Isnin, 7 Disember 2020

Komisen Public Gold

Kemaskini pada 05/02/2024

Komisen Public Gold

Entri kali ini saya ingin berkongsi 10 jenis komisen yang disediakan khas untuk Dealer Public Gold. Setiap komisen yang diterima berbeza bergantung kepada status Dealership kita.
 
Untuk memahami bagaimana komisen diberi, terlebih dahulu kita perlu memahami pangkat yang ada dalam Public Gold.
 
Pangkat Dealer Public Gold
Tahap 1: Normal Dealer (ND)
Tahap 2: Priority Dealer (PD)
Tahap 3: Master Dealer (MD)
 
Bermula 1 April 2022, jumlah jualan dikira dalam bentuk markah (PV) menggantikan Ringgit (RM). Semua anugerah yang diberi oleh Public Gold adalah berdasarkan pengiraan jumlah PV yang terkumpul dalam tempoh setahun. Berikut adalah maklumat lanjut berkaitannya.
 
Jualan Peribadi @ Jualan Kumpulan:
Public Gold (Emas & Perak):
RM 1 = 1 PV
 
PG Mall (Pelbagai Produk):
RM 1 = 1 PV
RM 1 = 2.5 PV (Selain Produk Emas & Perak)
 
Ini bermaksud setiap jualah peribadi atau kumpulan di PG Mall akan didarab dengan 2.5. Jualan sebanyak RM 100,000 di PG Mall memberi markah sebanyak 250,000 PV. Terhad kepada produk bukan emas dan perak sahaja.

Entri Berkaitan:
3 Saluran Untuk Menjadi Dealer Public Gold

Komisen 1: Insentif Rujukan (Referral Incentive)
 
Insentif Rujukan bermaksud komisen yang diterima oleh Dealer dari Public Gold apabila membeli sebarang produk Public Gold merangkumi emas dan perak. Komisen yang diterima bergantung kepada status Dealership kita.
 
Berikut adalah peratusan komisen yang diterima dari jumlah pembelian produk Public Gold.
1.0 % bagi Normal Dealer
1.5 % bagi Priority Dealer
2.0 % bagi Master Dealer
 
Terdapat dua jenis komisen yang diterima dalam Insentif Rujukan iaitu:
 
Jenis 1:
Komisen diterima bagi setiap pembelian produk Public Gold oleh diri sendiri.
 
Contohnya:
Ali seorang Dealer Public Gold. Ali menerima komisen dari Public Gold bagi setiap pembelian produk Public Gold.
 
Jenis 2:
Komisen diterima bagi setiap pembelian produk Public Gold oleh pelanggan yang didaftar bawah rangkaian kita secara terus.
 
Contohnya:
Ali seorang Dealer Public Gold. Ali telah mendaftar Abu sebagai pelanggan Public Gold. Ali menerima komisen dari Public Gold selagi Abu membeli produk Public Gold.
 
 
Komisen 2: Insentif Mengatasi (Overriding Incentive)
 
Insentif Mengatasi bermaksud komisen yang diterima oleh Dealer dari Public Gold bagi setiap pembelian produk Public Gold oleh Dealer di bawah rangkaian kita. Komisen ini hanya diterima dengan syarat pangkat Dealer di bawah rangkaian kita lebih rendah dari kita.
 
Berikut adalah peratusan komisen yang diterima dalam Insentif Mengatasi iaitu:
0.5 % bagi semua tahap Dealer
 
Contohnya:
Ahmad seorang Dealer berpangkat Priority. Azman seorang Dealer berpangkat Normal. Azman adalah pelanggan Ahmad. Oleh sebab Azman telah naik pangkat dari pelanggan ke Dealer. Ahmad tidak layak mendapat Insentif Rujukan dari pembelian ahmad sebaliknya digantikan dengan Insentif Mengatasi.
 
