Selasa, 16 November 2021

Lakukan Pekara Ini Selepas BERSARA


Selepas Bersara...
 
1. Pastikan simpanan yang ada dilaburkan ke instrumen kewangan yang memberikan pulangan yang melebihi kadar inflasi tetapi memiliki risiko yang rendah seperti emas, Tabung Haji, ASB dan sebagainya
 
Guna simpanan yang ada sedikit demi sedikit mengikut jumlah yang ditetapkan. Supaya wang yang ada dapat dipertahankan selama yang mungkin. Kerana kita tidak tahu berapa lama lagi akan hidup selepas bersara.

 
Selepas Bersara...
 
2. Jangan mulakan perniagaan terutama yang melibatkan modal yang banyak. Kerana keutamaan kita selepas bersara adalah untuk mempertahankan kekayaan sedia ada bukan untuk mengembangkan kekayaan terutama dalam keadaan yang agresif. Masa dan tenaga bukan lagi menjadi kelebihan untuk kita. Hendak mulakan sesuatu yang baru pada waktu ini amatlah mencabar dan sukar.
 
 
Selepas Bersara...
 
3. Jaga kesihatan sebaik mungkin. Amalkan gaya hidup sihat supaya kita dapat menikmati kehidupan sebaiknya selepas bersara. Kos perubatan amat mahal terutama ketika diusia senja. Kita tidak mahu wang simpanan dihabiskan untuk menampung kos perubatan.
 
 
Selepas Bersara...
 
4. Jangan buat hutang baharu. Waktu bersara adalah waktu menikmati kehidupan tanpa dibebani oleh hutang terutama melibatkan pembelian besar seperti kereta. Hutang menyusutkan simpanan kita dengan cepat.
 
 
Selepas Bersara...
 
5. Jangan bagi pinjam wang kepada sesiapa pun walaupun ahli keluarga (kecuali dalam kes tertentu dengan jumlah yang berpatutan). Memberi pinjam itu merugikan. Jangan mempertaruhkan dana bersaraan yang ada untuk keuntungan orang lain.

Entri Berkaitan:
 
 
Kita bertanggungjawab sepenuhnya terhadap setiap keputusan terutama melibatkan kewangan. Waktu bersara adalah waktu terbaik untuk menikmati hidup dengan aman dan tenteram. Jangan biarkan wang menjadi penghalangnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan