Lokasi:
Botanical Garden @ Bukit Tinggi
Alamat:
KM 48 Persimpangan Bertingkat,
Lebuhraya Karak, Bukit Tinggi,
28750 Bentong, Pahang.
Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan
Harga Tiket:
Percuma
Alamat Sesawang:
http://colmartropicale.com.my/
Tarikh Lawatan:
05 Ogos 2017
Botanical Garden menjadi lokasi persinggahan
seterusnya selepas melalui Adventure Park @ Bukit Tinggi. Amat mencabar sekali untuk sampai
disini apabila terpaksa menunggang motor menempuhi jalan raya yang
bercenderungan sehingga 10 peratus hanya untuk sampai ke tempat letak
kenderaan.
Kemudian saya terpaksa meneruskan perjalanan dengan
berjalan kaki mendaki laluan bertar (berbukit) sehingga sampai ke pintu masuk
Taman Botani. Amat semput juga dibuatnya.