Azman mendapat komisen sebanyak 1.0 % dari jumlah pembelian Iskandar (pelanggan Azman). Ahmad pula mendapat komisen 0.5 % dari jumlah pembelian Iskandar (Azman adalah Dealer di bawah Ahmad).
 
 
Komisen 3: Insentif Penyelia (Supervisory Incentive)
 
Insentif Penyelia bermaksud komisen yang diterima oleh Dealer dari Public Gold bagi setiap pembelian produk Public Gold oleh Dealer di bawah rangkaian kita. Komisen ini hanya diterima dengan syarat pangkat Dealer di bawah rangkaian kita sama tahap dengan kita
 
Berikut adalah peratusan komisen yang diterima dalam Insentif Penyelia iaitu:
0.15 % bagi semua tahap Dealer.
 
Contohnya:
Ahmad seorang Dealer berpangkat Priority. Azman juga seorang Dealer berpangkat Priority. Azman adalah pelanggan Ahmad. Oleh sebab Azman telah naik pangkat dari pelanggan ke Dealer. Ahmad tidak layak mendapat Insentif Rujukan dari pembelian ahmad sebaliknya digantikan dengan Insentif Penyelia.
 
Azman mendapat komisen sebanyak 1.5 % dari jumlah pembelian Iskandar (pelanggan Azman). Ahmad pula mendapat komisen 0.15 % dari jumlah pembelian Iskandar (Azman adalah Dealer di bawah Ahmad).
 
 
Komisen 4: Insentif Jual Balik (Sellback Incentive)
 
Insentif Jual Balik bermaksud komisen yang diterima oleh Dealer dari Public Gold bagi setiap penjualan balik produk Public Gold oleh pelanggan ke Public Gold. Tidak kira pangkat apa pun sekali pelanggan kita. Dealer juga akan menerima komisen dari jualan balik emas atau perak jenama X (selain Public Gold) ke Public Gold.
 
Berikut adalah peratusan komisen yang diterima dalam Insentif Jual Balik iaitu:

0.3% bagi setiap transaksi jualan balik produk Public Gold atau 0.5% bagi produk bukan jenama Public Gold.

 
Contohnya:
Kamal adalah pelanggan Ahmad. Siti pula adalah pelanggan Ahmad yang berpangkat Dealer. Kamal dan Siti menjual semula emas yang dibeli kepada Public Gold. Ahmad mendapat komisen sebanyak 0.3% bagi setiap urusan jual balik Kamal dan Siti walaupun berlainan pangkat.
 
Bagi produk emas atau perak bukan jenama Public Gold pula. Ahmad sebagai Normal Dealer akan menerima komisen sebanyak 0.5% bagi setiap urusan jual balik oleh Kamal. Manakala introducer Ahmad yang bernama Abu berpangkat Prioriy Dealer akan menerima komisen sebanyak 0.25%. Ikmal sebagai intoducer Abu yang berpangkat Master Dealer pula akan menerima komisen sebanyak 0.08%.
 
Ringkasan:
Kamal (Pelanggan)(Jual Emas Jenama X) - Ahmad (Normal Dealer)(0.5%) - Abu (Priority Dealer)(0.25%) - Ikmal (Master Dealer)(0.08%)
 
 
Komisen 5: Insentif Jualan Kumpulan (Group Sales Incentive)
 
Insentif Jualan Kumpulan bermaksud komisen yang diterima oleh Dealer dari Public Gold bagi setiap pembelian produk Public Gold oleh semua pelanggan yang ada dalam kumpulan kita tidak kira pangkat kecuali Master Dealer.
 
Komisen ini khas untuk Dealer berpangkat Master Dealer sahaja. Komisen ini diberi merangkumi keseluruhan pelanggan di bawah rangkaian kita tidak kira status. Komisen ini tidak melibatkan kumpulan Master Dealer di bawah rangkaian kita.

Komisen ini diberi tanpa perlu kita membuat sebarang jualan. Jualan datang dari kumpulan kita sahaja.
 
Berikut adalah peratusan komisen yang diterima dalam Insentif Jualan Kumpulan iaitu:
0.1 % bagi keseluruhan jualan dalam kumpulan
 
Contohnya:
Azizah, Khairul dan Aina adalah pelanggan Ahmad berpangkat Dealer. Ahmad adalah Dealer berpangkat Master. Ahmad mendapat komisen sebanyak 0.1 % dari keseluruhan jualan yang dilakukan oleh kumpulan Azizah dan Khairul.
 
Ahmad tidak mendapat komisen dari jumlah jualan kumpulan Aina kerana pangkat Aina adalah Master.
 
 
Komisen 6: Insentif Kaki Jutaan Dolar (Millions Dollar Leg)
 
Insentif Kaki Jutaan Dolar bermaksud komisen yang diterima oleh Dealer dari Public Gold bagi keseluruhan jualan melebihi RM 1,000,000.00 dalam tempoh sebulan untuk satu kumpulan Founder Master Dealer di bawah rangkaian kita. Kita juga masih berpeluang menerima insentif ini walaupun keseluruhan jualan bagi kumpulan Founder Master Dealer kurang RM 1,000,000, asalkan melebihi RM 500,000. Dengan syarat perlu paling kurang 3 orang Founder Master Dealer.
 
Komisen ini khas untuk Dealer berpangkat Founder Master Dealer sahaja. Komisen yang diterima adalah tanpa had bergantung berapa ramai Master Dealer kita ada yang berjaya mencapai sasaran jualan ditetapkan.
 
Komisen ini diberi tanpa perlu kita membuat sebarang jualan. Jualan datang dari kumpulan kita sahaja yang dipimpin oleh Founder Master Dealer.
 
Berikut adalah komisen yang diterima dalam Insentif Kaki Jutaan Dolar iaitu:
1. RM 1,000 bagi setiap Kumpulan Founder Master Dealer. Minimun dua kumpulan.
2. RM 500 bagi setiap kumpulan Founder Master Dealer. Minimum tiga kumpulan.
 
Syarat Untuk Mendapatkan Komisen Ini:
Syarat 1: Anda berpangkat Founder Master Dealer.
Syarat 2: Anda melahirkan sekurang-kurangnya 2 Founder Master Dealer dari pelanggan anda.
Syarat 3: 2 Founder Master Dealer dari pelanggan anda memiliki kumpulan yang membuat jualan 1 juta dalam tempoh sebulan. 3 Founder Master Dealer sekiranya jumlah jualan bulanan kurang dari satu juta tetapi lebih dari lima ratus ribu.
 
Contohnya:
Salmah dan Azizul adalah pelanggan Ahmad yang berpangkat Founder Master Dealer. Ahmad adalah Founder Dealer Master. Jualan bulanan bagi kumpulan Salmah dan Azizul mencecah RM 1,000,000. Ahmad mendapat komisen sebanyak RM 1,000.
 
Raihan adalah pelanggan Ahmad yang baru naik pangkat ke Founder Master Dealer. Jualan bulanan kumpulan Raihan juga sudah mencecah RM 1,000,000. Kini Ahmad ada 3 orang Founder Master Dealer yang memiliki jualan bulanan kumpulan melebihi RM 1,000,000.
 
Kini komisen yang diperolehi oleh Ahmad meningkat dari RM 1,000 ke RM 2,000 dan seterusnya bergantung berapa banyak kumpulan Founder Master Dealer yang berjaya diwujudkan.  
 

Komisen 7: Ganjaran Jualan Suku Tahunan (Quarterly Top Producer Rewards)


Ganjaran Jualan Suku Tahunan bermaksud komisen yang diterima oleh Dealer dari Public Gold sekiranya anda berjaya mendapatkan jualan peribadi melebihi angka yang ditetapkan selama 3 bulan berturut-turut mengikut suku tahunan yang ditetapkan.
 
