Isnin, 13 Disember 2021

Pelan Perlindungan & Pelaburan Jangka Masa Panjang Mahabbah Takafulink @ Etiqa

Pelan Perlindungan & Pelaburan Jangka Masa Panjang Mahabbah Takafulink @ Etiqa
Sumber: http://www.1etiqa2u.com/2018/10/mahabbah-takafulink.html

Tawaran Istimewa Khas Untuk Anda:
 
Miliki 0.5 gram emas Public Gold dengan menyertai plan perlindungan Mahabbah Takafulink atau 1 gram emas Public Gold apabila bersetuju membayar bagi tempoh setahun (bagi tahun pertama).
 
Jangan Lepaskan Peluang Ini. Tawaran berakhir 31 Disember 2022.
 
MAHABBAH TAKAFULINK
 
Pengenalan
 
Etiqa Mahabbah Takafulink adalah pelan takaful berkaitan pelaburan yang membantu anda memastikan impian mereka yang tersayang dapat diteruskan walaupun setelah ketiadaan anda.

Ciri-Ciri Utama
 
Siapa Layak Menyertai?
Warganegara Malaysia
Bukan Warganegara Malaysia*
 
Nota:
Tertakluk kepada syarat dan peraturan khas untuk bukan warganegara Malaysia. Warganegara dari USA dan Kanada tidak layak menyertai pelan ini.
 
Umur Kelayakan
Akaun Persendirian
17 Tahun sehingga 100 Tahun
Akaun Perkongsian (Join Account)
Pemilik Sijil (Peserta)
17 Tahun sehingga 70 tahun
Pembayar
17 Tahun ke atas
 
Tempoh Matang
70 tahun, 80 tahun, 90 tahun & 100 tahun (Minimum 20 tahun)
 
Jumlah Yang Dilindungi
Minimum: RM 500,000.00
 
Nota:
Pengecualian ujian kesihatan bagi perlindungan sehingga RM 2,000,000 mengikut umur semasa menyertai polisi ini.

 
Umur (Tahun)
Perlindungan (RM)
17 sehingga 51
2,000,000
51 sehingga 60
1,500,000
61 sehingga 70
500,000
 
Jumlah Caruman:
Serendah RM 200 sebulan atau RM 2,400 setahun (Tidak Termasuk Enrich)
 
Kaedah Pembayaran
Bulanan. Suku Tahun, Setengah Tahun atau Tahunan
 
Tempoh Pembayaran
Tempoh Terhad*: 5, 10, 15 & 20 tahun
Tempoh Penuh: Sehingga berumur 70, 80, 90, atau 100 tahun
 
Nota:
Tempoh terhad bermaksud membayar selama 5 tahun bagi perlindungan minimum sehingga 20 tahun atau berumur 100 tahun (maksimum).
 
Manfaat Utama
 
Manfaat Pelaburan
 
Setiap caruman yang dibuat akan ditukarkan ke dalam unit untuk dilaburkan. Harga bagi setiap unit berbeza bergantung kepada harga semasa. Pemegang polisi boleh memilih untuk melabur dari 3 dana pelaburan yang ada bergantung pada tahap risiko yang diingini.
 
Berikut adalah Dana Pelaburan yang ada:
 
1. Dana Pendapatan Prima Takaful
Tahap Risiko: 2 (Risiko Rendah 1-5 Risiko Tinggi)
Pecahan Pelaburan: Ekuiti (56%), Deposit Tetap (5%) & Sekuriti Pendapatan Tetap (39%)
Caj Pengurusan: 1.0% (NAV)
 
Dana ini sesuai bagi pelabur yang ingin mendapatkan pulangan yang baik dengan risiko yang rendah.
 
2. Dana Syariah Seimbang
Tahap Risiko: 3 (Risiko Rendah 1-5 Risiko Tinggi)
Pecahan Pelaburan: Deposit Tetap (18%) & Sekuriti Pendapatan Tetap (82%)
Caj Pengurusan: 1.2% (NAV)
 
Dana ini sesuai bagi pelabur yang ingin mendapatkan pulangan yang lebih dengan risiko yang seimbang.
 
3. Dana Ekuiti Prima Takaful
Tahap Risiko: 5 (Risiko Rendah 1-5 Risiko Tinggi)
Pecahan Pelaburan: Ekuiti (95%) & Deposit Tetap (5%)
Caj Pengurusan: 1.5% (NAV)
 
Dana ini sesuai bagi pelabur yang ingin mendapatkan pulangan yang lebih baik dengan mengambil risiko yang tinggi.
 
Nota:
1. Minimum pelaburan yang dibenarkan adalah 10% dari jumlah keseluruhan dana. Dengan penambahan 1%.
2. Jumlah maksimum pelaburan yang dibenarkan adalah sehingga 100% dari jumlah keseluruhan dana.
3. Jumlah minimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM 500 bagi setiap pertukaran dana.
4. Pertukaran dana adalah percuma dan tanpa had.
5. Tertakluk kepada terma dan syarat semasa.
6. NAV merujuk kepada nilai unit keseluruhan dalam tempoh setahun.
 
Enricher
 
Enricher adalah penambahan caruman secara wajib yang ditetapkan oleh BNM bagi memastikan kestabilan pada dana yang dilanggani terutama apabila berlaku penurungan secara mendadak dalam prestasi sesebuah pelaburan.
 
Dana ini hanya akan digunakan bila perlu sahaja bagi menampung sebarang kekurangan unit bagi menampung kenaikan caruman.
 
Nisbah antara caruman asas dengan Enricher bergantung kepada umur, jumlah perlindungan dan terma sijil.
 
 
Manfaat Takaful
 
Kematian Semulajadi
Sekiranya berlaku kematian terhadap pemegang sijil atas faktor semulajadi. Jumlah Perlindungan (Pampasan) setelah ditolak dengan sebarang pengeluaran dalam tempoh 12 bulan terakhir atau Jumlah Simpanan (Unit Yang Ada) dengan tambahan sebanyak RM 5,000. Yang mana lebih tinggi akan diserah kepada waris.
 
Contoh:
Nama: Aizat
Jumlah Perlindungan: RM 500,000.00
Jumlah Unit: RM 30,000 (Ketika meninggal)
Waris: Zulkifli
 
Aizat meninggal dunia pada tahun kelima polisi berjalan. Zulkifli sebagai waris akan memperolehi:
 
Pekara
Pulangan (RM)
Jumlah Pemberian Tunai
500,000.00
Manfaat Gantirugi
5,000.00
Pengeluaran Tunai
10,000.00
JUMLAH
495,000.00
*Ilustrasi adalah berdasarkan anggaran sahaja
 
Kematian Akibat Kemalangan
Sekiranya berlaku kematian terhadap pemegang sijil sama atas faktor kemalangan. 200% dari Jumlah Perlindungan (Pampasan) yang diberi setelah ditolak dengan sebarang pengeluaran dalam tempoh 12 bulan terakhir atau Jumlah Simpanan (Unit Yang Ada) dengan tambahan sebanyak RM 5,000. Yang mana lebih tinggi akan diserah kepada waris.
 
Contoh:
Nama: Aizat
Jumlah Perlindungan: RM 500,000.00
Jumlah Unit: RM 30,000 (Ketika meninggal)
Waris: Zulkifli
 
Aizat meninggal dunia pada tahun kelima polisi berjalan. Zulkifli sebagai waris akan memperolehi:
 

Pekara

Pulangan (RM)

Jumlah Pemberian Tunai

1,000,000.00

Manfaat Gantirugi

5,000.00

Pengeluaran Tunai

15,000.00

JUMLAH

990,000.00

*Ilustrasi adalah berdasarkan anggaran sahaja
 
Nota:
1. Waris hanya mendapat pampasan dari salah satu dari kaedah yang diberikan. Bergantung jumlah pampasan yang mana satu lebih tinggi.
2. Had pampasan sehingga RM 10,000,000 untuk setiap individu (merujuk kepada semua polisi yang ada dengan semua pengendali takaful yang ada.
3. Pampasan kematian akibat kemalangan hanya diberi sehingga pemegang polisi berumur 69 tahun.
 
Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh Dan Kekal (HUMK)
Sekiranya berlaku kecacatan kekal (HUMK) terhadap pemegang sijil mengikut tarikh pengesahan dari doktor yang merawat. Jumlah Perlindungan (Pampasan) yang diberi setelah ditolak dengan sebarang pengeluaran dalam tempoh 12 bulan terakhir atau Jumlah Simpanan (Unit Yang Ada) dengan tambahan sebanyak RM 5,000. Yang mana lebih tinggi akan diserah kepada pemegang sijil.
 
Bayaran tambahan sebanyak 5% dari jumlah perlindungan asal diberi setiap tahun bagi tempoh lima tahun. Sekiranya pemegang sijil meninggal dunia dalam temoh lima tahun selepas disahkan lumpuh secara kekal. Baki jumlah yang belum diterima akan diserahkan secara waris keseluruhannya.
 
Contoh:
Nama: Ali
Jumlah Perlindungan: RM 500,000.00
Jumlah Unit: RM 30,000 (Ketika disahkan cacat kekal)
Waris: Abu
 
Ali disahkan cacat kekal dalam tempoh 5 tahun dari polisi aktif. Ali memperolehi pampasan sebanyak:
 
Pekara
Pulangan (RM)
Jumlah Pemberian Tunai
500,000.00
Manfaat Gantirugi
5,000.00
Pengeluaran Tunai
15,000.00
JUMLAH
490,000.00
*Ilustrasi adalah berdasarkan anggaran sahaja
 
Nota:
1. Had pampasan sehingga RM 6,000,000 untuk setiap individu (merujuk kepada semua polisi yang ada dengan semua pengendali takaful yang ada.
2. Sekiranya jumlah pampasan melebihi RM 6,000,000.00. Baki pampasan hanya diberi selepas pemegang polisi meninggal dunia.
 
 
Manfaat Penjagaan Hilang Upaya Menyeluruh Dan Kekal (HUMK)
 
Pemegang polisi juga layak menerima pampasan sebanyak 5 peratus dari jumlah perlindungan setiap tahun (bermula dari tahun pampasan diterima) sehingga tahun kelima sekiranya masih hidup pada tahun pertama selepas pampasan diterima.
 
Contoh:
Nama: Aizat
Jumlah Perlindungan: RM 500,000.00
Jumlah Manfaat Penjagaan: RM 125,000.00 (25%)
 
Aizat telah disahkan mengalami kecacatan kekal pada tahun pertama sijil berkuatkuasa. Aizat menerima pampasan berjumlah RM 500,000.00 beserta RM 125,000.00 sebagai manfaat Penjagaan kecacatan kekal yang dibayar sekali setahun sehingga tempoh 5 tahun.
 
Ringkasan Pembahagian Manfaat Penjagaan yang diterima oleh Aizat dalam tempoh lima tahun.
 
Tahun
Peratusan (%)
Jumlah Pampasan (RM)
Pertama
100% + 5%
525,000
Kedua
5%
25,000
Ketiga
5%
25,000
Empat
5%
25,000
Lima
5%

25,000

 
Sekiranya pencarum meninggal dunia sebelum menerima keseluruhan pampasan bagi manfaat penjagaan. Baki jumlah yang belum diterima akan diserahkan secara keseluruhan kepada waris yang berdaftar.
 
 
Khiarat Kematian
Waris akan menerima Khiarat Kematian berjumlah RM 5,000.00 sekiranya pencarum meninggal dunia (sakit atau kemalangan) atau cacat kekal ketika sijil masih aktif.
 
 
Manfaat Matang
Sekiranya pemegang sijil masih hidup sehingga tarikh polisi. Jumlah unit yang ada dijual dan dipulangan kepada pemegang sijil dalam bentuk tunai.
 
Perlindungan Fleksibel (Rider)
 
Pemegang sijil boleh membuat bayaran tambahan (bayaran hangus) ke atas simpanan bulanan bagi mendapatkan perlindungan dengan pilihan Rider.
 

1. Pengecualian Pembayaran Bagi Penyakit Kritikal (Takaful Waiver Of Contribution For Critical Illness)
 
Sekiranya pemegang sijil disahkan menghidap salah satu dari 39 penyakit kritikal. pembayaran caruman bagi perlindungan asas akan dikecualikan sehingga polisi berakhir (matang). Perlindungan ini berkuatkuasa sehingga pemegang sijil berumur 80 tahun.
 
Rider ini tidak boleh diambil bersekali dengan rider yang lain.
 
2. Pengecualian Pembayaran Oleh Pembayar Bagi Kes Kematian, Cacat Kekal & Penyakit Kritikal (Takaful Payor Waiver Of Contribution: Spouse)
 
Sekiranya pembayar disahkan menghidap salah satu dari 39 penyakit kritikal, meninggal atau cacat kekal. Pemegang sijil akan terus menikmati perlindungan sedia ada sehingga polisi tamat (matang). Perlindungan ini berkuatkuasa sehingga pemegang sijil berumur 100 tahun.
 
Rider ini hanya boleh diambil sekiranya pemegang polisi adalah pasangan kepada pembayar. Rider ini tidak boleh diambil bersekali dengan rider yang lain.

3. Penyakit Kritikal (Critical Illness Cover-i)
 
Sekiranya pemegang sijil disahkan menghidap salah satu dari 39 penyakit kritikal. Pampasan minimum sebanyak RM 10,000 sehingga maksimum RM 5,000,000 di bayar kepada pemegang sijil. Perlindungan ini berkuatkuasa sehingga pemegang sijil berumur 80 tahun.
 
10% jumlah pampasan atau maksimum RM 25,000 akan diberi sekiranya pemegang sijil disahkan menghidap penyakit kritikal The First Incident Of Angioplasty atau penyakit lain yang melibatkan penyakit melibatkan saluran jantung (other invasive treatments coronary artery disease).
 
 
Sebarang pertanyaan lanjut atau untuk set temujanji untuk berjumpa, boleh hubungi saya melalui maklumat seperti di bawah. Saya sentiasa bersedia membantu anda.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan