Sabtu, 17 Ogos 2019

Tips Membeli-Belah Secara 'Percuma' Di PG Mall

Kemaskini pada 30/07/2025
Tips Membeli-Belah Secara 'Percuma' Di PG Mall

Entri kali ini saya kongsikan kepada anda bagaimana nak membeli-belah di PG Mall secara percuma. Ya secara PERCUMA tanpa perlu mengeluarkan satu sen pun duit. Rahsianya adalah dengan menggunakan duit yang ada dalam C-Wallet semasa membuat pembayaran di PG Mall. Itu sahaja rahsianya.
 
C-Wallet secara ringkasnya adalah ganjaran tunai yang diberi oleh Public Gold kepada semua pelanggan (mengikut syarat dan terma semasa) untuk membeli pelbagai jenis produk yang ada di PG Mall.
 
Untuk pengetahuan anda, pembelian menggunakan C-Wallet boleh digunakan untuk semua jenis produk yang ada di PG Mall kecuali logam berharga (emas, perak dan barang kemas), insurans kereta, tambah nilai, bayar bil serta semua jenis kupon secara maya.
 
Persoalannya sekarang, bagaimana hendak mendapatkan duit dalam C-Wallet itu percuma? Berikut adalah cara untuk memperolehinya:


1. Datang Ke G100 Talk Show (Atas Talian)/ Seminar Kaya Dengan Emas

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah dengan meluangkan masa menghadiri seminar Kaya Dengan Emas yang dianjurkan oleh G100 di cawangan Public Gold terdekat atau di lokasi yang ditentukan kemudian. Masuk adalah percuma. Dengan menghadirkan diri sahaja, anda berpeluang memenangi hadiah tunai dalam cabutan bertuah yang akan dikredit terus ke C-Wallet.
 
Tahukah anda, dengan membeli sebarang produk Public Gold semasa seminar berlangsung. Anda layak menyertai cabutan bertuah khas bagi para pembeli sahaja. Dengan erti kata lain, anda mendapat dua kali peluang memenangi duit dalam C-Wallet sebagai seorang peserta dan juga pembeli.

Datang Sahaja Pun Boleh Menang C-Wallet RM 20

Nota:
1. Bermula April 2022, seminar Public Gold dilakukan atas talian (FB Live) di FB Page Public Gold International Bhd atau secara fizikal di cawangan terpilih (ikut tarikh ditetapkan)Anda juga boleh menghadiri G100 Talk Show di Youtube Channel Public Gold by G100 Network.
2. Ganjaran tunai C-Wallet tidak semestinya ada pada setiap seminar sama ada secara fizikal atau atas talian. Bergantung kepada pihak penganjur.


2. Menghadiri Aktiviti Yang Dianjurkan Oleh Public Gold

Tiada masa menghadiri Branch Weekly Meeting (BWM)? Jangan risau, anda masih boleh memenangi hadiah berupa C-Wallet dalam cabutan bertuah dengan hanya mengeluarkan sedikit belanja menghadiri aktiviti lain yang dianjurkan oleh Public Gold seperti berikut:


Nota:
Bermula tahun 2022, tiada lagi cabutan bertuah dilakukan ketika majlis berlangsung atas kekangan masa. 


3. Sertai Kempen Yang Dijalankan Di PG Mall

Tiada masa menghadiri sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh Public Gold? Jangan risau, Anda masih boleh memenangi hadiah berupa C-Wallet setiap hari secara percuma di PG Mall dengan hanya menyertai kempen ‘Shake The World’ bagi yang log masuk melalui aplikasi (dua kali sehari) dan ‘What In The Box’ bagi yang log masuk melalui alamat sesawang (sekali sehari).
 
Terdapat dua jenis hadiah yang boleh dimenangi setiap hari iaitu Kupon Tunai (dikredit terus ke C-Wallet) atau Kupon Diskaun. Pemberian hadiah adalah secara rawak (ditentukan oleh sistem)
 
Maklumat lanjut berkaitan kempen ini boleh diperolehi dengan hanya menekan pautan dibawah.

Hadiah C-Wallet RM 0.30 Yang Diperolehi Dari Shake The World Kempen Shake The World

Hadiah C-Wallet RM 0.30 Yang Diperolehi Dari Kempen “Whats In The Box”

Anda juga boleh memenangi hadiah wang tunai yang dikredit terus ke C-Wallet dengan menyertai kempen seperti berikut:
 
1. PG Mall Monthly Reward & Recognition
2. PG Mall Monthly Top Producers
3. PG Mall Top KOL Challenge
4. PG Mall Shopper SIP: Q-Bonus
 
Entri Berkaitan:


4# Memberi Maklumbalas
 
Setiap maklumbalas yang diberi (lebih dari 50 patah perkataan atau aksara) serta muat naik sekurang-kurangnya satu gambar akan diberi ganjaran tunai sebanyak RM 0.10 yang dikredit terus ke C-Wallet. Selepas pelanggan menerima produk yang dipesan (dibeli) dari PG Mall.
 
Ganjaran terhad bagi pelanggan yang memberi maklumbalas (berkaitan produk atau penghantaran) melalui alamat sesawang PG Mall.

Berikan Maklumbalas Serta Muat Naik Sekurang-Kurangnya Satu Gambar Produk Tersebut

Ganjaran Yang Diterima Selepas Maklumbalas Diberi


5. Menjadi Dealer Public Gold

Setiap komisen yang diperolehi oleh Dealer Public Gold bagi RM 100 serta sen pertama akan dikreditkan secara terus ke dalam C-Wallet pada setiap 20 haribulan pada bulan seterusnya.
 
Anda bukan Dealer? Jangan risau, dengan mendaftar sebagai pengguna di PG Mall, anda masih boleh memperolehi komisen dengan hanya berkongsikan pautan kepada kenalan. Dengan syarat kenalan tersebut membeli-belah di PG Mall.
 
Setiap pembelian diri sendiri atau kenalan di PG Mall, anda akan dibayar dalam bentuk komisen di C-Wallet pada setiap 25 haribulan pada bulan seterusnya. Anda tidak perlu menjadi Dealer Public Gold semata-mata ingin mendapat komisen di PG Mall.

Insentif Dealer Yang Di Kreditkan Setiap 20 Haribulan (Dibawah RM 100)

Dealer Public Gold juga boleh memperolehi ganjaran tunai yang dikredit terus ke C-Wallet apabila mencapai kejayaan seperti berikut:
 
1. 365 Club dan ke atas
2. Quarterly Top Producer Rewards


6# Hadiah Dari Orang Lain

Anda juga boleh memperolehi duit di C-Wallet dengan syarat ada pelanggan lain bermurah hati menghadiahkannya (beli dan pindahkan secara tunai). Kerana kini Public Gold telah menyediakan kemudahan untuk tambah nilai di C-Wallet untuk akaun sendiri atau orang lain.


Beginilah cara untuk memperolehi duit di C-Wallet tanpa mengeluarkan duit sendiri. Berminat? Masih Belum Daftar? Tekan DI SINI untuk pendaftaran secara PERCUMA.


Yang menulis,
 
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold

Tiada ulasan:

Catat Ulasan