Selasa, 30 Januari 2018

6 Pekara Penting Yang Perlu Diketahui Semasa Memajak Emas

6 Pekara Penting Yang Perlu Diketahui Semasa Memajak Emas
Sumber: Yahoo Image
Salah satu kelebihan memiliki emas fizikal adalah ia boleh dipajak untuk mendapatkan wang segera tanpa kehilangan hak milik terhadap emas tersebut. Emas yang dimiliki boleh dijadikan sebagai cagaran untuk mendapatkan pinjaman segera dengan mudah dan cepat.

Artikel kali ini mengulas secara ringkas tentang 6 pekara penting yang perlu diketahui semasa ingin memajak emas di Ar-rahnu.

      1. Pajak Mengikut Keperluan
      Pajak emas hanya dengan jumlah yang diperlukan sahaja agar tidak membebankan diri apabila ingin menebus kembali emas tersebut dikemudian hari.

      2. Satu Emas Satu Surat Pajak
Pastikan setiap satu emas yang digadaikan memiliki satu surat pajak. Ini akan memudahkan proses penebusan kembali emas tersebut. Cuma apabila buat satu emas satu surat pajak, prosesnya akan mengambil masa yang lama ibarat membuka banyak akaun bank dalam satu masa.

      3. Pajak Bila Perlu Sahaja
      Pajak emas yang dimiliki mengikut jumlah yang diperlukan sahaja bagi mengelak penyalahgunaan wang yang diperolehi hasil dari pajakan bagi kegunaan selain dari tujuan asal.

      4. Kenalpasti Caj Pajakan Yang Paling Rendah
Caj pajakan bagi setiap Ar-rahnu adalah berbeza-beza. Cari Ar-rahnu yang mempunyai caj paling rendah dengan pinjaman paling tinggi.

Contoh Kiraan Kos Upah Simpan:

Harga Emas Semasa    : RM 200 segram
Pinjaman (70%)           : RM 200 x 0.7 = RM 140
Upah Simpan: RM 140 / 100 (Nilai Marhum)* = RM 1.40 Sebulan

*Ini bermakna setiap pajakan bernilai RM 100, upah yang dikenakan adalah sebanyak RM 1.40

      5. Tebus Emas Secepat Mungkin
Emas yang dipajak perlulah ditebus secepat mungkin bagi menjimatkan kos upah simpan. Caj biasanya dikira mengikut bulan.

      6. Jenis Emas Yang Sesuai Di Pajak
Jongkong atau Syiling Emas yang tidak bersalut dengan plastik kekal adalah jenis emas paling sesuai dipajak. Ini akan memudahkan proses menguji ketulenan emas tersebut.
Jongkong Emas Dalam Bentuk Tidak Bersalut Kekal


Bagi barang kemas, pastikan barang kemas tersebut tidak disertakan dengan permata dan tidak mempunyai banyak liang atau lubang. Pastikan juga emas tersebut tidak bercampur dengan emas putih.
Sesuai Dipajak Disebabkan Emasnya Dalam Bentuk Yang Padu
Tidak Sesuai Dipajak Kerana Bercampur Dengan Emas Putih
Tidak Digalakkan Pajak Barang Kemas Yang Mempunyai Perhiasan Tambahan



Diharap agar artikel kali ini dapat membantu anda merancang baik-baik sebelum memajak emas di Ar-rahnu bagi mengelakkan kerugian dimasa hadapan.


Berminat Mengetahui Lebih Lanjut Tentang Pelaburan Emas? Tekan Pautan Di Bawah: