Isnin, 8 November 2021

Pulau Kapas

Pantai Di Pulau Kapas

Lokasi:
Pulau Kapas

Alamat:
Pulau Kapas,
Terengganu.
 
Waktu Operasi:
9.00 pagi - 6.00 petang (Setiap Hari Kecuali Musim Tengkujuh)
 
Aktiviti Yang Dilakukan:
Mandi Pantai
Snorkeling
 
Harga Tiket (Aktiviti):
 
Banana Boat
RM 20 (Tiket)
Berkayak
RM 20 (Tiket)
Hiking:
RM 15 (Tiket)
Waktu Operasi:
10.00 pagi & 2.00 petang (Sabtu - Khamis)
4.00 petang (Jumaat)
Island Tour:
RM 25 (Tiket)
Snorkeling:
RM 25 (Tiket)
Waktu Operasi:
9.00 & 11.00 pagi, 1.00 (Kecuali Jumaat) & 3.00 petang (Setiap Hari)
 
Lokasi Penginapan:
Kapas Coral Beach Resort @ Pulau Kapas
 
Tarikh Lawatan:
03-04 November 2021
 
Pulau Kapas menjadi pulau pertama di Terengganu yang dikunjungi dalam percutian keluarga yang berlangsung pada 3 sehingga 4 November 2021. Alhamdulillah masih diberi kesempatan mengunjungi pulau ini walaupun musim tengkujuh telah bermula.
 
Tidak banyak aktiviti yang sempat dilakukan di Pulau Kapas ini terutama pada waktu percutian yang singkat di musim tengkujuh ini. Pantai pun tidak sejernih waktu lain.
 
Apa yang penting, nikmati percutian singkat ini sepenuhnya.
 
Tentatif:
 
3 November 2021 (Rabu)
3.00 pm: Bertolak ke Pulau Kapas
4.00 pm: Daftar masuk ke Kapas Coral Beach Resort @ Pulau Kapas
5.00 - 7.00 pm: Mandi pantai
7.30 - 9.00 pm: Makan malam
 
4 November 2021 (Khamis)
7.30 am: Makan sarapan
9.30 - 10.30 am: Snorkeling
10.30 - 11.30 am: Mandi pantai
12.00 am: Daftar keluar dari Kapas Coral Beach Resort @ Pulau Kapas
12.30 pm: Makan tengah hari
1.30 pm: Bertolak balik ke Jeti Marang @ Pulau Kapas

03/11/2021: Guna Perkhidmatan Ini

03/11/2021: Chalet Ini Sudah Tutup. Musin Tengkujuh Dah Melanda

03/11/2021: Dah Sampai. Ada Tangga Yang Boleh Diguna Untuk Turun Bot

03/11/2021: Kaunter Utama Coral Seaport

03/11/2021: Ada Jambatan Menghubungkan Antara Bahagian Pulau

03/11/2021: Dapat Tangkap Ketam Pantai

04/11/2021: Terokai Bahagian Lain Pantai

04/11/2021: Bahagian Berbatu

04/11/2021: Lambang Tempat Penginapan Kali Ini

04/11/2021: Laluan Pendakian Di Pulau Kapas

04/11/2021: Gua Kecil Dijumpai Di Tepi Pantai

04/11/2021: Jom Sarapan

04/11/2021: Sarapan Pagi Ini

04/11/2021: Selamat Tinggal Pulau Kapas

Oleh kerana pantai di Pulau Kapas ini tengah surut petang ini. Maka terpaksalah menaiki bot yang lebih kecil untuk ke bot yang lebih besar yang terletak jauh sedikit dari pantai.
 
Dah lama tak merasa kena berpindah ke bot lain di tengah lautan. Kali terakhir merasainya di Sabah semasa masih kecil.
 
Lepas ini sambung cuti ke Kuala Terengganu pula.
 
 
 
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara



2 ulasan:

  1. Boleh saya dapatkan nombor contact untuk ke pulau kapas?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh hubungi encik ini melalui FB
      https://www.facebook.com/nikkhairuddin.niksalleh

      Padam