Selasa, 30 Januari 2018

6 Pekara Penting Yang Perlu Diketahui Semasa Memajak Emas

Kemaskini pada 02/05/2020

6 Pekara Penting Yang Perlu Diketahui Semasa Memajak Emas
Sumber: Yahoo Image

Salah satu kelebihan memiliki emas fizikal adalah ia boleh dipajak untuk mendapatkan wang segera tanpa kehilangan hak milik terhadap emas tersebut. Emas yang dimiliki boleh dijadikan sebagai cagaran untuk mendapatkan pinjaman segera dengan mudah dan cepat.

Artikel kali ini mengulas secara ringkas tentang pekara penting yang perlu diketahui semasa ingin memajak emas di Ar-rahnu.

Subang Parade

Subang Parade

Lokasi:
Subang Parade

Alamat:
Jalan Kemajuan Subang, SS 16,
47500 Subang Jaya,
Selangor.

Waktu Operasi:
10.00 pagi - 10.00 malam (Setiap Hari)

Alamat Sesawang:
http://www.subangparade.com.my/

Tarikh Lawatan:
19 Februari 2017 (Kali Ke-1)
28 Januari 2018 (Kali Ke-2)

Subang Parade menjadi lokasi persinggahan terakhir pada hari ini selepas AEON Big Subang oleh kerana hujan pun mula turun. Disini juga menjadi lokasi pilihan semasa membeli konsol game Playstation suatu ketika dahulu.

Bagi lawatan kali kedua, Subang Parade juga menjadi lokasi terakhir yang dilawati selepas Giant Hypermarket Kemuning Utama.

Isnin, 29 Januari 2018

7 Peringkat Dalam Pengurusan Kewangan (7. Pewarisan)

Kemaskini pada 26/03/2021

7 Peringkat Dalam Pengurusan Kewangan (7. Pewarisan)
Sumber: Yahoo Image
Setiap yang hidup pasti akan merasai kematian. Oleh itu adalah penting bagi kita untuk menguruskan harta yang dimiliki semasa hidup agar dapat diserahkan kepada waris tanpa sebarang masalah selepas meninggal dunia.

Pewarisan harta bermaksud proses berpindahnya hak dan kewajiban atas segala sesuatu baik harta mahupun tanggungan dari orang yang telah meninggal dunia kepada keluarganya yang masih hidup.

Terdapat dua kategori pewarisan iaitu Waris Usul (Ibu, Ayah, Datuk dan Nenek) dan Waris Furu’ (Anak, Isteri atau Suami).

3 Kaedah Menjual Balik Emas

Kemaskini pada 23/11/2020
3 Kaedah Menjual Balik Emas
Sumber: Google Image

Sudahkah anda membeli emas untuk dijadikan sebagai aset simpanan? Sekiranya sudah tahniah saya ucapkan kepada anda kerana memilih emas sebagai salah satu aset kewangan.
 
Bagi pemilik emas, adalah penting untuk mengetahui kaedah menjual balik emas sekiranya memerlukan wang dalam kadar segera. Entri kali ini saya kongsikan kaedah menjual kembali emas anda.
 
Secara umumnya terdapat 3 kaedah menjual balik emas iaitu:
 
1. Jual Kembali Kepada Syarikat Yang Mengeluarkan Emas Tersebut
2. Jual Di Kedai Emas Di Seluruh Dunia
3. Jual Kepada Orang Lain Yang Berminat Untuk Membelinya

Jumaat, 26 Januari 2018

7 Peringkat Dalam Pengurusan Kewangan (6. Penyucian)

7 Peringkat Dalam Pengurusan Kewangan (6. Penyucian)
Sumber: Yahoo Image
Penyucian harta adalah proses memulangkan kembali sedikit pendapatan yang diperolehi untuk kepentingan awam mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

Terdapat 2 kategori dalam proses penyucian iaitu yang Wajib dan Sunat. 

Khamis, 25 Januari 2018

3 Saluran Untuk Menjadi Dealer Public Gold

Kemaskini pada 13/07/2022


Entri kali ini saya ingin kongsikan 3 saluran untuk menjadi Dealer Public Gold. 

Sila tekan pautan di bawah untuk mengetahu kelebihan menjadi Dealer Public Gold.


