Rabu, 29 Disember 2021

Jengka Sentral

Jengka Sentral

Lokasi:
Jengka Sentral
 
Alamat:
Jalan Berlian,
26400 Bandar Tun Razak,
Pahang
 
Waktu Operasi:
10.00 pagi - 10.00 malam (Setiap Hari)
 
Alamat Sesawang:
https://www.jengkasentral.my/
 
Tarikh Lawatan:
22 Disember 2021
 
Jengka Sentral menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas Dataran Jam @ Bandar Tun Abdul Razak. Kelihatan tidak banyak aktiviti di tempat ini. Nampak menyedihkan pula rasanya.

Dataran Jam @ Bandar Tun Abdul Razak

Dataran Jam @ Bandar Tun Abdul Razak

Lokasi:
Dataran Jam @ Bandar Tun Abdul Razak
 
Alamat:
8, Jalan Besar,
Bandar Jengka,
26400 Bandar Tun Razak, Pahang
 
Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan
 
Tarikh Lawatan:
22 Disember 2021
 
Dataran Jam @ Bandar Tun Abdul Razak menjadi lokasi persinggahan pertama pada hari ini. Antara lokasi yang tidak diketahui akan kewujudannya sehingga ternampak ketika datang ke Pusat Bandar Jengka ini.
 
Ingat tidak peluang nak lawat dataran ini. Tak sangka pula mereka hendak membeli barang di kedai yang berdekatan dengan tempat ini. Jadi ambilkan kesempatan menjejak kaki dataran ini sementara menunggu.

Warung Acu @ Temerloh

Warung Acu @ Temerloh

Lokasi:
Warung Acu @ Temerloh
 
Alamat:
No 9, Jalan Dagang 2,
Taman Bukit Angin,
28000 Temerloh, Pahang.
 
Waktu Operasi:
3.00 petang - 11.00 pagi (Selasa - Ahad)
Tutup (Isnin)
 
Tarikh Lawatan:
18 Disember 2021

Warung Acu @ Temerloh menjadi lokasi tunggal yang sempat dikunjungi pada hari ini. Hujan masih turun dengan lebat ketika tiba di kedai makan ini. Sudah beberapa hari hujan turun secara konsisten sepanjang hari.
 
Kalau tidak pergi sekarang takut Temerloh banjir. Dah banjir susahlah nak datang sini.

Isnin, 13 Disember 2021

Pelan Perlindungan & Pelaburan Jangka Masa Panjang Mahabbah Takafulink @ Etiqa

Kemaskini pada 04/03/2024

Pelan Perlindungan & Pelaburan Jangka Masa Panjang Mahabbah Takafulink @ Etiqa
Sumber: http://www.1etiqa2u.com/2018/10/mahabbah-takafulink.html

Tawaran Istimewa Khas Untuk Anda:
 
Miliki 0.5 gram emas Public Gold dengan menyertai plan perlindungan Mahabbah Takafulink atau 1 gram emas Public Gold apabila bersetuju membayar bagi tempoh setahun (bagi tahun pertama).
 
Jangan Lepaskan Peluang Ini. Tawaran berakhir 31 Disember 2024.
 
MAHABBAH TAKAFULINK
 
Pengenalan
 
Etiqa Mahabbah Takafulink adalah pelan takaful berkaitan pelaburan yang membantu anda memastikan impian mereka yang tersayang dapat diteruskan walaupun setelah ketiadaan anda.

Bukit Kiara

Puncak Bukit Kiara

Lokasi:
Bukit Kiara
 
Aktiviti:
Pendakian
 
Alamat:
Bukit Kiara Trail,
Sungai Penchala,
60000 Kuala Lumpur.
 
Waktu Pendakian:
8.30 - 12.00 pagi
 
Tahap Kesukaran:
Mudah ke Sederhana
 
Tarikh Lawatan:
12 Disember 2021
 
Bukit Kiara menjadi lokasi pendakian pada hari ini. Pendakian bermula dari Taman Persekutuan Bukit Kiara. Laluan trek hutan ini dahulu biasanya digunakan bagi pertandingan larian dalam hutan (Running Trail).
 
Dah lama teringin mendaki disini tetapi asyik tertangguh sahaja sehinggalah sekarang. Pendakian kali ini ditemani sahabat. 

Khamis, 9 Disember 2021

Ketahui Kos Pelaburan Yang Terlibat

1 Dinar Public Gold

Dalam menilai sesebuah pelaburan. Terdapat dua pekara penting yang wajib diketahui dan ambil berat akannya. Perkara pertama adalah Potensi Keuntungan dalam pelaburan tersebut. Pekara kedua pula adalah Kos Bukan Pelaburan yang terlibat dalam pelaburan.
 
Ramai orang ambil berat pada potensi keuntungan tetapi tidak melihat pada kos bukan pelaburan yang ada. Keuntungan sebenar dalam sesebuah pelaburan adalah jumlah pulangan (ROI) yang diterima setelah ditolak oleh semua kos bukan pelaburan yang terlibat.
 
Contohnya seperti dalam pelaburan hartanah. Kos bukan pelaburan untuk memiliki aset tersebut adalah merangkumi cukai, caj guaman dan sebagainya.