Komisen yang diterima akan dikreditkan terus dalam c-wallet anda di PG Mall. Komisen ini terbuka pada semua Dealer tanpa mengikut pangkat.
 
Pecahan bagi suku tahunan adalah seperti berikut:
Q1: April - Jun
Q2: Julai - September
Q3: Oktober - Disember
Q4: Januari - Mac
 
Syarat Untuk Mendapatkan Komisen Ini:


 



















Bronze Rewards
Jualan mencecah RM 25,000
Komisen: RM 50 sebulan
Jumlah Komisen: RM 150 bagi 3 bulan
 
Silver Rewards
Jualan mencecah RM 50,000
Komisen: RM 100 sebulan
Jumlah Komisen: RM 300 bagi 3 bulan
 
Gold Rewards
Jualan mencecah RM 75,000
Komisen: RM 150
Jumlah Komisen: RM 450 bagi 3 bulan
 
Platinum Rewards
Jualan mencecah RM 100,000
Komisen: RM 200
Jumlah Komisen: RM 600 bagi 3 bulan
 
Contohnya:
Jualan peribadi Ali mencecah RM 30,000 selama 3 bulan berturut-turut dari bulan oktober sehingga disember. Ali menerima komisen sebanyak RM 150 yang dikreditkan terus ke c-wallet.
 
Jualan peribadi Aina bagi bulan julai adalah sebanyak RM 26,000 (Bronze). Bagi bulan ogos sebanyak RM 45,000 (Bronze) dan bulan September sebanyak RM 60,000 (Silver). Aina mendapat komisen sebanyak RM 150 (mengikut percapaian terendah) yang dikreditkan terus ke c-wallet.
 
 
Komisen 8: Bonus Suku Tahunan (Qualifying Bonus @ Q-Bonus)


Bonus Suku Tahunan bermaksud komisen yang diterima oleh Dealer dari Public Gold sekiranya anda berjaya mendapatkan jualan peribadi melebihi angka yang ditetapkan dalam tempoh paling kurang 6 bulan.
 
Komisen ini terbuka pada semua Dealer tanpa mengikut pangkat. Jualan peribadi bermaksud belian produk Public Gold oleh diri sendiri dan pelanggan kita tidak termasuk kumpulan di bawah pelanggan kita.
 

Syarat Untuk Mendapatkan Komisen Ini:

Jumlah jualan mencecah 250,000 PV dalam tempoh sebulan.
 
6 Bulan (6Q)
Komisen: RM 3,000
 
9 Bulan (9Q)
Komisen: RM 3,000 + RM 3,000 = RM 6,000
 
12 Bulan (12Q)
Komisen: RM 3,000 + RM 3,000 + RM 6,000 = RM 12,000
 
Contohnya:
Jualan peribadi Basnah mencecah 250,000 PV selama 6 bulan tidak kira secara berturut-turut atau tidak dalam tempoh setahun bermula dari april 2020 sehingga Mac 2021. Basnah menerima komisen sebanyak RM 3,000.
 
Jualan peribadi Atiqah mencecah 250,000 PV selama 12 bulan dalam tempoh setahun bermula dari april 2020 sehingga Mac 2021. Atiqah menerima komisen sebanyak RM 12,000 yang diberi secara berperingkat.
 
Pecahan Insentif untuk Atiqah:
 
Insentif Pertama (Q6): 3,000 PV
Insentif Kedua (Q9): 3,000 PV
Insentif Ketiga (Q12): 6,000 PV

 
Komisen 9: PG Leadership Seminar


Sales Incentive Program (SIP) adalah satu program ganjaran melancong ke luar negara tajaan penuh dari Public Gold kepada dealer yang berjaya mencapai sasaran jualan peribadi atau kumpulan mengikut tahun kewangan Public Gold (Apr-Mac).
 
Terdapat dua jenis program ganjaran yang diberi iaitu:
1. SIP (Percutian Selain Negara Asia Tenggara)
2. Mini SIP (Percutian Ke Negara Asia Tenggara)

1. Sales Incentive Program (SIP)

 
Senarai Negara Tajaan Public Gold
2010-2011: Perth, Australia
2011-2012: Cape Town, South Africa
2012-2013: Tokyo, Japan
2013-2014: Germany, Switzerland
2014-2015: Turkey
2015-2017: Spain
2017-2018: Finland & Iceland
2018-2019: Balkans
2019-2020: New Zealand
2020-2021: Dubai
2021-2022: Itali
2022-2023: Hokkaido, Japan
2023-2024: Switzerland
2024-2025: South Africa
 
Syarat Kelayakan:



2. Mini Sales Incentive Program (SIP)

Percutian Luar Negara (Sekitar Asean)
2017-2018: Jogjakarta, Indonesia
2018-2019: Vietnam
2020-2021: Bangkok, Thailand
2022-2023: Jakarta, Indonesia
 
Syarat Kelayakan:
1. Jualan peribadi mencecah 600,000 PV dalam tempoh setahun
2. 100 pelanggan baru dalam tempoh setahun
3. Mempunyai minimum pelanggan 300 orang dan berstatus Master Dealer
 
Nota:
1. Setiap Dealer hanya layak menyertai percutian ini sebanyak 1 kali sahaja seumur hidup.
2. Dealer yang layak menyertai percutian ke luar Asia Tenggara (SIP), tidak layak menyertai percutian ini.
 
Entri Berkaitan:
Anugerah Public Gold


Komisen 10: Insentif KOL (KOL Incentive)
 
Insentif KOL bermaksud komisen yang diterima oleh Dealer dari Public Gold sekiranya barang yang di promosi dalam media sosial berjaya dijual. Komisen yang diterima antara 1 % sehingga 5 % bergantung kepada produk.
 
Kelayakan:
1. Minimum 10,000 pengikut di media sosial peribadi
2. Berpengalaman dalam Streaming secara langsung
3. Aktif muat naik konten dalam media sosial
4. Memiliki kemahiran menulis konten
5. Yakin dan berkebolehan dalam pengucapan awam
 
Cara Memohon:
Hubungi melalui WhatApps: 011-10827916
 
Kemudahan:
Pihak Public Gold akan sediakan FB Page dan membantu membuat promosi secara percuma.
 
Entri Berkaitan:
Kelebihan Menjadi Dealer Public Gold
 

Komisen 11: Car & Bungalow Funds (Dana Kereta & Banglo)
 

Public Gold menyediakan wang tunai sebagai dana khas untuk membantu Dealer Public Gold memiliki kereta atau rumah idaman. RM 50,000 khas untuk kereta dan RM 500,000 khas untuk sebuah rumah (Banglo).
 
Syaratnya seperti berikut:
 
1. Dana Kereta (Car Fund)
Mencapai status Jade Founder Master Dealer (FMD). Berjaya melahirkan sekurang-kurangnya 6 orang Founder Master Dealer (FMD) dari pelanggan sendiri (frontline) serta memiliki empire bisnes seramai 20,000 orang secara keseluruhan.
 
2. Dana Rumah Banglo (Banglow Fund)
Mencapai status Diamond Founder Master Dealer (FMD). Berjaya melahirkan sekurang-kurangnya 18 orang Founder Master Dealer (FMD) dari pelanggan sendiri (frontline) serta memiliki empire bisnes seramai 200,000 orang secara keseluruhan.
 
Dana ini hanya boleh diperolehi sekali seumur hidup.

Ringkasan

Banyak kan sumber pendapatan pasif yang boleh diterima bersama dengan Public Gold. Komisen seumur hidup dan boleh diwariskan kepada keluarga selepas ketiadaan kita kelak.
 
 
Yang menulis,
 
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold

Tiada ulasan:

Catat Ulasan