Khamis, 27 Februari 2020

Branch Weekly Meeting (BWM) 2019

Branch Weekly Meeting (BWM) 2019

Lokasi:
Public Gold Cawangan Ampang      
Public Gold Cawangan Petaling Jaya

Alamat:
Public Gold Cawangan Ampang
12-G, Jalan Dagang, 1/1A,
Taman Dagang, 68000,
Ampang Jaya, Selangor.

Public Gold Cawangan Petaling Jaya
42A, Jalan PJS 8/6 (Third Floor), Mentari Business Park,
Bandar Sunway, Sunway Mentari,
46150 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu Operasi:
8.30 - 10.30 malam

Alamat Sesawang:
https://publicgold.com.my/index.php/

Tarikh Lawatan:
Sepanjang Tahun 2019

Entri kali ini sekadar untuk perkongsian detik-detik indah ketika saya menghadiri Branch Weekly Meeting (BWM) yang dianjur oleh Public Gold sepanjang tahun 2019. Untuk makluman anda, masuk adalah PERCUMA.

Apa itu BWM? Ia adalah berganti kepada Seminar Emas Public Gold 2019 yang dianjurkan secara percuma oleh Public Gold setiap minggu.

Apa yang dipelajari dalam Seminar Emas?
      1. Kepentingan Menyimpan Emas @ Perak
      2. Kenapa Perlu Memilih Emas @ Perak Jenama Public Gold
      3. Kelebihan Menjadi Usahawan Emas (Dealer Public Gold)
      4. Pengenalan Terhadap PG Mall
      5. Bagaimana Buat Duit Dengan PG Mall

Apa kelebihan yang boleh diperolehi dalam Seminar?
      1. Memperolehi Ilmu Tentang Pelaburan Emas @ Perak Secara Percuma
      2. Diskaun Bagi Setiap Pembelian Jongkong @ Dinar Emas @ Perak (Fire Sales)
3. Peluang Memenangi Jongkong Emas & Aksesori Public Gold Dalam Cabutan Bertuah

Rabu, 26 Februari 2020

Strategik Dalam Pelaburan Emas

Kemaskini pada 11/05/2020
Strategik Dalam Pelaburan Emas

Pelaburan Emas ini sebenarnya mudah sahaja. Beli emas, dapat emas, simpan baik-baik.

Yang mencabarnya apabila ingin memperolehi keuntungan dalam pelaburan emas. Ia perlukan strategik yang tepat bagi memaksimumkan keuntungan secara tidak langsung meminimumkan risiko.

Bagaimana caranya? Apakah strategiknya?


Langkah 1: Pilih Jenama Yang Betul

Bagaimana ingin menentukan jenama apa yang terbaik? Dengan menilai berdasarkan ciri-ciri berikut:

1. Kadar Susutnilai
2. Berbezaan Harga Premium Dengan Harga Spot
3. Stok Tanpa Had
4. Mesra Arrahnu (Pajak)
5. Jaminan Beli Semula
6. Reputasi Jenama Emas

Sila tekan pautan dibawah untuk penjelasan lanjut.

Khamis, 20 Februari 2020

The Linc KL

The Linc KL

Lokasi:
The Linc KL

Alamat:
360, Jalan Tun Razak,
Taman U Thant,
50400 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
10.00 pagi - 10.00 malam (Setiap Hari)

Alamat Sesawang:
https://www.thelinckl.com.my/

Tarikh Lawatan:
19 Februari 2020

The Linc KL menjadi lokasi persinggahan pertama untuk hari ini. Agak mengagumkan melihat senibina pusat membeli-belah ini. Dah macam masuk dalam banglo pula. Nampak ekslusif betul.

Yang peliknya, setiap pintu masuk perlu di tekan butangnya terlebih dahulu. Kalau tidak, memang pintu tidak buka jawapnya. Tidak seperti pusat membeli-belah yang lain, pintu masuk terbuka dengan sendiri.

Alor Street Art 1 @ Bukit Bintang

Alor Street Art 1 @ Bukit Bintang

Lokasi:
Jalan Alor Street Art 1 @ Bukit Bintang

Alamat:
64, Changkat Bukit Bintang,
Bukit Bintang,
50200 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
Tiada had masa ditentukan

Tarikh Lawatan:
19 Februari 2020

Jalan Alor Street Art 1 @ Bukit Bintang menjadi lokasi terakhir yang dikunjungi selepas Mengunjungi Plaza Imbi. Kerja-kerja menaik taraf sedang dilakukan ketika mengunjungi tempat ini. Nampaknya perlu datang balik di masa hadapan.

Plaza Imbi

Plaza Imbi

Lokasi:
Plaza Imbi

Alamat:
Jalan Imbi,
Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
10.00 pagi - 10.00 malam (Setiap Hari)

Tarikh Lawatan:
19 Februari 2020

Plaza Imbi, yang terletak berdekatan dengan Sungei Wang Plaza menjadi lokasi persinggahan seterusnya. Sedih melihat keadaan di dalam plaza ini, seperti hidup segan mati tidak mahu.

Selain Plaza Low Yat. Plaza Imbi juga menjadi lokasi kunjung untuk membeli barang IT seperti CD dan sebagainya.

19/02/2020: Biasa Masuk Dari Pintu Ini
19/02/2020: Hendak Baiki Atau Cari Peralatan Lama, Boleh Kunjungi Tempat Ini
19/02/2020: Ada Dua Tingkat Sahaja Plaza Ini
Selesai lawatan disini, perjalanan diteruskan menuju ke lokasi terakhir yang sempat dikunjungi iaitu Jalan Alor Street Art 1 @ Bukit Bintang.


Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara

Selasa, 18 Februari 2020

Tips & Panduan Keselamatan Ketika Mendaki (Bukit @ Gunung)

Kemaskini pada 22/02/2020

Tips & Panduan Keselamatan Ketika Mendaki (Bukit @ Gunung)


Entri kali ini saya ingin kongsikan tips dan panduan keselamatan (yang saya amalkan) semasa melakukan aktiviti pendakian secara solo ataupun secara berkumpulan.

Panduan ini khas untuk sesi pendakian secara harian sahaja (Day Pack Hiking). Kelengkapan yang dicadangkan hanya asas sahaja. Terpulang kepada anda untuk membawa apa yang dirasakan perlu.

Hanya lagi kurang barang yang perlu dibawa, lagi baik. Kita tidak mahu membawa banyak bebanan semasa mendaki. Nanti cepat letih.

Sabtu, 15 Februari 2020

AEON Mall AU2 Setiawangsa


Lokasi:
AEON Mall AU2 Setiawangsa

Alamat:
No.6, Jalan Taman Setiawangsa (Jalan 37/56),
AU2 Taman Setiawangsa,
Taman Keramat, 54200 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
10.00 pagi - 10.00 malam (Isnin - Jumaat)
10.00 pagi - 11.00 malam (Sabtu & Ahad)

Tarikh Lawatan:
12 Februari 2020

AEON Mall AU2 Setiawangsa menjadi lokasi terakhir yang sempat dikunjungi selepas Giant Hypermarket Setapak.

Kedatangan kali ini bukan sekadar untuk bersiar-siar semata-mata. Tetapi untuk membeli barang juga. Maklumlah masih ada kupon tunai percuma AEON yang masih belum digunakan lagi. Simpan lama-lama takut luput pula.

Giant Hypermarket Setapak

Giant Hypermarket Setapak

Lokasi:
Giant Hypermarket Setapak

Alamat:
5, Jalan Kilang,
Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
9.00 pagi - 10.00 malam (Isnin - Jumaat)
8.00 pagi - 12.00 malam (Sabtu & Ahad)

Alamat Sesawang:
https://www.giant.com.my/

Tarikh Lawatan:
12 Februari 2020

Giant Hypermarket Setapak menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas mengunjungi Setapak Central Mall

Setapak Central Mall



Setapak Central Mall

Lokasi:
Setapak Central Mall

Alamat:
67, Jalan Taman Ibu Kota,
Taman Danau Kota,
53300 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
10.00 pagi - 10.00 malam (Setiap Hari)

Tarikh Lawatan:
12 Februari 2020

Setapak Central Mall atau nama lamanya KL Festival City menjadi lokasi persinggahan pertama pada hari ini.

Sudah lama tidak mengunjungi pusat membeli-belah ini selepas berkahwin pada tahun 2018. Dahulu kerap juga singgah sini. Maklumah dekat dengan rumah.

Isnin, 10 Februari 2020

Mustafa Pasar Raya

Mustafa Pasar Raya

Lokasi:
Mustafa Pasar Raya

Alamat:
No. 1, Jalan Feri Lama,
Pasir Penambang,
45000 Kuala Selangor, Selangor.

Waktu Operasi:
8.00 pagi - 10.00 malam (Setiap Hari)

Tarikh Lawatan:
10 Februari 2020

Mustafa Pasar Raya menjadi lokasi terakhir yang dikunjungi selepas melawat Bukit Malawati pada sebelah pagi, menghadiri kenduri di Sungai Besar serta menjamu selera di Cendol Durian Bohari.