Rabu, 16 Mei 2018

Mengurus Dana Kecemasan (Cara Saya)

Mengurus Dana Kecemasan (Cara Saya)
Sumber: Yahoo Image

Sebelum saya berkongsi kaedah menguruskan Dana Kecemasan mengikut acuan sendiri, kita perlu memahami terlebih dahulu apakah itu Dana Kecemasan.

Apa itu Dana Kecemasan?
Secara amnya merujuk kepada sejumlah wang yang disimpan untuk digunakan ketika anda berada dalam situasi terdesak yang memerlukan sejumlah wang yang banyak bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Kenapa penting menyediakan Dana Kecemasan?
Untuk menggelakkan situasi kewangan semasa terjejas teruk ketika krisis melanda.

Bila Dana Kecemasan boleh digunakan?
Sewaktu anda memerlukan jumlah wang yang banyak untuk menyelesaikan masalah dengan kadar segera kerana sekiranya masalah tersebut tidak diselesaikan ia akan menganggu kehidupan seharian anda.

Berikut saya kongsikan sedikit sebanyak kaedah yang saya amalkan dalam pengurusan Dana kecemasan. Dana kecemasan saya diasingkan kepada 3 kategori iaitu untuk jangka masa pendek, sederhana dan panjang.

      1.   Jangka Masa Pendek
Jumlah Dana: RM 188* (tunai)
Lokasi Simpanan: Dalam dompet
Kadar Kecairan: Tinggi (boleh digunakan pada bila-bila masa)

      2.   Jangka Masa Sederhana
Jumlah Dana: 9.25 gram* (1 Dinar & 5 gram Jongkong Emas)
Lokasi Simpanan: Dalam dompet
Kadar Kecairan: Sederhana (perlu dicagarkan untuk mendapatkan wang 
segera)


Dana Kecemasan Saya Untuk Jangka Masa Sederhana


      3.  Jangka Masa Panjang
Jumlah Dana: Minimum 6 bulan gaji semasa
Lokasi Simpanan: Amanah Saham Bumiputera (ASB)
Kadar Kecairan: Sederhana Rendah (hanya boleh dikeluarkan pada hari biasa sahaja dalam masa yang terhad)

*Nota Tambahan:
      1.  Pastikan setiap wang yang diambil dari Dana Kecemasan diganti balik secepat mungkin.
      2.  Tentukan sendiri apa yang dikatakan situasi kecemasan yang melayakkan anda menggunakan dana kecemasan yang ada.  
3. Tentukan sendiri nilai dana kecemasan yang diperlukan untuk jangka masa pendek dan sederhana.

Beginilah cara saya menguruskan Dana Kecemasan bagi menghadapi masa depan yang tidak pasti.
Anda bagaimana? Sila kongsi di komen dibawah.