1# Promosi Tahunan

Tawaran bermula dari 01/04/2020 - 31/03/2021

 

Terdapat dua kaedah yang boleh dipilih bagi melayakkan diri anda menjadi Dealer Public Gold, iaitu:

 

Normal Dealer (ND)


Kaedah 1:

Daftar sekurang-kurangnya 50 Pelanggan Baru (di bawah rangkaian anda) dengan membeli produk Public Gold (Emas dan Perak) bernilai sekurang-kurangnya RM 100 (buat kali pertama) dalam tempoh 3 bulan dari tarikh pembelian pertama anda. Peratusan pelanggan yang aktif perlulah sekurang-kurangnya sebanyak 50 peratus.


Kaedah 2:
Beli produk Public Gold sebanyak 200 gram dalam satu resit bagi melayakkan anda menjadi Normal Dealer Public Gold.

 

Priority Dealer (PD)
 
Kaedah 1:
Beli produk Public Gold sebanyak 500 gram dalam satu resit.
 
Kaedah 2:
Daftar sebanyak 150 pelanggan baru dengan hasil jualan sebanyak RM 150,000 dalam tempoh setahun serta peratusan pelanggan yang aktif membeli dan menjual emas adalah sebanyak 50% dari keseluruhan pelanggan yang ada.


Anda ditawarkan menjadi Dealer Public Gold secara percuma setelah memenuhi syarat seperti di atas.


2# Melalui Promosi Bulanan


Tawaran Pada Bulan November 2020


Dengan hanya memenuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan semasa promosi bulanan dijalankan, anda layak untuk menjadi Normal Dealer atau Priority Dealer Public Gold secara percuma. 

Sila Layari alamat sesawang Public Gold atau PG Mall untuk mengetahui secara lanjut tawaran yang diberi bagi bulan semasa.


3# Tawaran Harian 

Jadual Branch Weekly Meeting (BWM) 2020

Dengan menghadiri Branch Weekly Meeting (BWM) yang dianjurkan oleh Public Gold dilokasi terpilih diseluruh Malaysia dan Indonesia. 

Atau menghadiri G100 Talk Show yang dianjurkan oleh PGG100 Network setiap hari rabu (9.00 malam).

Anda berpeluang menjadi Dealer Public Gold dengan hanya membeli emas Public Gold mengikut jumlah yang ditetapkan dalam satu resit (transaksi).

Kebiasaannya syarat untuk menjadi Dealer Public Gold lebih rendah berbanding dengan tawaran bulanan. Untuk makluman Anda, tawaran ini hanya sah dalam tempoh yang singkat.

Sila ‘Follow’ dan ‘See First’ di Facebook saya untuk mengetahui promosi harian Public Gold.

Info Terkini:
Sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua seminar emas Public Gold di seluruh Malaysia dilakukan atas talian di FB Page Public Gold International


Yang menulis,

Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold

Air Terjun Sungai Pinang

Air Terjun Sungai Pinang

Lokasi:
Air Terjun Sungai Pinang

Alamat:
Jalan Batang Kali - Genting Highlands,
48200 Batang Kali,
Selangor.

Waktu Operasi:
Tidak diketahui
 
Harga Tiket:
RM 1
 
Tarikh Lawatan:
5 Mac 2017 (Kali Ke-1))
26 Disember 2020 (Kali Ke-2)
 
Terletak di Batang Kali, Air Terjun Sungai Pinang menjadi destinasi bermandi-manda untuk hari ini bersama keluarga.
 
Air Terjun Sungai Pinang menjadi lokasi pilihan untuk mandi hari ini. Nasib baik tempat ini masih dibuka masa PKP ini. Mungkin sebab lokasi ini terletak di zon hijau. 

Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah

Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah

Lokasi:
Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah

Alamat:
Sungai Klah,
35600 Sungkai,
Perak.

Waktu Operasi:
8.00 pagi – 6.00 petang (Setiap Hari)

Harga Tiket:
RM 15 (Dewasa)
RM 8   (Warga Emas)
RM 12 (Kanak-Kanak)
RM 5   (Warga OKU)

Tarikh Lawatan:
4 Mac 2017

Perjalanan diteruskan pada sebelah petang menuju ke Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah selepas melawat Tasek Bersatu pada sebelah pagi. Perjalanan kali ini tidak berseorangan sebaliknya bersama dengan ahli keluarga yang lain.

Tasek Bersatu

Tasek Bersatu

Lokasi:
Tasek Bersatu

Alamat:
Jalan Bersatu 6,
Taman Bersatu,
48000 Rawang, Selangor.

Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan

Tarikh Lawatan:
04 Mac 2017

Kembara hari ini bermula dengan melawat Tasek Bersatu yang terletak di Taman Bersatu, Rawang. 

Rabu, 24 Januari 2018

Inflatable Amazing Run 2017

Inflatable Amazing Run 2017

Lokasi:
Taman Tasik Kepong

Aktiviti:
Berlari

Bayaran:
RM 88

Jarak Larian:
5 km + 3 Halangan

Tarikh:
26 Februari 2017

Inflatable Amazing Run 2017 menjadi aktiviti larian kedua yang disertaikan untuk tahun ini selepas KL International New Year Run 2017

Cuaca yang hujan diawal pagi menyebabkan larian terpaksa ditangguh selama 30 minit dari masa yang sebenar. Oleh kerana larian kali ini terdedah dengan air, menyebabkan telefon terpaksa diletak di dalam sarung plastik sepanjang larian.

Kelip-Kelip Kampung Kuantan

Kelip-Kelip Kampung Kuantan

Lokasi:
Kelip-Kelip Kampung Kuantan

Alamat:
Jalan Club, Kampung Kuantan,
45000 Kuala Selangor,
Selangor.

Waktu Operasi:
7.45 malam - 10.30 malam (Setiap Hari)

Harga Tiket:
RM 40 (Satu Bot - 4 Orang)

Tarikh Lawatan:
25 Februari 2017

Kelip-Kelip Kampung Kuantan menjadi tempat persinggahan selepas Telaga Tujuh. Atas sebab tempat ini hanya buka pada waktu malam sahaja, perjalanan kali ini hanya sekadar suatu persinggahan untuk melihat dengan lebih dekat kawasan tumpuan orang ramai untuk melihat kelip-kelip dengan lebih dekat.

Telaga Tujuh


Lokasi:
Telaga Tujuh

Alamat:
Jalan Telaga Tujuh,
45000 Kuala Selangor,
Selangor.

Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan

Harga Tiket:
Percuma

Tarikh Lawatan:
25 Februari 2017

Telaga Tujuh yang terletak di kaki Bukit Malawati menjadi lokasi kedua lawatan pada hari ini selepas berjalan kaki mengelilingi Bukit Malawati. Lokasi ini dipilih atas sebab ia tidak dikunjungi oleh saya ketika kali pertama mengunjungi Bukit Malawati pada 4 Februari 2017.

7 Peringkat Dalam Pengurusan Kewangan (5. Pelaburan)

Sumber: Yahoo Image

Apa itu Pelaburan? Pelaburan dalam bahasa mudah adalah komitmen kewangan atau modal untuk membeli instrument kewangan atau aset lain untuk mendapatkan hasil yang menguntungkan dalam bentuk bayaran faedah, pendapatan, atau penambahan nilai instrument.

Secara perinsipnya dalam dunia pelaburan, makin tinggi risiko yang diambil (risiko kerugian), semakin tinggi pulangan yang akan diperolehi. Oleh itu, prasyarat utama yang perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum memulakan suatu pelaburan adalah dengan memahami terlebih dahulu akan pelaburan tersebut.

“Pelaburan Yang Terbaik Adalah Pelaburan Ke Atas Diri Sendiri”

Selasa, 23 Januari 2018

Panduan Memulakan Langkah Pertama Sebagai Dealer Public Gold

Kemaskini pada 19/10/2023
Panduan Memulakan Langkah Pertama Sebagai Dealer Public Gold

Tahniah saya ucapkan kerana memilih Public Gold sebagai tapak memulakan kerjaya anda sebagai Usahawan Emas (Dealer Public Gold) sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa. Terima kasih juga kerana memberi kepercayaan kepada saya sebagai ‘Introduction’ anda.

Sila muat turun eBook di bawah sekiranya anda masih belum mendapatkannya lagi.
 

Sila kemaskini maklumat anda pada bahagian Account Info di alamat sesawang Public Gold. Muat turun panduan mengemaskini maklumat peribadi pada pautan di bawah.

Anda juga boleh memuat turun aplikasi Public Gold di Play Store (Pengguna Android) atau Apple Store (Pengguna Apple) untuk telefon pintar.
 
Android
iPhone


Disini disertakan 5 langkah awal yang boleh diambil untuk memulakan langkah sebagai Dealer Public Gold yang berjaya. 

AEON Big Subang

AEON Big Subang

Lokasi:
AEON Big Subang

Alamat:
3, Jalan SS 16/1, SS 16,
47500 Subang Jaya,
Selangor.

Waktu Operasi:
8.00 pagi - 12.00 malam (Setiap Hari)

Alamat Sesawang:
http://www.aeonbig.com.my/

Tarikh Lawatan:
19 Februari 2017 (Kali Ke-1)

AEON Big Subang menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas Sunway Piramid Shopping Mall. Perjalanan kali ini mengimbas nostalgia masa silam ketika AEON Big Subang ketika itu masih lagi digelar Carrefour Subang sebelum diambil alih oleh AEON.

Sunway Piramid Shopping Mall

Sunway Piramid Shopping Mall

Lokasi:
Sunway Piramid Shopping Mall

Alamat:
3, Jalan PJS 11/15,
Bandar Sunway,
47500 Subang Jaya, Selangor.

Waktu Operasi:
10.00 pagi - 10.00 malam (Setiap Hari)

Alamat Sesawang:
https://www.sunwaypyramid.com/

Tarikh Lawatan:
19 Februari 2017 (Kali Ke-1)

Perjalanan diteruskan menuju ke Sunway Piramid Shopping Mall selepas meninjau dari luar Sunway Lagoon.

Sunway Lagoon

Sunway Lagoon

Lokasi:
Sunway Lagoon

Alamat:
3, Jalan PJS 11/11,
Bandar Sunway,
47500 Selangor Darul Ehsan.

Waktu Operasi:
11.00 pagi – 6.00 petang (Isnin-Jumaat)
10.00 pagi – 6.00 petang (Sabtu-Ahad)

Harga Tiket:
Warganegara
RM 120 (Dewasa)
RM 96 (Warga Emas)
RM 96 (Kanak-Kanak)

Bukan Warganegara
RM 180 (Dewasa)
RM 150 (Warga Emas)
RM 150 (Kanak-Kanak)

Alamat Sesawang:
https://sunwaylagoon.com/

Tarikh Lawatan:
19 Februari 2017

Perjalanan diteruskan menuju ke Sunway Lagoon dari Kidzania KL. Perjalanan kali ini hanya sekadar meninjau dari luar keadaan terkini Sunway Lagoon. Sudah beberapa kali saya berpeluang masuk ke Sunway Lagoon semasa muda dahulu.

Kidzania Kuala Lumpur

Kidzania Kuala Lumpur
Sumber: Yahoo Image
Lokasi:
Kidzania Kuala Lumpur

Alamat:
Curve NX, 18, Jalan PJU 7/5,
Mutiara Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu Operasi:
10.00 pagi - 5.00 petang (Selasa-Ahad)

Alamat Sesawang:
http://www.kidzania.com.my/

Tarikh Lawatan:
19 Februari 2017 (Kali Ke-1)

Perjalanan diteruskan menuju ke Kidzania KL selepas menjamu selera di Tesco Mutiara Damansara. Terdapat laluan pejalan kaki menghubungkan Kidzania KL dengan The Curve dan Tesco Damansara.

Tesco Mutiara Damansara

Tesco Mutiara Damansara

Lokasi:
Tesco Mutiara Damansara

Alamat:
No. 8, Jalan PJU 7/4,
Mutiara Damansara,
47800 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu Operasi:
8.00 pagi - 01.00 pagi (Setiap Hari)

Alamat Sesawang:
http://www.tesco.com.my/

Tarikh Lawatan:
19 Februari 2017 (Kali Ke-1)

Tesco Mutiara Damansara menjadi lokasi persinggahan selepas E-Curve. Disini juga menjadi lokasi pilihan untuk makan tengah hari selepas penat meronda-ronda melawat seluruh Pusat Membeli-Belah yang ada disini.

E-Curve

E-Curve

Lokasi:
E-Curve

Alamat:
No. 2A, Jalan PJU 7/3,
Mutiara Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu Operasi:
10.30 pagi - 10.30 malam (Setiap Hari)

Alamat Sesawang:
http://www.ecurve.my/

Tarikh Lawatan:
19 Februari 2017 (Kali Ke-1)
26 Ogos 2018 (Kali Ke-2)
28 Oktober 2019 (Kali Ke-3)

Perjalanan diteruskan menuju ke E Curve selepas menjelajahi The Curve.

Bagi lawatan kali kedua, E-Curve menjadi destinasi pertama yang dikunjungi untuk hari ini. Kedatangan kali ini adalah untuk bermain boling bersama yang tersayang.

Bagi lawatan kali ketiga, tujuan utama mengunjungi pusat membeli-belah ini adalah untuk bermain boling. Malangnya tutuplah pula. Sebelum pulang, lepak sekejap sambal makan malam.