Sabtu, 26 Mei 2018

Tesco Rawang

Tesco Rawang
Sumber: http://www.airdiffusion.com.my
Lokasi:
Tesco Rawang

Alamat:
1, Jalan Rawang,
48000 Rawang,
Selangor.

Waktu Operasi:
8.00 pagi - 11.00 malam (Ahad-Khamis)
8.00 pagi - 1.00 pagi (Jumaat, Sabtu & Cuti Umum)

Alamat Sesawang:
https://www.tesco.com.my/

Tarikh Lawatan:
05 Ogos 2017

Tesco Rawang menjadi lokasi terakhir yang sempat dilawati pada hari ini selepas Taman Awam Raub. Perjalanan menuju ke Tesco Rawang melalui jalan Bukit Fraser antara perjalanan yang paling mencabar yang pernah saya lalui sepanjang pengembaraan ini. Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam lebih bermula dari 6.45 petang sehingga 8.20 malam.

Antara cabaran yang terpaksa ditempuhi adalah perubahan cuaca yang makin gelap, laluan yang berliku-liku menyebabkan sukar untuk memecut laju, kenderaan di seberang yang tidak kelihatan sehingga membelok, gangguan dari kenderaan lain seperti cahaya lampu kereta dan keletihan fizikal kesan dari perjalanan yang jauh telah saya tempuhi.

05/08/2017: Sampai Juga Disini Akhirnya

Berakhirnya satu perjalanan yang panjang dalam siri pengembaraan ini. Bersambung pada esok hari.

Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara