Selasa, 30 November 2021

Wangsa Bowl @ IOI City Mall Putrajaya

Wangsa Bowl @ IOI City Mall Putrajaya

Lokasi:
Wangsa Bowl @ IOI City Mall Putrajaya
 
Alamat:
Lot L2-26,
IOI City Mall,
62502 Putrajaya
 
Waktu Operasi:
10.00 pagi - 10.00 tengah malam (Setiap Hari)
 
Harga:
Kasut: RM 3.00
Stokis: RM 3.00
 
Hari Biasa:
Sebelum Pukul 5.00 Petang
30 Minit: RM 15 (Satu Lorong)
60 Minit: RM 28 (Satu Lorong)
Selepas Pukul 5.00 Petang
30 Minit: RM 22 (Satu Lorong)
60 Minit: RM 40 (Satu Lorong)
 
Hujung Minggu:
30 Minit: RM 27 (Satu Lorong)
60 Minit: RM 50 (Satu Lorong)
 
Cuti Sekolah:
30 Minit: RM 30 (Satu Lorong)
60 Minit: RM 50 (Satu Lorong)
 
Tarikh Lawatan:
27 November 2021
 
Wangsa Bowl @ IOI City Mall Putrajaya menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas melihat kapal terbang mendarat di Flight Landing View (KLIA). Masa untuk bermain boling pula.
 
Oleh kerana sekarang ini masih PKP. Kena beratur dulu sebelum dapat bermain boling. Satu lorong hanya terhad 4 orang sahaja. Nampaknya kena main dua lorong sebab ada 6 orang nak main boling petang ini. Ini juga kali pertama saya bermain boling ikut masa bukannya pusingan. Berapa pusinganlah yang sempat dimain hari ini.


27/11/2021: Sempat Lagi Mereka Bergambar Sementara Menunggu Barisan

27/11/2021: Pusingan Pertama Pasukan Lelaki

27/11/2021: Pusingan Pertama Pasukan Wanita

27/11/2021: Pusingan Kedua Pasukan Lelaki

27/11/2021: Pusingan Kedua Pasukan Wanita

Nampaknya hanya sempat main dua pusingan sahaja setiap orang. Tak lama pun 60 minit main boling. Sukar untuk bermain dengan laju terutama sistem yang menguruskan pin pun tidak beberapa baik.
 
Apa pun misi main boling berlancar dengan baik. Tiba masa untuk pulang.
 
 
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan