Isnin, 28 Disember 2020

Fahami Sifat Semulajadi Sesuatu Pelaburan

Perubahan Harga

Terdapat dua kaedah menjana keuntungan dalam pelaburan iaitu melalui Keuntungan Modal dan Aliran Tunai.
 
Keuntungan Modal
Bermaksud memperolehi keuntungan secara sekaligus dalam jumlah yang banyak. Kebiasaannya, keuntungan diperolehi saat berlakunya peningkatan harga terhadap modal yang dilaburkan.
 
Keuntungan Aliran Tunai
Bermaksud memperolehi keuntungan secara konsisten dari pelaburan yang diceburi. Kebiasaannya, keuntungan yang diperolehi adalah dalam jumlah yang sedikit tetapi berterusan dan berkembang sekiranya keuntungan yang diperolehi tidak diguna.

Pilih Emas Atau Perak?

10 Dirham Public Gold

Suatu masa dahulu, saya pernah ditanya oleh bakal pelanggan berkaitan pemilihan antara emas atau perak untuk dijadikan pelaburan.
 
Sebelum menjawab soalan tersebut. Saya perlu tahu dengan jelas matlamat dia dalam pelaburan bagi memudahkan saya memberi mencadangkan memilih antara emas atau perak.
 
Entri kali ini saya ingin kongsikan idea kepada anda dalam memilih antara emas dan perak mengikut matlamat sendiri.

Ahad, 20 Disember 2020

Elmina Valley Rainbow Bridge

Elmina Valley Rainbow Bridge

Lokasi:
Elmina Valley Rainbow Bridge
 
Alamat:
Persiaran Elmina,
47000 Shah Alam,
Selangor.
 
Masa Lawatan:
Tiada had masa yang ditetapkan
 
Tarikh Lawatan:
17 Disember 2020
 
Elmina Valley Rainbow Bridge yang terletak di persimpangan bulatan menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas Taman Komuniti Jalan Nuri 7/5 di Kota Damansara.
 
Elmina Valley Rainbow Bridge terbahagi kepada dua kawasan yang berbeza berhadapan antara satu sama lain. Cantik pula rekabentuknya. Jom terokai.

Taman Komuniti Jalan Nuri 7/5

Taman Komuniti Jalan Nuri 7/5

Lokasi:
Taman Komuniti Jalan Nuri 7/5
 
Alamat:
Jalan Nuri 7/5,
Seksyen 7 Kota Damansara
47810 Petaling Jaya, Selangor.
 
Masa Lawatan:
Tiada had masa yang ditetapkan
 
Tarikh Lawatan:
17 Disember 2020
 
Taman Komuniti Jalan Nuri 7/5 menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas Taman Komuniti Jalan Nuri 71C.
 
Kali ini berjalan di taman yang luas sedikit berbanding taman sebelum ini. Waktu begini memang tiada pengunjung di taman ini.

Jumaat, 18 Disember 2020

Taman Komuniti Jalan Nuri 7/1C

Papan Tanda Taman Komuniti Jalan Nuri 7/1C

Lokasi:
Taman Komuniti Jalan Nuri 7/1C
 
Alamat:
Jalan Nuri 7/1C,
Seksyen 7 Kota Damansara
47810 Petaling Jaya, Selangor.
 
Masa Lawatan:
Tiada had masa yang ditetapkan
 
Tarikh Lawatan:
17 Disember 2020
 
Pengembaraan bermula dengan mengunjungi taman berdekatan dengan kediaman. Sudah lama ingin bersiar-siar di Taman Komuniti Jalan Nuri 7/1C, baru hari ini terlaksana apa yang diingini.
 
Maklumlah, makin dekat dengan rumah, makin malas dibuatnya.

Selasa, 15 Disember 2020

Lepaking @ Gombak

Pintu Masuk Lepaking @ Gombak


Lokasi:
Lepaking @ Gombak
 
Alamat:
Lot 8099, Batu 3 1/2,
Jalan Gombak,
53000 Kuala Lumpur.
 
Waktu Operasi:
5.00 petang - 3.00 pagi (Setiap Hari)
 
Alamat Sesawang:
https://lepaking.business.site/
 
Harga Tiket (Tempat Letak Kenderaan)
RM 4 (Sekali Masuk)
 
Tarikh Lawatan:
14 Disember 2020
 
Lepaking @ Gombak menjadi lokasi makan pada malam hari ini. Alang-alang semua adik-beradik ada di Gombak. Kita makan besar malam ini.
 
Hujan renyai malam ini menyebabkan tempat duduk menjadi terhad disebabkan sebahagian kecil telah dibasah hujan (bahagian tanpa bumbung).

Isnin, 7 Disember 2020

Komisen Public Gold

Kemaskini pada 05/02/2024

Komisen Public Gold

Entri kali ini saya ingin berkongsi 10 jenis komisen yang disediakan khas untuk Dealer Public Gold. Setiap komisen yang diterima berbeza bergantung kepada status Dealership kita.
 
Untuk memahami bagaimana komisen diberi, terlebih dahulu kita perlu memahami pangkat yang ada dalam Public Gold.
 
Pangkat Dealer Public Gold
Tahap 1: Normal Dealer (ND)
Tahap 2: Priority Dealer (PD)
Tahap 3: Master Dealer (MD)
 
Bermula 1 April 2022, jumlah jualan dikira dalam bentuk markah (PV) menggantikan Ringgit (RM). Semua anugerah yang diberi oleh Public Gold adalah berdasarkan pengiraan jumlah PV yang terkumpul dalam tempoh setahun. Berikut adalah maklumat lanjut berkaitannya.
 
Jualan Peribadi @ Jualan Kumpulan:
Public Gold (Emas & Perak):
RM 1 = 1 PV
 
PG Mall (Pelbagai Produk):
RM 1 = 1 PV
RM 1 = 2.5 PV (Selain Produk Emas & Perak)
 
Ini bermaksud setiap jualah peribadi atau kumpulan di PG Mall akan didarab dengan 2.5. Jualan sebanyak RM 100,000 di PG Mall memberi markah sebanyak 250,000 PV. Terhad kepada produk bukan emas dan perak sahaja.

Jumaat, 4 Disember 2020

Perlindungan Asas Dalam Takaful


Entri kali ini saya kongsikan kepada anda maklumat berkaitan perlindungan asas dalam Takaful. Terdapat 4 kategori perlindungan iaitu:
 
1. Kematian
2. Hilang Upaya Menyeluruh Dan Kekal (HUMK)
3. Penghospitalan
4. Penyakit Kritikal

Isnin, 30 November 2020

Dari Penyimpan Ke Usahawan Emas

Dari Penyimpan Ke Usahawan Emas

Pelaburan emas suatu pelaburan yang unik. Ia boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu penyimpan, pelabur dan peniaga emas.

Setiap peringkat dinilai berdasarkan potensi keuntungan yang boleh diperolehi dalam tempoh masa yang singkat. Lagi tinggi peringkat, lagi masyuk potensi keuntungannya dan lagi pendek tempoh masa menjana keuntungan.

Berikut adalah peringkat yang boleh dicapai dalam pelaburan emas:

Peringkat 1: Penyimpan Emas
Keuntungan paling rendah. Tempoh masa paling panjang. Tahap kesukaran paling rendah.

Peringkat 2: Pelaburan Emas
Keuntungan sederhana. Tempoh masa agak panjang. Tahap kesukaran sederhana.

Peringkat 3: Peniaga Emas
Keuntungan paling tinggi. Tempoh masa paling pendek. Tahap kesukaran paling tinggi.

Mudah sahaja hendak capai peringkat ketiga ini. Asalkan ada duit ditangan sudah memadai. Lagi banyak duit, lagi cepat anda sampai ke peringkat ketiga.

Kalau tidak memiliki duit yang banyak bagaimana? Jangan risau. Ada jalan lain yang boleh kita diikuti. Perjalanan yang jauh dan penuh dengan rintangan serta cabaran.

Mari kita ikuti perjalanan epik ini. Perjalanan seorang Penyimpan Emas Ke Usahawan Emas.

Ahad, 22 November 2020

Pelan Perlindungan Jangka Masa Panjang Prisma @ Etiqa

Kemaskini pada 04/01/2024

Pelan Perlindungan Jangka Masa Panjang PRISMA @ Etiqa

Tawaran Istimewa Khas Untuk Anda:
 
Miliki emas Public Gold bernilai RM 100 dengan menyertai plan simpanan Prisma bersama Kad Perubatan atau 0.5 Gram emas Public Gold apabila bersetuju membayar bagi tempoh setahun (bagi tahun pertama).
 
Jangan Lepaskan Peluang Ini. Tawaran berakhir 31 Disember 2024.
 
PRISMA
 

Pengenalan
 
Bagi suami dan isteri yang bertanggungjawab, tiada yang lebih penting daripada keluarga. Dengan Prisma, anda boleh terus menyediakan liputan bebas untuk keselamatan masa depan keluarga anda. Apa yang diperlukan adalah sumbangan yang berpatutan sebanyak RM50 sebulan untuk memastikan keluarga anda dijaga.

Plan Prisma membantu anda mendapatkan perlindungan (pampasan) yang tinggi dengan caruman yang terendah.

Pantai Kempadang

Pantai Kempadang

Lokasi:
Pantai Kempadang
 
Alamat:
Jalan Rhu Bongkok,
26060 Kuantan,
Pahang.
 
Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditentukan
 
Tarikh Lawatan:
17 November 2020 (Kali Ke-1)
31 Oktober 2021 (Kali Ke-2)
29 Februari 2024 (Kali Ke-3)
 
Pantai Kempadang menjadi lokasi persinggahan pertama pada hari. Mengikut rancangan asal, sepatutnya lepak di sini sambil makan tengah hari sementara menunggu rumah tumpangan siap dikemas. Baru makan sikit, tiba-tiba hujan pun turun dengan lebatnya. Terpaksalah berteduh dalam kereta. Rosak rancang pagi ini.

Pantai Kempadang menjadi lokasi terakhir yang dikunjungi pada hari ini selepas menikmati pencuci mulut di Amani Vanilla @ Temerloh. Niat asal hendak mandi pantai petang ini tetapi terbantut melihat keadaan. Jadi berkelah sahajalah sambil makan nasi berlauk ikan patin yang dibeli di Go Bang Maju Patin Tempoyak @ Temerloh.

Pantai Kempadang menjadi lokasi tunggal yang dikunjungi pada lawatan kali ketiga. Tujuan utama adalah sekadar untuk menikmati angin pantai. Alang-alang dah ada di Kuantan ini, singgahlah pantai terdekat.

Laman Siantan Harmoni @ Jengka 19

Papan Tanda Laman Siantan Harmoni @ Jengka 19

Lokasi:
Laman Siantan Harmoni @ Jengka 19
 
Alamat:
Felda Siantan Jengka 19
26400 Bandar Tun Razak.
Pahang.
 
Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditentukan
 
Tarikh Lawatan:
14 November 2020
 
Saya bersama dengan isteri dan kakak ipar berjoging sekitar kawasan perumahan di Jengka 19 pada waktu petang. Kali ini ingin berjalan jauh sikit sehingga sampai ke Laman Siantan Harmoni @ Jengka 19.

Rabu, 11 November 2020

Taman Rekreasi Che Minah Sayang

Papan Tanda Taman Rekreasi Che Minah Sayang

Lokasi:
Taman Rekreasi Che Minah Sayang
 
Alamat:
Pusat Rekreasi Jalan Jerantut-Maran,
Kampung Kuala Sentul,
26500 Maran, Pahang
 
Waktu Operasi:
9.45 pagi - 5.45 petang (Isnin-Jumaat)
9.15 pagi - 6.15 petang (Sabtu & Ahad)
 
Harga Tiket:
Tempat Letak Kenderaan
RM 3.00 (Kereta)
RM 1.00 (Motosikal)
Tandas
RM 1.00 (Mandi/ Salin Pakaian)
RM 0.50 (Buang Air Kecil @ Besar)
Pondok
RM 20 (Sehari)
RM 5 (Sejam)
 
Tarikh Lawatan:
07 Oktober 2020 (Kali Ke-1)
19 Februari 2024 (Kali Ke-2)
 
Taman Rekreasi Che Minah Sayang menjadi lokasi tunggal yang dikunjungi hari ini. Kali ini mandi sungai bersama-sama dengan keluarga. Tiga kereta juga yang menyertainya. Kami tidak ramai tetapi tidak sikit pun. Sedang-sedang sahaja.

Bagi lawatan kali kedua, ibubapa tidak hadir sekali atas sebab sudah tak larat nak jalan jauh.

Jumaat, 6 November 2020

Tips Pelabur Emas Yang Berjaya

5 Tips Pelabur Emas Yang Berjaya

Di sini saya kongsikan tips dan panduan yang dikongsi oleh encik Syukor Hashim dalam seminar emas yang berlangsung di FB Live pada 27 Oktober 2020.

Mentakab Star Mall

Bahagian Hadapan Mentakab Star Mall

Lokasi:
Mentakab Star Mall
 
Alamat:
1, Jalan Star City 1,
28000 Mentakab,
Pahang.
 
Waktu Operasi:
10.00 pagi - 11.00 malam (Setiap Hari)
 
Tarikh Lawatan:
01 November 2020 (Kali Ke-1)
08 November 2020 (Kali Ke-2)
18 Oktober 2021 (Kali Ke-3)
 
Mentakab Star Mall menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas mengunjungi Pekan Sehari @ Temerloh. Tujuan utama adalah untuk bermain boling. Sudah lama tidak bermain boling. Seramai 14 peserta boling, melibatkan tiga pusingan di tiga laluan berbeza. Kita lihat siapa yang menang hari ini.

Bagi lawatan kali kedua. Kedatangan ke sini adalah untuk bermain boling. Kali ini hanya 6 orang sahaja yang bermain. Ketagih pula main boling disini. Murah dan selesa.
 
Bagi lawatan kali ketiga, Mentakab Star Mall menjadi tempat persinggahan seterusnya selepas mengunjungi Air Terjun Teladas 7. Rezeki hari ini apabila promosi hanya RM 10 untuk dua permainan sahaja berserta percuma kasut sewa. Layan empat pusingan terus. 6 orang peserta pada dua pusingan awal dan 4 peserta pada dua pusingan akhir.

Khamis, 5 November 2020

Pekan Sehari @ Temerloh

Mercu Tanda Pekan Sehari @ Temerloh

Lokasi:
Pekan Sehari @ Temerloh
 
Alamat:
Jalan Ibrahim,
28000 Temerloh,
Pahang.
 
Waktu Operasi:
7.00 pagi - 2.00 petang (Ahad)
 
Tarikh Lawatan:
01 Oktober 2020
 
Pekan Sehari @ Temerloh menjadi lokasi pertama yang dikunjungi pada hari ini. Sementara berada disini, kita tinjau apa yang menarik untuk dibeli. Macam-macam benda ada dijual disini. 

Rabu, 21 Oktober 2020

Kaedah Bayar Zakat Emas Dan Perak

10 gram Bunga Emas

Zakat emas dan perak hanya wajib dibayar apabila memenuhi tiga syarat berikut iaitu:

1# Cukup Haul
Dalam tempoh setahun atau lebih.

2# Menyamai @ Melebihi Nilai Yang Ditetapkan
85 gram atau lebih bagi emas atau 595 gram bagi perak

3# Memilikinya Secara Mutlak
Emas atau perak dimiliki sepenuhnya dan tiada halangan menguruskan harta tersebut.

Perkiraan zakat emas agak berbeza sedikit dengan zakat simpanan.

 
Zakat Simpanan mengambil kira jumlah minimum simpanan yang ada dalam tempoh setahun dengan syarat simpanan minimum tersebut melebihi harga 85 gram emas pada tahun tersebut. Zakat Emas pula mengambil kira jumlah terkumpul dalam bentuk gram.

Ini menjadikan pembayaran zakat emas menjadi agak rumit untuk dikira terutama apabila emas yang dimiliki dibeli secara berperingkat.

Persoalannya sekarang adakah cara mudah mengira zakat emas? Berikut saya kongsikan dua kaedah mudah dalam mengira zakat emas.

Selasa, 20 Oktober 2020

Air Terjun Sungai Dua @ Lata Bunta

Air Terjun Sungai Dua @ Lata Bunta

Lokasi:
Air Terjun Sungai Dua @ Lata Bunta
 
Alamat:
Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak,
Kampung Orang Asli Sungai Dua Olak,
Karak, Pahang.
 
Waktu Operasi:
Tiada Diketahui
 
Harga Tiket:
RM 2.00 (Dewasa)
 
Tarikh Lawatan:
18 Oktober 2020
 
Air Terjun Sungai Dua @ Lata Bunta menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas mendaki di Bukit Desa Damai @ Bentong.
 
Lepas mendaki ini memang seronok dapat terjun sungai. Terutama bila ada air terjun. Perjalanan kali ini melibatkan dua buah kenderaan. Rombongan mencari air terjun.

Tanduk Cafe @ Lurah Belut

Bahagian hadapan Tanduk Cafe @ Lurah Belut

Lokasi:
Tanduk Cafe @ Lurah Belut
 
Alamat:
No 4, Jalan Sekolah Rendah,
Jalan Kampung Baru, Lurah Bilut,
28800 Bentong, Pahang
 
Waktu Operasi:
5.30 petang - 12.00 malam (Selasa - Ahad)
Tutup (Isnin)
 
Tarikh Lawatan:
17 Oktober 2020
 
Tanduk Cafe @ Lurah Belut menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas aktiviti pendakian di Bukit Desa Damai @ Bentong.
 
Tengok iklan macam menarik sahaja makanannya. Jadi kita datanglah ke sini. Alang-alang dah ada di Bentong ini.

Bukit Desa Damai @ Bentong

Puncak Bukit Desa Damai @ Bentong

Lokasi:
Bukit Desa Damai @ Bentong
 
Aktiviti:
Mendaki
 
Alamat:
Jalan Desa Damai 5,
Taman Desa Damai,
28700 Bentong, Pahang.
 
Waktu Pendakian:
7.00 - 9.00 pagi
 
Tahap Kesukaran:
Sederhana Ke Sukar
 
Tarikh Lawatan:
17 Oktober 2020 (Kali Ke-1)
18 Oktober 2020 (Kali Ke-2)
 
Bukit Desa Damai @ Bentong yang terletak di Taman Desa Damai menjadi aktiviti pertama yang dilakukan pada hari ini. Kawasan ini asalnya diterokai untuk dijadikan sebagai ladang. Tetapi dijadikan sebagai salah satu tempat pendakian oleh penduduk sekitar dan orang luar.
 
Kira ramai juga orang mendaki disini. Laluan treknya adalah laluan jentera berat. Itu sebab laluan disini agak mencabar juga di beberapa tempat. Mencecah 45 darjah juga hendak daki.
 
Bukit Desa Damai @ Bentong juga menjadi lokasi pertama yang dikunjungi untuk aktiviti pendakian kali ini (bagi lawatan kali kedua). Pendakian kali ini melibatkan lebih ramai orang berbanding pendakian kali pertama.

Isnin, 19 Oktober 2020

The Sheep Sanctuary

Tulisan The Sheep Sanctuary

Lokasi:
The Sheep Sanctuary
 
Alamat:
No 187, Kea Farm,
39100 Brinchang,
Pahang.
 
Waktu Operasi:
9.00 pagi - 5.30 petang (Setiap Hari)
 
Harga Tiket:
RM 8.00 (Dewasa)
RM 4.00 (Kanak-Kanak)
 
Tarikh Lawatan:
14 Oktober 2020
 
The Sheep Sanctuary yang terletak berdekatan dengan Kea Garden menjadi lokasi persinggahan seterusnya. Teringin hendak bagi makan dekat kambing biri-biri pula.
 
Kali ini hanya saya dan isteri sahaja yang melawat tempat ini. Yang lain tidak berminat atas sebab tidak rasa berbaloi untuk mengunjunginya. Harga termasuk sedikit makanan untuk diberikan kepada kambing biri-biri.

Kea Garden

Papan Tanda Kea Garden

Lokasi:
Kea Garden
 
Alamat:
Brinchang,
39000 Tanah Rata,
Pahang.
 
Waktu Operasi:
 
Kea Garden Guest House
Tiada had Had Masa Yang Ditetapkan
Pasar Pagi Kea Farm
7.00 pagi - 7.00 petang (Setiap Hari)
Medan Agro Kea Farm
Tidak Diketahui
Strawberry Farm Kea
8.00 pagi - 6.00 petang (Setiap Hari)
 
Tarikh Lawatan:
14 Oktober 2020
 
Kea Garden menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas mengunjungi Taman Agroteknologi Mardi @ Cameron Highlands.
 
Singgah sini untuk membeli buah tangan untuk dibawa pulang nanti. Sambil itu kita bergambar sekitar sini.

Taman Agroteknologi Mardi @ Cameron Highlands

Dataran Taman Agroteknologi Mardi @ Cameron Highlands

Lokasi:
Taman Agroteknologi Mardi @ Cameron Highlands
 
Alamat:
Persiaran Dayang Endah,
39000 Tanah Rata,
Pahang.
 
Waktu Operasi:
9.00 pagi - 5.00 petang (Rabu-Isnin)
12.45 tengah hari - 2.00 petang (Waktu Rehat Kecuali Cuti Sekolah)
Tutup (Selasa)
 
Harga Tiket:
 
Dewasa
RM 10.00 (Bukan Warganegara)
RM 6.50 (Warganegara)
Kanak-Kanak
RM 5.00 (Bukan Warganegara)
RM 2.50 (Warganegara)
RM 2.50 (Warga Tua)
Percuma (OKU & Kanak-Kanak Bawah 7 Tahun)
 
Alamat Sessawang:
http://tatmch.mardi.gov.my/
 
Tarikh Lawatan:
14 Oktober 2020
 
Taman Agroteknologi Mardi @ Cameron Highlands menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas bersarapan di Opah Strawberry & Jams.
 
Sepatutnya ingin kunjungi tempat ini semalam, tetapi tutup pula. Terpaksa datang hari ini.