Rabu, 16 Ogos 2017

Kelebihan Menyimpan Emas Fizikal (Simpanan Emas)

*Dikemaskini pada 22/10/2018

Kelebihan Menyimpan Emas Fizikal (Simpanan Emas)
Sumber: Google Image
Artikel kali ini bercerita tentang kelebihan yang diperolehi apabila menyimpan emas fizikal. Berikut adalah senarai kelebihan memiliki emas fizikal:


  1. Penyimpan nilai yang paling ampuh dalam sejarah manusia (kalis inflasi)
Salah satu fakta menarik tentang emas ialah keupayaan untuk mengekalkan kuasa beli dalam jangka masa yang panjang. Sebagai contoh, 1 dinar emas masih mampu membeli seekor kambing sejak lebih 1400 tahun yang lalu.



Ini dapat dilihat di dalam hadis Nabi.

Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada Urwah yang bermaksud:

 “(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepada ku satu dinar dan berkata: “Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untuk ku seekor kambing.” Aku pun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar.

Kemudian aku membawa kedua-dua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripada ku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milik mu.”

Rasulullah bertanya: Bagaimanakah kamu melakukannya? Aku pun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.


Nota: Ketika zaman Rasulullah SAW 1400 tahun yang lalu, harga seekor kambing ialah 1 dinar emas (dinar merujuk kepada syiling emas seberat 4.25gram)

  1. Mudah untuk mendapatkan pinjaman segera (melalui gadaian)
Hanya perlu bawa emas fizikal (jongkong, syiling dan barang kemas) sebagai pajakan di mana-mana kedai Ar-Rahnu (pajak gadai islam) untuk mendapatkan pinjaman segera. Proses mendapatkan pinjaman hanyalah mengambil masa sekitar 20-30 minit sahaja sekiranya tiada masalah berbangkit. Anda hanya perlu membayar kos simpanan sahaja dalam tempoh pajakan. Emas yang dipajak boleh ditebus semula pada bila-bila masa sepanjang tempoh pajakan dengan cara memulangkan semula wang yang telah dipinjam.

  1. Mudah dijual
Emas adalah aset yang mudah dicairkan. Tidak seperti wang kertas yang hanya sah digunakan di negara asal atau negara yang tertentu, emas mudah dijual dimana-mana diseluruh dunia menjadikan sebagai aset pilihan sebagai dana kecemasan terutama apabila melancong ke luar negara.

  1. Aset mudah alih

Saiz Emas 0.5 gram


Emas adalah aset yang mudah alih kerana rupanya yang kecil. Jongkong emas 1 gram (sarung penyimpan emas) boleh diperolehi dalam saiz yang sama seperti saiz kad pengenalan. Ia memudahkan kita untuk membawanya ke mana-mana pada bila-bila masa.

  1. Aset fizikal mampu milik
Tidak seperti hartanah yang perlu dibeli dalam bentuk sebuah unit, emas boleh dibeli sedikit demi sedikit bermula serendah 0.5 gram sehingga seberat 1 kg.

  1. Kekayaan ditangan kita
Memiliki emas fizikal menjadikan kekayaan berada ditangan kita. Emas adalah salah satu aset pilihan orang kaya untuk mengekalkan kekayaan yang ada untuk jangka masa yang panjang. Kerana emas adalah menyimpan nilai yang terbaik.

  1. Tiada siapa yang tahu (aset kewangan yang tiada rekod dalam sistem kewangan)
Emas adalah satu-satunya aset yang tiada dalam sistem kewangan dan tidak dikawalselia oleh Bank Negara. Tiada siapa yang tahu berapa banyak emas yang kita miliki selain daripada kita sendiri.

  1. Aset tidak mudah dimusnahkan (tidak mudah rosak walaupun ditanam, dibakar dan direndam)
Sifat emas tidak dapat dimusnahkan oleh ejen perosak seperti udara, air dan api membolehka ia berupaya kekal dalam bentuk asal walaupun ditanam, dibakar, dan terpendam dalam air untuk bertahun-tahun lamanya.

  1. Aset paling tiada risiko
Emas menjadi aset yang paling tiada risiko kerana ia boleh disimpan dalam jangka masa yang lama tanpa risau akan rosak. Emas juga sentiasa berharga walaupun dalam keadaan apa sekali pun (cecair, serbuk dan sebagainya).

Berminat Mengetahui Lebih Lanjut Tentang Pelaburan Emas? Tekan Pautan Di Bawah:
Senarai Ringkas Artikel Berkaitan Pelaburan Emas