Khamis, 17 Mei 2018

Taman Cabaran @ Putrajaya

Taman Cabaran @ Putrajaya
Sumber: http://www.nazrulakram.com

Lokasi:
Taman Cabaran Putrajaya

Alamat:
Jalan P5,
Presint 5,
62200 Putrajaya.

Waktu Operasi:
10.00 Pagi - 8.00 petang (Ahad-Khamis)
10.00 Pagi - 10.00 petang (Jumaat & Sabtu)

Harga Tiket:

Dewasa
RM 6 (Wall Climb)
RM 15 (Tali)
RM 5 (Harness)
RM 7 (Kasut Memanjat)
RM 3 (Beg Kapur)
Kanak-Kanak
RM 3 (Wall Climb)
RM 15 (Tali)
RM 5 (Harness)
RM 7 (Kasut Memanjat)
RM 3 (Beg Kapur)

Alamat Sesawang:
http://www.ppj.gov.my/

Tarikh Lawatan:
29 Julai 2017

Pengembaraan hari ini bermula dengan menyertai aktiviti memanjat dinding (dalam dewan) di Taman Cabaran Putrajaya. Hari ini saya ditemani oleh seorang sahabat istimewa. Selepas bertemu di stesen komuter Bangi kira-kira pukul 9.30 pagi, kami pun menaiki kereta yang ditempat melalui aplikasi Grab menuju ke Taman Cabaran Putrajaya yang terletak di presint lima.

Disebabkan ini kali pertama kami melakukan aktiviti ini (mendaki dinding), kami memilih untuk memanjat dinding yang tidak memerlukan peralatan khas seperti tali dan jurulatih khas. 


29/07/2017: Tak Mampu Nak Mendaki Dinding Setinggi Ini
29/07/2017: Dinding Begini Memerlukan Tali & Jurulatih Khas
29/07/2017: Hanya Mampu Panjat Dinding Setinggi Ini Sahaja
29/07/2017: Setelah Berjaya Mencapai Puncak
29/07/2017: Sekumpulan Budak Sekolah Menyertai Aktiviti Memanjat
29/07/2017: Perlukan Bantuan Cik Adik?
29/07/2017: Tercapai Impianku Memanjat Dinding
29/07/2017: Meraikan Kejayaan Menawan Puncak
Setelah meluangkan masa kira-kira satu jam melakukan aktivit memanjat ini. Perjalanan diteruskan menuju ke Mid Valley Megamall untuk makan tengah hari.


Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara