Selasa, 9 November 2021

Snorkeling @ Pulau Kapas

Snorkeling @ Pulau Kapas

Lokasi:
Pantai Pulau Kapas
 
Aktiviti:
Snorkeling
Alamat:
Pulau Kapas,
Terengganu.
 
Waktu Operasi:
9.00 - 11.00 pagi
 
Tarikh Lawatan:
04 November 2021
 
Snorkeling menjadi aktiviti pertama yang dilakukan pada percutian hari kedua di Pulau Kapas. Pengalaman kali pertama ini. Risau dan ghairah juga rasa dihati. Maklumlah tiada pengalaman hidup snorkeling melihat ikan di tengah lautan. Jauh sikit dari pantai. Memang terapunglah dibuatnya nanti.
 
Sebelum memulakan aktiviti ini, kami diberi taklimat ringkas bagi menggelak dari berlakunya kemalangan ketika di lautan.

04/11/2021: Sebelum Terjun Laut

04/11/2021: Ambil Gambar Dulu

04/11/2021: Alat Atas Kepala Itu Hiasan Sahaja. Tak Reti Nak Guna

04/11/2021: Pelambung Keselamatan Dari Kapal Di Turun Ke Bawah

04/11/2021: Snorkeling Di Sekitar Kapal Sahaja

Secara keseluruhannya, saya amat berpuashati walaupun gagal dalam usaha melihat ikan di dasar lautan. Ini tujuan utama snorkeling. Tak apalah, dapat rasai sedikit pun sudah bagus. Tahu had keupayaan diri itu penting.
 
Aktiviti ini sepatutnya berlangsung selamat 2 jam tetapi hanya 1 jam setengah sahaja (termasuk pergi dan pulang) disebabkan cuaca tidak mengizinkan. Makin kuat angin bertiup, makin besar gelombang gerakan ombak. Makin jauh diri dari kapal dibuatnya. Letih hendak berenang ke kapal nanti.
 
Kelihatan awan gelap di hujung pulau menandakan hujan lebat akan turun tak lama lagi. Baik cepat pulang ke pantai. Lagi pun masa dah suntuk. Hendak bersiap lagi. Percutian di pulau sudah berakhir.
 
Lokasi persinggahan seterusnya selepas Pulau Kapas adalah di Pantai Chendering. Hendak terokai Kuala Terengganu pula.
 
 
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara



Tiada ulasan:

Catat Ulasan