Memaparkan catatan dengan label PG Mall. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PG Mall. Papar semua catatan

Rabu, 6 September 2023

Senarai Lengkap Artikel Berkaitan PG Mall

Senarai Lengkap Artikel Berkaitan PG Mall

Berikut adalah senarai ringkas artikel berkaitan dengan PG Mall. Portal membeli-belah tempatan pertama di Malaysia. Diperkenalkan oleh Public Gold sekitar tahun 2017.

Rabu, 9 Ogos 2023

Penjual (Seller) G100 Di PG Mall

PG Mall

Entri kali ini saya kongsikan senarai kedai yang ada di PG Mall milik Dealer Public Gold di bawah rangkaian PG G100 Network. Jom berbelanja disini sebagai tanda sokongan.
 
Tekan pautan dibawah sekiranya anda bukan pelanggan Public Gold atau tiada akaun PG Mall.
Daftar Akaun PG Mall

Selasa, 4 Julai 2023

Annual Recognition Night (ARN) 2022

Annual Recognition Night (ARN) 2022

Lokasi:
One World Hotel
 
Alamat:
City Centre, First Avenue,
Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya, Selangor.
 
Masa Lawatan:
6.30 pagi - 12.00 tengah hari (Sesi Pagi)
5.30 petang - 12.00 tengah malam (Sesi Petang)
 
Harga Tiket:
RM 300
 
Alamat Sesawang:
https://www.oneworldhotel.com.my/

Tarikh Lawatan:
10 Jun 2023 (Sabtu)
 
Award Recognition Night 2022. Malam meraikan kejayaan Dealer Public Gold yang mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun kewangan 2022 (April 2022 - Mac 2023).
 
Ini adalah kali ke empat saya menghadirinya. Majlis ini diadakan dalam dua sesi iaitu disebelah pagi dan petang.

Khamis, 29 Jun 2023

Testimoni Annual Recognition Night (ARN) 2022

Testimoni Annual Recognition Night (ARN) 2022

Entri kali ini saya kongsikan sebahagian himpunan dari luahan (testimoni) peserta yang telah menghadiri Annual Recognition Night (ARN) 2022 yang dipersembahkan dalam bentuk gambar oleh G100 Network selepas majlis selesai.
 
Moga perkongsian ini dapat memberi inspirasi terutama kepada Dealer Public Gold untuk mencapai kejayaan seperti yang ditetapkan bagi melayakkan diri untuk naik ke pentas menerima anugerah. Lihat kejayaan orang lain bagi membina kejayaan diri sendiri.
 
Moga perkongsian ini dapat memberi inspirasi terutama kepada Dealer Public Gold untuk mencapai kejayaan seperti yang ditetapkan bagi melayakkan diri untuk naik ke pentas menerima anugerah. Lihat kejayaan orang lain bagi membina kejayaan diri sendiri.

Sabtu, 25 Jun 2022

4 Cara Kongsikan Pautan Peribadi Di PG Mall

4 Cara Kongsikan Pautan Peribadi Di PG Mall

Tahukah Anda?
 
PG Mall mengamalkan konsep Consumerchant iaitu satu konsep perkongsian keuntungan antara Peniaga, PG Mall (Pengendali) serta Pelanggan.
 
Peniaga mendapat untung melalui hasil jualan produk. Pelanggan mendapat untung melalui pulangan tunai (cash back) dari PG Mall atas belian sendiri atau orang lain yang berdaftar di bawah rangkaian pelanggan itu sendiri. PG Mall selaku pengendali dapat untung melalui caj jualan yang dikenakan ke atas peniaga.
 
Contohnya:
Peniaga berjaya menjual satu produk di PG Mall dengan keuntungan kasar 10% dari harga kos. PG Mall mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 5% dari harga jualan tersebut. Pelanggan yang membeli produk dari peniaga tersebut akan mendapat pulangan tunai sebanyak 0.5% dari harga jualan.

Isnin, 23 Mei 2022

Raya Open House 2022

Public Gold Raya Open House 2022

Lokasi:
Menara Public Gold
 
Alamat:
249,
Jln Tun Razak, Imbi,
50100 Kuala Lumpur.
 
Waktu:
9.00 pagi - 9.00 malam
 
Tema:
Baju Raya
 
Tarikh Lawatan:
21 Mei 2022
 
Raya Open House 2022 yang dianjurkan oleh Public Gold buat kali pertama di Menara Public Gold menjadi lokasi yang dikunjungi untuk hari ini. Makan percuma punya pasal datang jugalah walaupun terpaksa menghadapi kesesakan lalulintas.

