Sabtu, 15 Mei 2021

Kenapa Perlu Saya Melabur?

Kenapa Saya Perlu Melabur?
Sumber Gambar: https://www.hmetro.com.my/bisnes/2020/01/531516/faham-konsep-pelaburan


Soalan:
Kenapa Perlu Saya Melabur Duit Simpanan Yang Ada?
 
Jawapan:
 
Sebab 1: Inflasi
 
Demi melindungi kuasa beli duit yang disimpan dari ancaman inflasi. Inflasi merompak kekayaan kita tanpa rela atau sedari.
 
Inflasi dari segi bahasa adalah kadar perubahan harga barangan dan perkhidmatan dalam tempoh masa tertentu. Ia dinilai dalam bentuk peratusan.
 
Dengan melabur duit yang disimpan, kita dapat mengatasi atau sekurang-kurangnya mengekalkan kuasa beli simpanan yang ada melalui peningkatan harga modal (aset) atau penambahan jumlah simpanan melalui dividen yang diperolehi atau kedua-duanya sekali.
 

Kenapa Perlu Saya Menyimpan?

Dinar dan Duit Syilling

Soalan:
Kenapa Perlu Saya Menyimpan Duit? 

Jawapan:
Demi memenuhi keperluan dan kehendak diri di masa hadapan yang memerlukan jumlah duit yang banyak. Jumlah duit yang tidak mampu kita dikumpulkan dalam tempoh masa yang singkat (kecuali membuat pinjaman).