Isnin, 28 Jun 2021

Faktor Mempengaruhi Caruman Takaful

Kemaskini pada 02/10/2021

Berikut adalah faktor yang mempengaruhi kadar caruman takaful peribadi seseorang ketika menyertai pelan Takaful.
 
 
1. Umur
 
Umur memainkan peranan penting dalam menentukan jumlah caruman sesebuah pelan Takaful. Lagi muda usia, lagi murah harganya. Jumlah pampasan yang diterima juga lebih tinggi walaupun jumlah caruman adalah sama.
 
Pengecualian diberi kepada pencarum yang berusia di bawah lima tahun. Jumlah pampasan tidak diterima sepenuhnya atas faktor risiko yang tinggi ketika dalam julat usia tersebut.

Sabtu, 12 Jun 2021

Tuntutan Pampasan Takaful Ditolak. Kenapa?

Permohonan tuntutan takaful oleh waris yang berdaftar boleh ditolak oleh pengendali takaful sekiranya tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan.
 
Oleh itu, penting agar anda sebagai pencarum atau pemilik sijil mengetahui sebab-sebabnya agar dapat memastikan waris mendapat pampasan yang sepatutnya dengan tidak melakukan kesilapan ini.
 
Entri kali ini saya kongsikan sebab atau alasan pengendali takaful menolak tuntutan pampasan yang dikemukakan.

Selasa, 1 Jun 2021

Pelan Perlindungan Jangka Masa Panjang Aafiahcare @ Etiqa

Kemaskini pada 04/01/2024

Risalah AafiahCare @ Etiqa
Sumber Gambar: https://etakaful.my/2020/05/02/manfaat-68-penyakit-kritikal-tunai-rm1juta-pertama-malaysia-aafiah-care-etiqa/

Tawaran Istimewa Khas Untuk Anda:
 
Miliki emas Public Gold bernilai RM 100 dengan menyertai plan perlindungan AafiahCare atau 0.5 Gram emas Public Gold apabila bersetuju membayar bagi tempoh setahun (bagi tahun pertama).
 
Jangan Lepaskan Peluang Ini. Tawaran berakhir 31 Disember 2024.
 

AAFIAHCARE
 
Pengenalan
 
AafiahCare ialah pelan takaful yang menyediakan pampasan tunai apabila anda disahkan menghidap salah satu dari 68 penyakit kritikal.
 
AafiahCare memberi ketenangan minda kepada anda dan keluarga ketika dalam proses pemulihan dari penyakit kritikal.

Senarai Penyakit Kritikal Yang Dilindungi Oleh Etiqa

Kemaskini pada 05/02/2023
Logo Etiqa
Penyakit Kritikal (Critical Illness)
Berikut adalah senarai penyakit kritikal yang dilindungi oleh Etiqa. Pampasan akan diberi kepada pemegang sijil sekiranya telah disahkan menghidap salah satu dari penyakit kritikal yang disenaraikan. Jumlah pampasan, syarat dan peraturan bergantung kepada pelan yang diambil.