Khamis, 29 Ogos 2019

Atmosphere 360 Revolving Restaurant @ Menara KL

Atmosphere 360 Revolving Restaurant @ Menara KL

Lokasi:
Atmosphere 360 Revolving Restaurant @ Menara KL

Alamat:
Menara Kuala Lumpur
2, Jalan Puncak,
50250 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
11.30 pagi - 1.00 petang (Sesi I)

Harga Tiket:
RM 135 (Seorang)
RM 25 (Duduk Tepi Tingkap)

Alamat Sesawang:
http://atmosphere360.com.my/

Tarikh Lawatan:
18 Ogos 2019

Atmosphere 360 Revolving Restaurant @ Menara KL menjadi lokasi persinggahan untuk makan tengah hari selepas meluangkan masa bersiar-siar di Pelantar Pemerhati (Observation Deck) @ Menara KL sementara menunggu pukul 11.30 pagi.

Pada asalnya kami ingin makan malam disini tetapi disebabkan harganya yang terlalu mahal (dua kali ganda berbanding makan tengah hari) menyebabkan terpaksa memilih untuk makan tengah hari sahaja sempena menyambut ulangtahun pertama perkahwinan.

18/08/2019: Bila Jerebu Melanda Kuala Lumpur
18/08/2019: Melihat ‘Tanah Jajahanku’
18/08/2019: Tak Besar Pun Restoran Ini
18/08/2019: Berdua Sahaja Hari Ini
18/08/2019: Kena Beratur Ambil Makanan
18/08/2019: Hidangan Pertama Untuk Hari Ini
18/08/2019: Hidangkan Kedua
18/08/2019: Nak Rasa Semua Punya Pasal, Kena Ambil Sikit-Sikit
18/08/2019: Mencuba Setiap Jenis Pencuci Mulut Yang Ada



18/08/2019: Berehat Sebentar Bersama Teh Susu
18/08/2019: KLCC Di Depan Mata
18/08/2019: Tengok Apa Yang Menarik Lagi Untuk Di Makan
18/08/2019: Makanan Laut 
18/08/2019: Pencuci Mulut Sebagai Penutup Untuk Hari Ini
18/08/2019: Hidangan Istimewa Dari Atmosphere 360
18/08/2019: Tak Sanggup Nak Makanan
18/08/2019: Hidup Ini Perlu Dinikmati Sebaiknya
18/08/2019: Kenangan Terindah
18/08/2019: Mari Lihat Makanan Apa Yang Ada Disini
18/08/2019: Bahagian Pencuci Mulut
18/08/2019: Tak Dan Nak Rasa Semua Makanan Yang Ada
18/08/2019: Bahagian Utama
18/08/2019: Caj RM 25 Dikenakan Sekadar Ingin Duduk Tepi Tingkap
Selain menikmati makanan bertaraf lima bintang, kami juga dapat merasai pengalaman baru makan di restoran yang bergerak mengikut kelajuan bumi berputar (ikut arah jam). Ini memberi peluang semua pengunjung menikmati keseluruhan permandangan Kuala Lumpur sepanjang waktu.

Hanya sedikit terkilan masa yang diberikan (90 minit) amatlah terhad untuk menikmatinya semua makanan yang tersedia. Ke lokasi seterusnya, Atmosphere 360 Revolving Restaurant @ Menara KL.

Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan