Selasa, 2 November 2021

Go’Bang Maju Patin Tempoyak @ Temerloh

Go’Bang Maju Patin Tempoyak @ Temerloh

Lokasi:
Go’Bang Maju Patin Tempoyak @ Temerloh
 
Alamat:
Lot 5086,
Kampung Raja,
28000 Temerloh, Pahang
 
Waktu Operasi:
10.30 pagi - 9.30 malam (Setiap Hari)
 
Tarikh Lawatan:
30 Oktober 2021
 
Go’Bang Maju Patin Tempoyak @ Temerloh menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas daftar keluar dari Kampungstay @ Desa Murni. Rugi tak rasa ikan patin kalau sudah berada di Temerloh. Bandar ikan patin kan.

30/10/2021: Macam Pandu Lalu

30/10/2021: Ambil Satu Sebelum Beli

30/10/2021: Kena Beratur Sebelum Ambil Makanan

30/10/2021: Senarai Lauk Yang Ada

30/10/2021: Sementara Menunggu Giliran Untuk Bayar

Menarik juga sistem yang digunakan dikedai ini. Pilih makanan yang hendak dibeli sama ada untuk makan disini atau bungkus dan bayar dikaunter. Setiap kaunter dinamakan sempena nama tol dilebuhraya. Tempat makan pun agak luas dan selesa.
 
Ke lokasi seterusnya, Amani Vanilla @ Temerloh untuk merasai pencuci mulut berasaskan vanila. Makanan yang dibungkus ini nak makan di tepi pantai nanti.
 
 
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan