Khamis, 17 Mei 2018

5 Kesilapan Utama Membeli Emas

Kemaskini pada 02/05/2020
5 Kesilapan Utama Membeli Emas
Sumber: Google Image
Artikel kali ini saya kongsikan tentang 5 kesilapan utama yang sering kita lakukan dalam pelaburan emas iaitu:

1. Memilih Barang Kemas Sebagai Aset Pelaburan Emas

Antara kesilapan yang biasa dilakukan oleh orang ramai adalah memilih barang kemas sebagai aset pelaburan. Kenapa barang kemas tidak sesuai dijadikan sebagai aset pelaburan?

Terdapat 3 faktor utama yang menyebabkan barang kemas bukan pilihan yang bijak iaitu (1) Harga belian yang mahal (Harga upah boleh dimanipulasi), (2) Harga jual balik yang rendah (terutama barang kemas yang mempunyai permata) dan (3) Pergerakan harga yang perlahan atau statik (Kebiasaannya bila harga emas naik, harga barang kemas turut naik. Tetapi bila harga emas turun, kebiasaaannya harga barang kemas akan lambat turun).

Oleh itu, pastikan kita memilih jongkong emas atau dinar sebagai aset pelaburan kerana kos pembeliannya lebih murah dan kadar susut nilai yang rendah berbanding dengan barang kemas.

2. Memilih Jenama Emas Yang Salah

Terdapat pelbagai jenama emas yang boleh diperolehi dipasaran pada masa kini. Membeli emas itu amatlah mudah. Menjual kembali emas yang dimiliki tanpa mengalami kerugian itu satu cabaran. Tersilap langkah, maka lagi panjanglah tempoh masa yang diperlukan untuk memperolehi keuntungan dari emas yang dimiliki.

Oleh itu sebelum membeli emas, pastikan anda membaca terlebih dahulu entri Faktor-Faktor Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Membeli Emas sebelum membuat keputusan memilih jenama emas yang diingini.

3. Membeli Emas Ketika Harga Tengah Naik

Kesilapan ini juga biasa dilakukan oleh orang ramai (termasuk saya juga) apabila membeli emas dengan harga yang mahal. Ini menyebabkan kita terpaksa menunggu lebih lama untuk memperolehi keuntungan daripada emas tersebut.

Apabila harga emas tengah naik, kebanyakkan dari kita membuat keputusan membeli emas (mengikut emosi) hanya berdasarkan anggapan akan memperolehi keuntungan dikemudian hari.

Waktu harga emas naik adalah waktu yang paling sesuai untuk menjual emas yang ada dengan syarat kenaikan harga emas melebihi purata harga sewaktu membeli emas dahulu.

4. Menjual Emas Ketika Harga Tengah Turun

Seperti juga kesilapan membeli emas ketika harga tengah naik, kejatuhan harga emas juga akan menyebabkan kita bertindak secara emosi dengan menjual emas yang dimiliki secara tergesa-gesa bagi mengurangkan kerugian yang dialami.

Waktu harga emas turun adalah waktu yang paling sesuai untuk membeli emas dengan harga diskaun sekiranya harga emas semasa adalah lebih murah dari purata harga sewaktu membeli emas dahulu.

5. Mempajak Emas Dilokasi Yang Salah

Kesilapan memilih kedai pajak juga akan menyebabkan kita mengalami kerugian dari segi (1) kos upah simpan yang mahal, (2) pembiayaan yang tidak mencukupi, (3) kerosakkan pada emas seperti calar, kemek, bengkok dan terbuka sarungnya semasa proses menguji ketulenan.

Emas yang dibuka sarungnya akan dinilai sebagai emas terpakai dan biasanya kadar susut nilai meningkat mencecah 25%-30% (bergantung dengan kedai) dari harga emas semasa.

Pastikan memilih kedai pajak ar-rahnu (untuk muslim) bagi mengelakkan riba. Pilih kedai pajak yang berdekatan dengan kawasan anda bagi menjimatkan kos pengangkutan. Kedai pajak yang terbaik menawarkan pinjaman yang tinggi dengan kos upah simpan yang rendah dan yang paling penting menerima emas untuk dipajak tanpa perlu buka sarung untuk menguji ketulenan.


Entri Berkaitan:

Diharap agar penerangan ringkas ini dapat membantu anda mengelak kesilapan dalam pelaburan emas dengan melakukan kesilapan seperti diatas.

“Siapa yang tidak belajar dari pengalaman orang lain akan dihukum mengulanginya”

Berminat Mengetahui Lebih Lanjut Tentang Pelaburan Emas? Tekan Pautan Di Bawah:


Tiada ulasan:

Catat Komen