Selasa, 19 April 2022

PG Leadership Training (PLT) 2022

PG Leadership Trainning (PLT) 2022

Lokasi:
Zoom Meeting
 
Tajuk:
PG Leadership Training: Marketing Edition
PG Leadership Training: System Edition
 
Masa Seminar:
8.30 pagi - 6.00 petang (Sabtu)
 
Yuran Pendaftaran:
RM 65
 
Tarikh Seminar:
Sepanjang Tahun 2021 (Sabtu Minggu Pertama Setiap Bulan)
 
Anjuran:
G100 Network
 
Terdapat dua jenis kategori bagi PG Leadership Training (PLT) 2022 iaitu System Edition dan Marketing Edition.

Isnin, 14 Mac 2022

Testimoni Weekly Business Meeting: Tukar Perbelanjaan Jadi Pendapatan

Kemaskini pada 28/09/2022

Testimoni Weekly Business Meeting

Entri kali ini saya kongsikan sebahagian himpunan dari luahan (testimoni) pembeli PG Mall di Facebook yang dipersembahkan dalam bentuk gambar oleh G100 Network semasa dan selepas perjumpaan mingguan Dealer Public Gold. Perkongsian tentang menukar perbelanjaan jadi pendapatan hanya di PG Mall.
 
Moga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda. Jom daftar akaun PG Mall hari ini juga. Ianya percuma sahaja. Membeli sambil berjimat.
 
Jemput baca dan hayati luahan ini.

Isnin, 17 Januari 2022

Seminar Buat $ Dengan Shopping Online

 Seminar Buat $ Dengan Shopping Online

Lokasi:
Setia City Convention Center
 
Alamat:
No. 1, Jalan Setia Dagang AG U13/AG Setia Alam,
Seksyen U13,
40170 Shah Alam, Selangor
 
Waktu:
9.00 pagi - 1.30 petang
 
Harga Tiket:
RM 88
 
Tarikh Lawatan:
15 Januari 2022
 
Berkampung di sini pagi ini untuk menghadiri seminar PG Mall yang julung kali diadakan secara fizikal. Dah lama tak jumpa rakan seperjuangan serta mentor dalam Public Gold. Sudah dua tahun berlalu semenjak kali terakhir berjumpa secara fizikal sebelum PKP.
 
Sebelum mula seminar, kita sarapan dulu. Oleh kerana masa sudah suntuk ketika sampai disini. Maka terpaksalah makan secepat mungkin. Tak sempat nak bersantai menikmati sarapan ala hotel.

Ahad, 2 Januari 2022

Kebebasan Kewangan: Bagaimana Mencapainya?

Dalam Perjalanan Ke Jengka 19

Kebebasan Kewangan (Finance Freedom) secara ringkasnya bermaksud memiliki duit secukupnya untuk menampung kehidupan seharian walaupun sudah tidak bekerja lagi. Tak bekerja pun ada duit.

 
Contohnya...
 
 
Kaedah 1: Melalui Simpanan
 
Memiliki wang sebanyak RM 1.2 juta dalam akaun Tabung Haji (TH) yang menghasilkan dividen sebanyak RM 60,000 setahun (Anggaran 5%). Ini bererti akan memiliki sekurang-kurangnya RM 5,000 untuk dibelanjakan setiap bulan.
 
Formulanya:
RM 1,200,000 (Wang Tunai) x 0.05 (Dividen) / 12 (Bulan) = RM 5,000 (Pendapatan Sebulan)
 
Bagaimana Nak Mencapainya?

Rabu, 10 November 2021

Bantu Kembangkan PG Mall

Bantu Kembangkan PG Mall

Berdasarkan maklumbalas dari beberapa pelanggan berkaitan kurangnya minat untuk membeli di PG Mall. Didapati terdapat dua faktor utama iaitu:
 
Faktor 1: Barang Dan Perkhidmatan Yang Diperlukan Tiada Di PG Mall.
Faktor 2: Harga Yang Ditawarkan Lebih Mahal Dari Kedai Sebelah (Maya @ Fizikal)
 
Dahulu...
 
Tiada apa yang boleh saya katakan untuk menyelesaikan isu ini. Berharap agar PG Mall berkembangan dengan sendirinya setanding dengan portal membeli-belah yang lain di masa hadapan.
 
Sekarang...
 
Saya boleh bagi cadangan dan penyelesaian untuk dua isu utama ini.

Khamis, 22 April 2021

Anugerah PG Mall

Kemaskini pada 03/08/2024

Seminar PG Mall

Entri kali ini saya ingin kongsikan senarai pengiktirafan dan ganjaran yang boleh dimenangi oleh Dealer Public Gold (PGBO) setelah mencapai sasaran yang ditetapkan di PG Mall.
 
