Rabu, 16 Mei 2018

Kaedah Menyimpan Emas & Perak Dengan Cara Selamat

Kaedah Menyimpan Emas & Perak Dengan Cara Selamat
Sumber: Yahoo Image

Membeli dan memiliki barang berharga seperti emas dan perak menuntut kita untuk menguruskan aset tersebut secara bijaksana bagi memastikan ia berada dalam keadaan selamat sepanjang masa.

Terdapat tiga risiko yang perlu dihadapi apabila kita memiliki emas atau perak iaitu:

      1.  Kerosakkan pada aset tersebut
- Terkemek, Tercalar, Terpatah dan sebagainya

      2.  Kehilangan aset tersebut
- Terlupa dimana letak, Terjatuh, Terbuang dan sebagainya.

      3. Kecurian
- Dicuri, Dirompak, Terambil dan sebagainya.

Terdapat beberapa pekara yang perlu diambil perhatian semasa menyimpan barang berharga iaitu:

      1. Jangan bagi tahu sesiapa pun yang anda memiliki emas atau perak kecuali kepada waris terdekat dan individu yang dipercayai. Pengecualian diberikan kepada peniaga emas.

      2.  Jangan biarkan emas dan perak anda terdedah kepada umum (dilihat oleh orang lain). Sembunyikan dari pandangan orang lain kecuali bila perlu. (Sekiranya ingin dijual kepada orang lain atau sebagai motivasi kepada orang lain untuk memilikinya)

      3. Jangan bawa aset tersebut ke mana anda pergi bagi mengelakkan berlakunya keciciran akibat kecuaian diri sendiri atau dicuri oleh orang lain tanpa sedar kecuali sekiranya ada matlamat khusus (sebagai dana kecemasan dan sebagainya).

Artikel kali ini saya berkongsi beberapa kaedah yang boleh diamalkan bagi memastikan simpanan emas dan perak anda berada dalam keadaan selamat sepanjang masa.

     1.      Beli dan simpan di rumah
Ia adalah kaedah paling biasa orang lakukan. Menyimpan emas dirumah memberi ketenangan kepada pemiliknya disebabkan emas tersebut dekat dengan kita. Lokasi terbaik untuk menyimpan emas di dalam rumah adalah ditempat yang orang biasanya tidak terpikir seperti dalam kotak, belakang jam, ditanam di kawasan lapang disekeliling rumah dan sebagainya.

Seperti nasihat mentor emas saya encik Zulkifli, kalau ingin menyimpan dirumah seelok-eloknya simpan di tempat yang berbeza. Ini penting bagi mengurangkan risiko kecurian apabila rumah dipecah masuk. Hanya jangan menyimpan dibanyak lokasi bagi mengelakkan situasi kita terlupa simpan dimana.

     2.      Beli dan simpan di pejabat
Ramai orang tidak perasan menyimpan di pejabat mungkin menjadi tempat yang percuma dan selamat bagi barang berharga.

Ia hanya sesuai sekiranya pejabat anda memiliki sistem keselamatan yang canggih seperti memiliki (1) CCTV, (2) Pos kawalan, (3) Sistem keselamatan yang hanya memberi kebenaran kepada orang berkelayakan sahaja untuk masuk dan (4) rakan sekerja yang boleh dipercayai.

     3.      Beli Peti Simpanan dan simpan dirumah
Kaedah ini memakan kos yang tinggi dan tidak selamat sangat bila diletak di dalam rumah. Kalau perompak masuk rumah, itulah yang menjadi sasaran pertama yang hendak dibuka. Kaedah ini biasanya digunakan untuk memastikan simpanan selamat dari ahli keluarga lain dan pembantu rumah.

Bagi orang kebanyakkan seperti saya, kaedah ini agak mahal dan tidak praktikal untuk diamalkan.

     4.      Beli dan simpan di peti simpanan di bank atau syarikat swasta
Simpan di peti besi di syarikat swasta atau bank adalah cara paling selamat dan murah untuk diamalkan. Ini kerana semua barang berharga yang disimpan dilindungi insurans.

Bagi kebanyakkan orang, menyimpan di bank kosnya adalah lebih murah. Hanya keburukkannya adalah waktu operasi yang terhad serta perlindungan insuran yang lebih rendah berbanding dengan syarikat swasta. Hanya bagi saya, ia hanya berbaloi sekiranya barang berharga yang dimiliki adalah dalam kuantiti yang banyak dan amat mahal.

     5.      Beli melalui akaun emas
Menyimpan emas dalam akaun emas adalah cara termurah dan selamat yang saya amalkan sekarang ini. Kebanyakkan akaun emas akan menyimpan emas kita secara percuma. Hanya perlu memastikan akaun emas tersebut disandarkan kepada emas bagi mengelakkan isu syariah.

Itulah 5 tips penting cara menyimpan emas dan perak dengan selamat. Sekiranya para pembaca tidak nampak cara penyelesaian pada artikel ini, mungkin boleh mempertimbangkan membeli emas jenama Public Gold dan simpan terus di akaun emas GAP Public Gold secara percuma.

Berminat Mengetahui Lebih Lanjut Tentang Pelaburan Emas? Tekan Pautan Di Bawah:
Senarai Ringkas Artikel Berkaitan Pelaburan Emas