Rabu, 30 Ogos 2017

Taman Tasik Shah Alam

Taman Tasik Shah Alam

Lokasi:
Taman Tasik Shah Alam

Alamat:
Seksyen 14, Persiaran Tasek,
40000 Shah Alam,
Selangor.

Waktu Operasi:
6.00 Pagi - 8.00 Malam (Setiap Hari)

Harga Tiket:
RM 15 (Canoe)
Kayak
RM 10 (Single)
RM 20 (Double)
Paddle Boat
RM 30
RM 50 (Family)
Cruise Boat
RM 10 (Dewasa)
RM 6 (Kanak-Kanak)

Alamat Sesawang:
http://www.mbsa.gov.my/ms-my/infoshahalam/tamanrekreasi/Halaman/taman_tasik.aspx

Tarikh Lawatan:
12 Oktober 2016 (Kali Ke-1)
30 Julai 2017 (Kali Ke-2)
05 Julai 2020 (Kali Ke-3)
04 September 2022 (Kali Ke-4)

Lawatan ke Shah Alam bermula dengan melawat Tasik ditengah-tengah bandaraya Shah Alam, Terdapat beberapa tasik disini iaitu Taman Tasik Shah Alam, Taman Rekreasi Indah, Taman Rekreasi Raja Lumu dan Taman Rekreasi Permai. Disini juga terletak Galeri Shah Alam dan Wet World Water Park Shah Alam.

Bagi lawatan kali kedua, Taman Tasik Shah Alam menjadi lokasi persinggahan terakhir selepas melawat Taman Awam Seksyen 10.

Taman Tasik Shah Alam menjadi lokasi persinggahan pertama bagi lawatan kali ketiga dan tunggal bagi lawatan kalu keempat.

Hutan Pendidikan Bukit Gasing

Hutan Pendidikan Bukit Gasing

Lokasi:
Hutan Pendidikan Bukit Gasing

Aktiviti:
Mendaki

Alamat:
Bukit Gasing
46000 Petaling Jaya,
Selangor.

Waktu Operasi:
8.30 - 11.00 pagi

Taraf Kesukaran:
Mudah ke Sederhana

Tarikh Lawatan:
8 Oktober 2016 (Kali Ke-1)
19 Mac 2017 (Kali Ke-2)


Hutan Pendidikan Bukit Gasing menjadi lokasi pertama siri pendakian soloku (untuk kali 1) selepas sesi lawatan ke muzium, galeri dan taman selesai dilakukan (walaupun masih ada banyak tempat belum dilawati) sekitar Lembah Klang. 

Terletak bersempadan antara Kuala Lumpur dan Selangor, terdapat dua taman yang berbeza dalam satu bukit iaitu Bukit Gasing disebelah Selangor dan Taman Rimba Bukit Kerinchi disebelah Kuala Lumpur.

Kaedah Membeli Emas Public Gold

Kemaskini pada 18/05/2023

Kaedah Membeli Emas Jenama Public Gold

Kaedah 1: Beli Terus Di Cawangan Public Gold

Datang terus ke cawangan Public Gold yang terdekat dengan anda. Pilih produk yang tersedia. Bayar dan bawa pulang emas tersebut.

Anda boleh memilih untuk membuat pembayaran menggunakan kad kredit, kad debit, permindahan melalui bank (transfer online) atau secara tunai (terhad kepada RM 3,000 sehari atas sebab keselamatan).

Masa beli, maklum nama saya ‘Mohd Faiz bin Abdul Manan PG00092879’ sebagai Introducer anda untuk bimbingan selanjutnya berkaitan Pelaburan Emas.

Sila tekan pautan dibawah untuk melihat senarai cawangan Public Gold yang ada.

Muzium Diraja

Muzium Diraja

Lokasi:
Muzium Diraja

Alamat:
Jalan Perdana, Tasik Perdana,
50480 Kuala Lumpur

Waktu Operasi:
9.00 pagi – 5.00 petang (Setiap Hari)
Tutup (Hari Raya Aidilfitri & Aidiladha)

Alamat Sesawang:

Harga Tiket:

Warganegara
RM 5.00 (Dewasa)
RM 2.00 (Kanak-Kanak)
RM 3.00 (Warga Emas)
RM 3.00 (Orang Kelainan Upaya (OKU))
RM 2.00 (Pelajar Sekolah Beruniform)
RM 3.00 (Pelajar Sekolah Tidak Beruniform & 13-17 Tahun)
Percuma (Kanak-Kanak 5 Tahun Ke Bawah)

Bukan Warganegara

RM 10.00 (Dewasa)
RM 5.00 (Kanak-kanak)
Percuma (Kanak-Kanak 5 Tahun Ke Bawah)

Tarikh Lawatan:
16 Julai 2016 (Kali Ke-1)

Perjalanan seterusnya adalah dari Planetarium Negara menuju ke Muzium Diraja. Disini kita dapat melihat kediaman rasmi diraja dengan lebih dekat merangkumi bilik beradu, dapur diraja, ruang tamu, ruang makan, dewan dan lain-lain.

Galeria Sri Perdana

Galeria Sri Perdana

Lokasi:
Galeria Sri Perdana

Alamat:
Jalan Terengganu,
Jalan Damansara,
50480 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
10.00 pagi – 5.30 petang (Setiap Hari Kecuali Jumaat)

10.00 pagi – 12.00 petang & 3.00 petang - 5:30 petang (Jumaat)
Tutup (Isnin Kecuali Cuti Umum & Cuti Sekolah)

Harga Tiket:
Percuma

Tarikh Lawatan:
16 Julai 2016 (Kali Ke-1)

Galeri Sri Perdana menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas mengunjungi Muzium Diraja.

Tidak lengkap rasanya sekiranya tidak melawat Galeria Sri Perdana setelah melawat Memorial Tunku Abdul Rahman dan Memorial Tun Abd Razak. Hanya Memorial Tun Hussein Onn sahaja tidak dapat dilawati atas sebab masih dalam proses pengubahsuaian.

Selasa, 29 Ogos 2017

Muzium Coklat

Muzium Coklat

Lokasi:
Muzium Coklat

Alamat:
No.2, Jalan Teknologi 3/5,
Taman Sains Selangor 1,
47810 Kota Damansara, Selangor

Waktu Operasi:
10.00 pagi - 5.00 petang (Setiap Hari)

Alamat Sesawang:
http://chocolatemuseum.my/

Tiket:
Percuma

Tarikh Lawatan:
04 September 2016 (Kali Ke-1)
03 Februari 2018 (Kali Ke-2)

Kembara diteruskan dengan melawat Muzium Coklat yang terletak di Kota Damansara selepas berjalan di Ara Damansara Park. Disini kita boleh melihat sejarah ringkas berkaitan coklat di Malaysia.

Bagi lawatan kali kedua, Muzium Coklat menjadi lokasi seterusnya yang dilawati pada hari ini selepas mengunjungi Taman Wawasan Putrajaya.

Planetarium Negara

Planetarium Negara

Lokasi:
Planetarium Negara

Alamat:
Jalan Perdana, 
Tasik Perdana,
50480 Kuala Lumpur

Waktu Operasi:
10.00 pagi – 5.00 petang (Setiap Hari)

Alamat Sesawang:
http://www.planetariumnegara.gov.my

Harga Tiket (Tayangan Planetarium):
Warganegara
RM 6 (Dewasa)
RM 4 (Kanak-Kanak)

Bukan Warganegara
RM 12 (Dewasa)
RM 8 (Kanak-Kanak)

Tarikh Lawatan:
16 Julai 2016 (Kali Ke-1)
5 November 2016 (Kali Ke-2)
12 Disember 2016 (Kali Ke-3)
21 Oktober 2018 (Kali Ke-4)

Lawatan kali pertama hanya melibatkan dua lokasi iaitu Tayangan Planetarium dan Menara Peninjau. Pameran tidak dapat dilawati kerana masih dalam proses pengubahsuaian dan dijangka selesai menjelang bulan Ogos 2016. 

Bagi lawatan kali kedua, Planetarium Negara menjadi lokasi persinggahan selepas bersenam di Tasik Universiti Malaya. Manakala bagi lawatan kali ketiga, lokasi ini menjadi sasaran seterusnya selepas meluangkan masa di Tunku Abdul Rahman Putra Memorial.

Planetarium Negara menjadi lokasi pertama yang dilawati bagi lawatan kali keempat.

Pustaka Peringatan P. Ramlee

Pustaka Peringatan P. Ramlee

Lokasi:
Pustaka Peringatan P. Ramlee

Alamat:
Jalan Perdana, Tasik Perdana,
50480 Kuala Lumpur

Waktu Operasi:
10.00 pagi – 5.00 petang (Selasa-Ahad)
10.00 pagi - 12.00 petang & 3.00 petang - 5.00 petang (Jumaat)
Tutup (Isnin Kecuali Cuti Sekolah & Cuti Umum)

Harga Tiket:
Percuma

Tarikh Lawatan:
16 Julai 2016 (Kali Ke-1)
26 Ogos 2017 (Kali Ke-2)

Pustaka Peringatan P. Ramlee menjadi lokasi terakhir yang dilawati selepas Galeria Sri Perdana (lawatan kali pertama) dan Muzium Negara (Lawatan Kali kedua). Lokasi ini dipilih kerana ia satu jalan untuk pulang ke rumah.

Isnin, 28 Ogos 2017

Central Park @ Parkcity

Central Park @ Parkcity
Sumber: Yahoo Image
Lokasi:
Central Park @ Parkcity

Alamat:
Persiaran Residen,
Desa ParkCity,
52200 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
6.00 Pagi – 11.00 Malam (Setiap Hari)

Alamat Sesawang:
http://desaparkcity.com/

Tarikh Lawatan:
21 Ogos 2016 (Kali Ke-1)
27 Ogos 2017 (Kali Ke-2)

Desa Parkcity, terletak berdekatan dengan Taman Tasik Menjalara. Antara kawasan elit di Kuala Lumpur. Berdekatan dengan taman ini terletaknya kompleks membeli-belah TheWaterfront @ Parkcity.

Taman Tasik Menjalara

Taman Tasik Menjalara

Lokasi:
Taman Tasik Menjalara

Alamat:
Jalan 1/62A,
Bandar Menjalara
Kuala Lumpur

Waktu Operasi:
6.00 pagi – 8.00 malam (Setiap Hari)

Alamat Sesawang:
Tiada

Tarikh Lawatan:
21 Ogos 2016 (Kali Ke-1)
27 Ogos 2017 (Kali Ke-2)

Lokasi pertama lawatan hari ini (21/08/2016) bermula di waktu petang adalah ke Taman Tasik Menjalara yang terletak di Bandar Menjalara. Perjalanan mengambil masa antara 20-30 minit dari rumah melalui MRR2.

Bagi lawatan kali kedua, lokasi ini juga menjadi destinasi persinggahan pertama untuk hari ini (27/08/2017).


Taman Tasik Permaisuri

Taman Tasik Permaisuri

Lokasi:
Taman Tasik Permaisuri

Alamat:
Jalan Tasik Permaisuri 2,
Bandar Tun Razak,
56000 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
6.00 pagi – 8.00 malam (Setiap Hari)

Tarikh Lawatan:
13 Ogos 2016 (Kali Ke-1)
20 Ogos 2017 (Kali Ke-2)

Lokasi seterusnya adalah Taman Tasik Permaisuri, terletak berdekatan dengan Taman Rekreasi Pudu Ulu

Sabtu, 26 Ogos 2017

Taman Tasik Sri Gombak

Taman Tasik Sri Gombak

Lokasi:
Taman Tasik Seri Gombak

Alamat:
Taman Seri Gombak,
68100 Batu Caves, Selangor.

Masa Lawatan:
6.00 Pagi – 8.00 Malam (Setiap Hari)

Tarikh Lawatan:
5 Ogos 2016 (Kali Ke-1)
6 Disembar 2016 (Kali Ke-2)
23 September 2018 (Kali Ke-3)

Taman Tasik Seri Gombak menjadi destinasi tunggal yang dituju pada lawatan kali pertama dan kedua. Ia antara taman yang unik kerana memiliki laluan yang bertingkat-tingkat. 

Taman Tasik Seri Gombak juga menjadi lokasi terakhir yang sempat dilawati selepas menyertai larian 2XU Compression Run 2018 pada sebelah pagi.

Taman Rekreasi Pudu Hulu


Lokasi:
Taman Rekreasi Pudu Hulu

Alamat:
Jalan 1/91 (Jalan Pudu Ulu),
56100 Cheras,
Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
6.00 Pagi – 8.00 Malam (Setiap Hari)

Tarikh Lawatan:
13 Ogos 2016 (Kali Ke-1)
20 Ogos 2017 (Kali Ke-2)

Pertama kali menjejak kaki disini (13/08/2016) saya dapati sebahagian besar dari kawasan Taman Rekreasi Pudu Hulu ditutup bagi memberi laluan untuk projek menaik taraf kemudahan yang ada disini.

Selepas lebih setahun berlalu, hari ini (20/08/2017) baru berpeluang untuk melawat kembali taman ini selepas mengunjungi Taman Tasik Permaisuri. Kelihatan sungguh cantik sekali taman ini selepas proses naik taraf selesai dilakukan. Disini juga menjadi lokasi bagi acara petanque pada temasya Sukan Sea Ke-29.


Jumaat, 25 Ogos 2017

Taman Tasik Datuk Keramat


Taman Tasik Datuk Keramat

Lokasi:
Taman Tasik Datuk Keramat

Alamat:
Jalan Jelatek
54000 Kuala Lumpur

Waktu Operasi:
6.00 Pagi - 8.00 Malam (Setiap Hari)

Tarikh Lawatan:
1 Ogos 2016 (Kali Ke-1)
27 Ogos 2017 (Kali Ke-2)
05 Mac 2024 (Kali Ke-3)
 
Taman Tasik Datuk Keramat menjadi lokasi tunggal yang dikunjungi pada lawatan kali pertama dan ketiga. 

Bagi lawatan kali kedua, Taman Tasik Datuk Keramat menjadi tempat persinggahan seterusnya selepas melawat The Waterfront @ Parkcity.

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia

Sumber: Yahoo Image
Lokasi:
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia

Alamat:
Seksyen 63, Jalan Conlay,
50450 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
9.00 pagi - 5.30 petang (Setiap Hari)
Tutup:
Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha

Alamat Sesawang:

Harga Tiket (Muzium Kraf):
RM 3 (Dewasa)
RM 1 (Kanak-Kanak)

Tarikh Lawatan:
31 Julai 2016 (Kali Ke-1)
26 Ogos 2017 (Kali Ke-2)

Lawatan kali pertama dan kedua bermula dengan melawat Muzium Kraf yang terletak di dalam Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Sambil-sambil itu kita melawat sekitar kompleks selain daripada melihat barangan jualan hasil kraftangan.

Dataran Merdeka

Dataran Merdeka

Lokasi:
Dataran Merdeka

Alamat:
Jalan Raja,
57000 Kuala Lumpur

Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan

Tarikh Lawatan:
30 Julai 2016 (Kali Ke-1)
26 Ogos 2017 (Kali Ke-2)

Dataran Merdeka menjadi tempat persinggahan selepas melawat Muzium Tekstil Negara sebelum menamatkan perjalanan pada hari ini. 

Bagi lawatan kali kedua, Dataran Merdeka menjadi tempat persinggahan selepas melawat Rumah Penghulu Abu Seman.


Khamis, 24 Ogos 2017

Muzium Tekstil Negara

Muzium Tekstil Negara

Lokasi:
Muzium Tekstil Negara

Alamat:
26 Jalan Sultan Hishamuddin
50050 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
9.00 pagi – 6.00 petang (Isnin – Ahad)
Tutup:
Hari Raya Aidilfiri & Hari Raya Aidiladha

Alamat Sesawang:

Harga Tiket:
Percuma

Tarikh Lawatan:
30 Julai 2016 (Kali Ke-1)
26 Ogos 2017 (Kali Ke-2)

Perjalanan diteruskan dengan melawat Muzium Tekstil Negara dari Muzium Muzik Malaysia. Disini saya dapat melungsuri sejarah tekstil negara. Turut dipamerkan peralatan, bahan-bahan dan teknik pembuatan tekstil.

Bagi lawatan kali kedua, Muzium ini menjadi lokasi persinggahan selepas melawat Dataran Merdeka