Pengiktirafan dan ganjaran yang diberikan oleh PG Mall bermula pada tahun kewangan baru FY2021/22 PG Mall (April 2021 - Mac 2022).
 
Pengiktirafan ini terbahagi dalam dua kategori seperti di bawah.

Rabu, 12 Ogos 2020

Wealth Card: Kenapa Anda Perlu Memilikinya

Kemaskini pada 07/08/2025


Nota:
Setiap pelanggan Public Gold diwajibkan membeli Wealth Card (0.5 gram) bernilai RM 300 sebagai salah satu syarat menjadi Dealer Public Gold (Normal atau Priority). Dealer juga wajib membelinya sekiranya bertukar status dari Normal ke Priority.
 
Syarat yang ditetapkan ini terpakai bagi pelanggan yang menjadi Dealer dengan kaedah pembelian emas atau perak mengikut jumlah yang ditetapkan (bergantung promosi semasa).

Entri kali ini saya akan kongsikan ciri-ciri istimewa yang ada pada kad ini dan sebab kenapa anda perlu memilikinya hari ini juga.

Sebelum itu, mari kita lihat ciri-ciri yang ada pada kad ini yang membezakannya dengan 0.5 gram jongkong emas Public Gold yang lain.

Sabtu, 11 April 2020

Komisen PG Mall

Kemaskini pada 10/07/2025

Cara Mudah Membuat Duit Dengan Di PG Mall

Berita baik kepada anda yang ingin membuat duit tanpa modal melalui konsep Consumerchant yang diperkenalkan oleh PG Mall. Apa itu konsep Consumerchant?

Dalam bahasa mudah ialah konsep berkongsi keuntungan antara pembeli dengan penyedia platform pembelian atas talian yang diperkenalkan oleh PG Group (Public Gold) pada tahun 2017. Ini bererti, setiap pembelian oleh diri sendiri atau orang lain yang mendaftar dibawah rangkaian anda akan diberi komisen.

Rabu, 22 Januari 2020

3 Langkah Mudah Membuat Duit Dengan PG Mall

Kemaskini pada 22/11/2020

3 Langkah Mudah Membuat Duit Dengan PG Mall

Langkah 1: Kongsikan Pautan Peribadi (Referral Link) Di Rangkaian Sosial & Komunikasi Sosial

Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah dengan mengajak kenalan anda mendaftar sebagai pengguna di PG Mall.

Bagaimana caranya? Hanya perlu berkongsi pautan peribadi (Referral Link) di rangkaian sosial dan komunikasi sosial. Kongsikan kepada mereka tentang PG Mall dan kelebihannya (Sediakan Skrip).

Contohnya seperti skrip dibawah:

Nak Duit PERCUMA?
Nak PULANGAN TUNAI (Cash Back) Setiap Kali Membeli-belah?
Nak Membeli-belah secara PERCUMA?                                                                       
Nak Membeli Dengan Harga DISKAUN?
Nak Buat Duit TANPA MODAL?
Nak Membeli Tanpa KOS PENGHANTARAN?

Jom sertai kami di PG Mall. Portal membeli-belah tempatan (lokal) atas talian pertama di Malaysia.

Mulakan Langkah PERTAMA dengan mendaftar sebagai pengguna melalui pautan dibawah:
https://pgmall.my/register?referralPgCode=mdfaiez04@yahoo.com

Pendaftaran PERCUMA sahaja. Jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Maklumat lanjut boleh tekan pautan di bawah:
https://www.mdfaiez84.com/2018/02/kelebihan-mendaftar-sebagai-pembeli-di.html

Tidak pasti apakah kelebihan PG Mall? Sila tekan pautan di bawah untuk mengetahuinya.

Tekan SINI untuk memuat turun video kaedah kongsi ‘Referral Link’ kepada orang ramai.
Tekan SINI untuk memuat turun video kaedah kongsi produk di PG Mall ke media sosial.

Isnin, 9 Disember 2019

Panduan Memulakan Langkah Pertama Sebagai Pengguna Di PG Mall

Kemaskini pada 06/09/2023

Panduan Memulakan Langkah Pertama Sebagai Pengguna Di PG Mall

Terima kasih kerana sudi mendaftar sebagai pengguna di PG Mall, portal membeli-belah atas talian tempatan pertama di Malaysia. Sudah tentu anda tertanya-tanya apakah yang istimewa dengan PG Mall ini berbanding dengan portal membeli-belah yang ada diluar sana.

Sila tekan pautan di bawah untuk mengetahui kelebihan mendaftar sebagai pembeli di PG Mall.

Tekan pautan di bawah untuk memuat turun ebook khas tentang PG Mall secara percuma.

Anda juga boleh muat turun aplikasi PG Mall di Play Store (Android), Apple Store (Pengguna Apple) atau Huawei AppGallery (Pengguna Huawei) untuk telefon pintar.
 
Play Store
Apple Store
Huawei AppGallery

Disini saya kongsikan langkah-langkah yang perlu diambil bagi memperolehi manfaat sepenuhnya di PG Mall.


Langkah 1: Sertai Kempen Untuk Memenangi Hadiah Pada Setiap Hari

Tahukah anda? Sebagai pengguna di PG Mall, anda boleh memenangi hadiah pada setiap hari melalui kempen Daily Mystery Gift Campaign.

Kempen ini boleh disertai melalui aplikasi mudah dan alamat sesawang PG Mall (Website). Ini bererti anda berpeluang memenangi hadiah minimum sebanyak 3 kali setiap hari.


Langkah 2: Kemaskini Maklumat

Sila kemaskini maklumat seperti Nama, Tarikh Lahir, Jantina, Alamat Penghantaran bagi memudahkan urusan penghantaran barangan yang dibeli di PG Mall.


Langkah 3: Pilih, Beli & Bayar

Terdapat beribu jenis barangan serta perkhidmatan tersedia untuk dipilih. Anda juga boleh membeli produk dengan harga diskaun (barangan yang terpilih) setiap hari.

Bukan itu sahaja, terdapat pelbagai saluran pembayaran tersedia untuk digunakan seperti melalui kad kredit, kemudahan FPX dan sebagainya. 

Pelbagai Cara Pembayaran Boleh Dipilih Di PG Mall

Ingin berjimat di PG Mall? Tekan pautan di bawah untuk mengetahui kaedahnya.

Nak beli secara percuma di PG Mall? Tekan pautan di bawah untuk mengetahui kaedahnya.


Langkah 4: Kongsi & Jana Pendapatan Bersama PG Mall



Di PG Mall, anda bukan sahaja dapat jimatkan kos, masa dan tenaga. Anda juga dapat menjana pendapatan pasif dengan hanya memperkenalkan (daftar akaun) kepada orang ramai portal membeli-belah PG Mall. Setiap pembelian untuk diri sendiri atau orang lain, PG Mall akan memberi komisen sebanyak 0.5 sehingga 3.5 peratus bergantung kepada status.

Tekan pautan dibawah untuk mendapatkan maklumat lanjut bagaimana membuat duit tanpa modal di PG Mall.


Langkah 5: Menyertai Kumpulan Public Gold Di Media Sosial
 
Di sini saya sertakan kumpulan media sosial yang anda boleh sertai sebagai pelanggan bagi mengetahui promosi terkini PG Mall.
 
Facebook Page
PG Gold Museum
PG Jewel
 
Telegram

PG Mall Official
Aurora Italia Official
PG Jewel Official
PG Gold Museum Official


Selamat membeli-belah. Nikmati keseronokkan berbelanja di PG Mall.


Yang menulis,
 
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold

Sabtu, 17 Ogos 2019

Tips Membeli-Belah Secara 'Percuma' Di PG Mall

Kemaskini pada 30/07/2025
Tips Membeli-Belah Secara 'Percuma' Di PG Mall

Entri kali ini saya kongsikan kepada anda bagaimana nak membeli-belah di PG Mall secara percuma. Ya secara PERCUMA tanpa perlu mengeluarkan satu sen pun duit. Rahsianya adalah dengan menggunakan duit yang ada dalam C-Wallet semasa membuat pembayaran di PG Mall. Itu sahaja rahsianya.
 
C-Wallet secara ringkasnya adalah ganjaran tunai yang diberi oleh Public Gold kepada semua pelanggan (mengikut syarat dan terma semasa) untuk membeli pelbagai jenis produk yang ada di PG Mall.
 
Untuk pengetahuan anda, pembelian menggunakan C-Wallet boleh digunakan untuk semua jenis produk yang ada di PG Mall kecuali logam berharga (emas, perak dan barang kemas), insurans kereta, tambah nilai, bayar bil serta semua jenis kupon secara maya.
 
Persoalannya sekarang, bagaimana hendak mendapatkan duit dalam C-Wallet itu percuma? Berikut adalah cara untuk memperolehinya:

Jumaat, 21 Jun 2019

Kelebihan Membeli Barang Kemas Di PG Mall

Kemaskini pada 18/06/2022

Kelebihan Membeli Barang Kemas Di PG Mall

Entri kali ini saya kongsikan kelebihan membeli barang kemas secara atas talian di PG Mall.
 
 
1. Harga Yang Berpatutan
 
PG Mall memberi jaminan bahawa harga yang dijual adalah antara yang termurah dipasaran. Ini kerana semua barang kemas yang dijual diperolehi secara terus dari kilang tanpa melibatkan orang tengah. Ini secara tidak langsung dapat menjimatkan kos ditambah pula PG Mall tidak perlu menanggung kos tambahan lain seperti sewa bulanan, bil air dan elektrik, upah pegawai keselamatan dan sebagainya tidak seperti kedai emas yang lain.
 
 
2. Percuma Kos Penghantaran
 
Pihak PG Mall berbesar hati bersetuju menanggung segala kos penghantaran barang kemas termasuk insuran ke seluruh Malaysia. Ini bererti anda tidak perlu membayar kos tambahan semasa membeli barang kemas secara atas talian.
 
Nota:
Penghantaran Percuma hanya akan diperolehi dengan memasukkan kod kupon (sekiranya ada) ketika proses pembayaran dilakukan.
 
 
3. Penghantaran Dilindungi Insurans
 
Setiap barang kemas yang di pos dilindungi insuran sehingga RM 5,000 bagi setiap produk emas yang dibeli. Ini bererti sekiranya barang tersebut gagal sampai di tangan pembeli, pihak PG Mall akan mengantikannya dengan barang yang sama atau setara nilainya. Oleh itu, anda tidak perlu risau ditipu atau barang yang dibeli tidak sampai ditangan.
 
 
4. Komisen Pembelian
Berita baik untuk anda. Bagi setiap pembelian barang kemas di PG Mall, anda akan menerima komisen secara tunai 0.5% sehingga 2.0% dari harga barang yang dibeli (bergantung kepada status pelanggan)
 
Komisen tersebut akan dikredit terus ke dalam c-wallet setiap 25 haribulan pada bulan hadapan. Beli bulan Mei, komisen masuk bulan Jun. Anda bukan sahaja dapat berjimat membeli barang kemas, bahkan anda boleh menjana pendapatan hasil pembelian orang lain yang berdaftar dibawah nama anda.
 
Entri Berkaitan:
Kelebihan Mendaftar Sebagai Pembeli Di PG Mall
 
 
5. Pelbagai Pilihan Tersedia
 
Terdapat lebih dari 600 reka bentuk tersedia untuk dipilih merangkumi semua jenis barang kemas yang ada (gelang, cincin, anting-anting dan rantai) merangkumi pelbagai lapis umur. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah pilih mana yang berkenan dihati, bayar melalui pelbagai saluran yang tersedia dan tunggu dengan setia dihadapan pintu rumah. Semudah itu sahaja.

Tekan pautan di bawah untuk melihat koleksi barang kemas terkini di PG Mall.


Masih belum berdaftar dengan PG Mall? Daftar DISINI


Yang menulis,
 
 
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold

Jumaat, 14 September 2018

Daily Mystery Gift Campaign

Kemaskini pada 17/02/2023

Daily Mystery Gift Campaign

Ingin memenangi hadiah secara percuma setiap hari? Sertailah kempen ‘Daily Mystery Gift Campaign’ hanya di PG Mall. Terbuka kepada semua pelanggan baru atau sedia ada.

Untuk mengetahuan anda, Setiap hadiah hanya boleh ditebus pada hari yang sama sahaja. Hadiah yang tidak ditebus akan dilupuskan.

Mari kita lihat apakah hadiah yang anda berpeluang untuk memenangi pada setiap hari:

1. Baucer Tunai (Di Kredit Terus Ke C-Wallet)
2. Kupon Diskaun (Khas Untuk Barang Terpilih)

3. Tidak Menang Apa-Apa (Cuba Lagi)


Untuk pengetahuan anda, hadiah diberi secara rawak pada setiap hari.

Kempen ini terbahagi kepada dua kategori iaitu:

Jumaat, 10 Ogos 2018

Tips & Panduan Berjimat Hanya Di PG Mall

Kemaskini pada 22/11/2020

Tips & Panduan Berjimat Hanya Di PG Mall

Artikel kali ini saya kongsikan kaedah untuk berjimat semasa membeli barang secara atas talian hanya di PG Mall.

Formulanya adalah seperti berikut:

[Harga Barang] + [Pos Berdaftar][Baucer Diskaun][Baucer Tunai] = [Harga Belian]

Sekarang mari kita lihat dengan terperinci contoh penjimatan yang boleh diperolehi menggunakan formula diatas.