setar menjadi lokasi seterusnya yang dikunjungi. Asalnya tempat ini tidak termasuk dalam senarai. Dah terjumpa, maka lawatinya.
 
Niat hati hendak berjalan ke Pekan Rabu melalui laluan ini, tetapi terpaksa dibatalkan atas sebab tertentu. Maka hanya sebahagian kecil laluan yang sempat diterokai sebelum berpatah balik.

Balai Seni Negeri @ Alor Setar

Balai Seni Negeri @ Alor Setar

Lokasi:
Balai Seni Negeri @ Alor Setar
 
Alamat:
137, Darul Aman Hwy,
Bandar Alor Setar,
05000 Alor Setar, Kedah.
 
Waktu Operasi:
9.00 pagi - 5.00 petang (Sabtu - Khamis)
9.00 pagi - 12.30 petang & 2.30 petang - 5.00 petang (Jumaat)
 
Harga Tiket:
Percuma
 
Tarikh:
12 Disember 2022
 
Balai Seni Negeri @ Alor Setar menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas Dataran Alor Setar. Masa untuk menikmati karya anak tempatan.

Dataran Alor Setar

Dataran Alor Setar

Lokasi:
Dataran Alor Setar
 
Alamat:
137, Darul Aman Hwy,
Bandar Alor Setar,
05000 Alor Setar, Kedah.
 
Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan
 
Harga Tiket:
Percuma
 
Tarikh:
12 Disember 2022
 
Dataran Alor Setar menjadi lokasi pertama yang dilawati selepas mendaftar masuk ke JBHotel Fasa 2. Masa untuk meninjau apa yang menarik disini.

JB Hotel Fasa 2

JB Hotel Fasa 2

Lokasi:
JB Hotel Fasa 2
 
Alamat:
No. 158 & 159 Kompleks Sultan Abdul Hamid, Fasa 2,
Jalan Pegawai, Taman Sultan Badlishah,
05050 Alor Setar, Kedah.
 
Waktu Operasi:
Tiada Had Masa Yang Ditentukan
 
Harga Sebilik:
RM 73.50
 
Tarikh Lawatan:
12-13 Disember 2022
 
JB Hotel Fasa 2 menjadi hotel penginapan bagi percutian hari pertama. Daftar masuk ke hotel ini selepas menjamu selera di Nasi Daging Warisan.

Selalunya bayar guna kad kredit tetapi kali ini kena bayar tunai pula. Dahlah tiada tunai yang banyak di tangan ini.

Nasi Daging Warisan

Nasi Daging Warisan

Lokasi:
Nasi Daging Warisan
 
Alamat:
No. 85, Kompleks Perniagaan Sultan Abdul Hamid
Jalan Pegawai,
05050 Alor Setar, Kedah
 
Waktu Operasi:
11.00 pagi - 6.00 petang (Isnin - Khamis)
11.00 pagi - 1.30 petang & 2.30 - 6.00 petang (Jumaat)
 
Tarikh Lawatan:
12 Disember 2022
 
Nasi Daging Warisan menjadi lokasi persinggahan pertama untuk hari ini. Singgah di restoran ini untuk makan tengah hari sementara menunggu untuk daftar masuk di hotel berdekatan.
 
Antara kelebihan restoran ini adalah ia memberi nasi tambahan serta kuah secara percuma sekiranya perlu (atas permintaan pelanggan). Kira boleh makan sampai kenyang dengan bayaran yang sama. Tapi hanya mampu meminta sepinggan nasi tambahan sahaja hari ini. Tak boleh makan kenyang sangat. Percutian baru bermula.

Rabu, 7 Disember 2022

Testimoni G100 Talkshow: Harga Jatuh Penyimpan Emas Tersenyum

Testimoni G100 Talkshow: Harga Jatuh Penyimpan Emas Tersenyum

Entri kali ini saya kongsikan sebahagian himpunan dari luahan (testimoni) penyimpan emas di Facebook yang dipersembahkan dalam bentuk gambar oleh G100 Network semasa dan selepas seminar berakhir. Kisah harga jatuh, penyimpan emas tersenyum.
 
Moga perkongsian ini dapat memberi manfaat dan sebab kepada anda untuk memilih emas sebagai simpanan. Jemput baca dan hayati luahan ini.

Testimoni G100 Talkshow: Emas Hadiah Bernilai Sepanjang Zaman

Testimoni G100 Talkshow: Emas Hadiah Bernilai Sepanjang Zaman

Entri kali ini saya kongsikan sebahagian himpunan dari luahan (testimoni) penyimpan emas di Facebook yang dipersembahkan dalam bentuk gambar oleh G100 Network semasa dan selepas seminar berakhir. Kisah berkaitan emas sebagai hadiah bernilai sepanjang zaman.

Moga perkongsian ini dapat memberi manfaat dan sebab kepada anda untuk memilih emas sebagai simpanan. Jemput baca dan hayati luahan ini.

Testimoni PLT Marketing Edition (Dec 2022)

Testimoni PLT Marketing Edition (Dec 2022)

Entri kali ini saya kongsikan sebahagian himpunan dari luahan (testimoni) peserta yang telah menghadiri PLT Marketing Edition pada 3 Disember 2022 di Facebook yang dipersembahkan dalam bentuk gambar oleh G100 Network selepas kursus berakhir.
 
Moga perkongsian ini dapat memberi manfaat dan sebab kepada anda untuk memilih Public Gold sebagai platform membina bisnes.
 
Entri Berkaitan:
PG Leadership Trainning (PLT) 2022

Bukit Jelutong Eco Community Park

Bukit Jelutong Eco Community Park

Lokasi:
Bukit Jelutong Eco Community Park
 
Alamat:
Jalan Lelangit U8/45,
Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam, Selangor.
 
Waktu Operasi:
7.00 pagi - 7.00 malam (Setiap Hari)
 
Harga Tiket:
Percuma
 
Tarikh:
05 Disember 2022
 
Bukit Jelutong Eco Community Park menjadi lokasi persinggahan pertama untuk hari ini. Agak keliru juga jalan nak tempat ini. Rupanya perlu turun sampai ke bawah dari jalan utama.
 
Laluan ke sini pula amat menjunam dan licin membuatkan perlu berhati-hati ketika turun ke bawah. Salah langkah boleh tergolek jatuh dari motosikal.

Selasa, 6 Disember 2022

Pembatalan Polisi Takaful

Pembatalan Polisi Takaful

Pembatalan polisi takaful bermaksud segala perlindungan yang dijanjikan terluput dengan sendiri. Ini bererti diri atau waris tidak lagi mendapat pampasan seperti yang dijanjikan mengikut produk yang dilanggani.
 
Berikut saya kongsikan sebab sesebuah polisi takaful itu terbatal.
 
 
1. Caruman Tidak Dibayar
 
Pembayaran secara tetap mengikut tarikh yang ditentukan adalah penting bagi memastikan sesebuah polisi sentiasa aktif. Sesebuah polisi tidak lagi dikira aktif sekiranya pencarum gagal membuat pembayaran selama tiga bulan berturut-turut. Segala perlindungan akan terhenti serta-merta. Sebarang tuntutan tidak boleh dilakukan semasa polisi tidak aktif.
 
Polisi akan kembali aktif sekiranya pencarum melunaskan semua pembayaran tertunggak yang ada sebelum membuat permohonan secara rasmi kepada pengendali takaful.
 
Polisi akan terbatal dengan sendiri sekiranya pencarum tidak membuat sebarang pembayaran melebihi setahun. Segala simpanan (cash back) akan dipulangkan kepada pencarum sekiranya ada.

Jumaat, 2 Disember 2022

Testimoni Private Webinar: Membina Satu Juta Pertama (Special Edition) November 2022

Testimoni Private Webinar: Membina Satu Juta Pertama (Nov 2022)

Entri kali ini saya kongsikan sebahagian himpunan dari luahan (testimoni) peserta yang telah menghadiri Private Webinor: Membina Satu Juta Pertama pada 11 November 2022 di Zoom Meeting yang dipersembahkan dalam bentuk gambar oleh G100 Network selepas seminar berakhir.
 
Moga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda dalam membuat perancangan kewangan yang berhemah dan berkesan.

Khamis, 1 Disember 2022

Tanah Aina Fareena Cafe @ Bentong

 Tanah Aina Fareena Cafe @ Bentong

Lokasi:
Tanah Aina Fareena Cafe @ Bentong
 
Alamat:
Lot 6073, 54.3km, Lebuhraya Karak, 
Kampung Lentang,
28600 Bentong, Pahang
 
Waktu Operasi:
8.30 pagi - 10.30 malam (Selasa - Ahad)
Tutup (Isnin)

 
Alamat Sesawang:
https://www.tanahaina.com/

Tarikh Lawatan:
26 November 2022
 
Tanah Aina Fareena Cafe @ Bentong menjadi lokasi tunggal yang dikunjungi pada hari ini. Makan tengah hari di restoran ini sebelum pulang ke kampung.