Khamis, 4 Januari 2024

Kelebihan Bisnes Public Gold

 Kad Nama Public Gold

Berikut saya kongsikan kelebihan bisnes Public Gold dari sudut bukan kewangan dan ganjaran.

Entri Berkaitan:
Kelebihan Menjadi Dealer Public Gold

 
1. Jaminan Pelanggan Sedia Ada Kekal Milik Kita

Salah satu kelebihan yang tiada pada kebanyakkan bisnes (menggunakan sistem ejen atau berbentuk MLM) adalah semua pelanggan sedia ada yang telah kita perolehi dari usaha keras selama ini kekal milik kita selama-lamanya. Walaupun selepas ketiadaan kita (meninggal dunia atau tak mampu menguruskan bisnes lagi).

Ini jaminan dari Public Gold. Bisnes ini milik kita sepenuhnya. Itu sebab kenapa Public Gold menggunakan istilah PGBO (Public Gold Business Owner) pada semua dealer yang ada (aktif atau tidak).

Tertakluk pada terma dan syarat yang ditetapkan oleh Public Gold. Terdapat pengecualian dalam kes-kes tertentu.


2. Bisnes Yang Boleh Diwarisi Serta Dilindungi

Public Gold juga memberi jaminan bahawa bisnes ini boleh diwarisi sekiranya berlaku kematian kepada Dealer. Semua komisen yang diterima sebelum ini (setiap bulan) diserahkan kepada waris termasuk semua kelebihan yang ada selagi cukup syaratnya. Termasuklah percutian ke luar negara tajaan Public Gold.

Selagi mana pelanggan sedia ada (Frontline/ Empire) terus berurusniaga dengan Public Gold (jual beli emas dan perak) serta membeli di PG Mall (Semua jenis produk yang ada).
 

3. Bantuan Serta Bimbingan Berterusan Dari Kumpulan Sokongan

Menjadi sebahagian dari kumpulan seperti G100 bermaksud bisnes kita akan sentiasa mendapat sokongan dari segi kelengkapan (tools) untuk membangunkan bisnes. Ini merangkumi kursus dan seminar yang dianjurkan (percuma atau berbayar) secara atas talian (Zoom Meeting, FB Page dan sebagainya) atau diluar talian (perjumpaan secara fizikal).

Dari segi kemahiran pula (ilmu pengetahuan), ia meliputi cara membangunkan bisnes dan sebagainya serta boleh mendapat bimbingan terus (Mentorship) dari dealer yang terbukti telah berjaya (memiliki keputusan yang cemerlang). Berada dalam suasana (circle) yang betul (kenalan) akan memberi kita motivasi dan semangat untuk terus memajukan bisnes.

Nak berjaya dengan cepat, bergerak secara berseorangan (solo). Nak berjaya dengan cepat serta jauh, bergerak bersama G100.


4. Jaminan Status 'Dealership' Berkekalan

Public Gold juga memberi jaminan status (Dealership) yang kita miliki (Normal, Priority dan Master) serta pelanggan (Frontline/ Empite) akan terus kekal walaupun setelah kita tidak lagi aktif dalam bisnes ini.

Pengecualian pada status Founder Master Dealer (FMD) serta Kepimpinan (Leadership Pin) yang ada syarat perlu dipenuhi untuk mengekalkannya setiap tahun. Syarat yang dikenakan itu bukan menjadi masalah untuk dipenuhi sekiranya kita memiliki struktur bisnes yang stabil dan kukuh (pelanggan yang betul).

Ini bermaksud, kita tak perlu mula kembali dari kosong (bawah atau tiada pelanggan) semasa membuat kemunculan kembali dalam bisnes. Hanya mula dari titik terakhir yang ditinggalkan.


5. Jaminan Komisen Tetap Diterima Tanpa Gagal

Public Gold juga memberi jaminan semua komisen yang layak diterima akan terus diberi walaupun kita tidak lagi aktif dalam bisnes atau setelah bisnes di wariskan selepas kematian kita. Walaupun begitu, terdapat perbezaan kaedah pemberian komisen antara dealer aktif dan yang tidak aktif.

Bagi dealer tidak aktif (sekiranya tiada pembelian produk Public Gold atau tiada pendaftaran pelanggan baru dalam tempoh sebulan), semua komisen akan dimasukkan ke dalam cwallet di PG Mall.  
 
Bagi dealer yang aktif, RM 100 serta sen pertama akan dimasukkan dalam cwallet di PG Mall. Bakinya akan dikreditkan terus ke akaun bank setiap bulan.
Komisen Public Gold

Kelebihan lain yang ada dalam bisnes ini adalah kita tidak perlu memikirkan tentang pengurusan bisnes (operasi) merangkumi kos operasi harian yang perlu ditanggung, penyimpanan stok, penghantaran stok kepada pelanggan dan sebagainya. Semuanya diuruskan oleh Public Gold sepenuhnya.
 
Fokus kita hanya pada bahagian pemasaran sahaja. Mudahkan.
 

Yang menulis, 
 
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold 


Youtube Channel:


Tiada ulasan:

Catat Ulasan