Isnin, 30 Disember 2019

Red Planet Hotels

Red Planet Hotels

Lokasi:
Red Planet Hotels

Alamat:
152-156 Niphat Uthit 2 Road,
Hat Yai District,
Songkhla 90110, Thailand.

Waktu Operasi:
Tiada Had Masa Yang Ditentukan

Harga Sebilik:
RM 125

Alamat Sesawang
https://www.redplanethotels.com/

Tarikh Lawatan:
21-22 Disember 2019

Red Planet Hotels menjadi hotel penginapan rasmi bagi percutian kali ini. Harganya amat berpatutan dengan keluasan bilik yang diberi. Hanya yang tak menariknya tiada peti ais disediakan.

Daftar masuk hotel hotel pada jam 4.00 petang (21 Disember 2019) selepas mengunjungi Samila Beach. Daftar keluar selepas jam 6.30 pagi (22 Disember 2019). Sekejap sahaja dapat duduk dalam hotel, dah kena gerak.

Asean Night Baazar @ Hatyai

Asean Night Baazar @ Hatyai

Lokasi:
Asean Night Baazar @ Hatyai

Alamat:
Thonon Chotevittayakul 5, Tambon Hat Yai,
Hat Yai District,
Songkhla 90110, Thailand.

Waktu Operasi:
3.00 petang - 10.30 malam (Jumaat-Rabu)
5.00 petang - 10.30 malam (Khamis)

Tarikh Lawatan:
21 Disember 2019

Asean Night Baazar @ Hatyai menjadi lokasi persinggahan terakhir yang sempat dikunjungi pada hari ini selepas bersiar-siar di Samila Beach pada sebelah petang. Mari kita tengok apa yang menarik di sini.

Samila Beach

Samila Beach

Lokasi:
Samila Beach

Alamat:
Songkhla 90000,
Thailand

Waktu Operasi:
Tiada Had Masa Yang Ditentukan

Harga Tiket:
200 Baht (Menunggang Kuda)
50 Baht (Ambil Gambar Atas Kuda)

Tarikh Lawatan:
21 Disember 2019

Samila Beach menjadi destinasi yang dilawati seterusnya selepas selesai sesi bergambar di Dragon Sculpture @ Chalatat Beach. Tumpuan kali ini adalah untuk mengambil gambar dengan mercu tanda pantai Samila iaitu Ikan Duyung Emas.

Di sini juga saya mengambil kesempatan membeli buah tangan untuk dihadiahkan kepada kenalan. Maklumlah tempat ini yang paling murah boleh diperolehi di sekitar Songkhla.

Dragon Sculpture @ Chalatat Beach

Dragon Sculpture @ Chalatat Beach

Lokasi:
Dragon Sculpture @ Chalatat Beach

Alamat:
Chalatat Beach,
Songkhla 90000,
Thailand

Waktu Operasi:
Tiada Had Masa Yang Ditentukan

Harga Tiket:
Percuma

Tarikh Lawatan:
21 Disember 2019


Dragon Sculpture @ Chalatat Beach menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas mengunjungi Tang Kuan Hill. Kelihatan mercu tanda ini sedang dalam proses pembaikian. Oleh itu tiada air pancutan akan keluar dari mulut naga ini.

Tang Kuan Hill

Tang Kuan Hill

Lokasi:
Tang Kuan Hill

Alamat:
Bo Yang, Mueang Songkhla District
Songkhla 90000
Thailand

Waktu Operasi:
10.00 pagi - 7.00 petang (Isnin-Jumaat)
8.00 pagi - 7.00 petang (Sabtu & Ahad)

Harga Tiket:
30 Baht (Dewasa)
20 Baht (Kanak-Kanak)
Percuma (Kanak-Kanak Bawah 120cm)

Tarikh Lawatan:
21 Disember 2019

Tang Kuan Hill menjadi lokasi persinggahan pertama bagi lawatan ke Songkhla. Mengikut rancangan asal, lokasi ini hanya dilawati pada hari kedua lawatan. Disebabkan kekangan masa, perancangan asal terpaksa diubah. Lokasi yang jauh dilawati terlebih dahulu.

Terdapat dua cara untuk naik ke puncak iaitu melalui lif atau tangga. Kali ini kita ikut lif. Tak larat nak panjat tangga hari ini

Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad

Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad

Lokasi:
Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad

Alamat:
No. 18, Lorong Kilang Ais Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai,
Jalan Seberang Perak, Taman Pesisiran Tanjung Chali,
05000 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi:
10.00 pagi - 5.00 petang (Sabtu-Khamis)
Tutup (Jumaat)

Harga Tiket:
Percuma

Tarikh Lawatan:
20 Disember 2019

Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas mengunjungi Muzium Padi. Ini antara tempat yang diminta untuk dilawati pada hari ini. Maklumlah tak sempat nak kunjungi semasa kali pertama menjejak kaki di Alor Setar atas sebab masih diubahsuai pada waktu itu.

Nasib baik kenal orang dalam. Kalau tidak melepas nak kunjungi tempat ini. Dahlah jumaat Kedah cuti. Dalam keadaan biasa muzium ini tak buka pun.

Thailand (Hatyai & Songkhla)

Thailand (Hatyai & Songkhla)

Lokasi:
Hatyai & Songhkla

Alamat:
Daerah Songhkla,
Thailand.

Waktu Operasi:
7.00 pagi - 10.00 malam (Sabtu-Ahad)

Tarikh Lawatan:
20-22 Disember 2019

Lokasi Persinggahan:
(Mengikut Turutan Masa & Tempat)

Hari Pertama (20 Disember 2019)

Hari Kedua (21 Disember 2019)


Hari Ketiga (22 Disember 2019)

Hatyai & Songkhla menjadi destinasi yang dikunjungi selama 2 hari 1 bersama-sama dengan rombongan keluarga sebelah kakak ipar. Ini adalah pengalaman pertama saya melancong di negara Thailand.

Percutian bermula dengan menaiki kenderaan dari Gombak menuju ke Alor Setar pada khamis malam (19 Disember 2019) dan sampai ke Alor Setar pada pukul 5.00 pagi (20 Disember 2019).

Berjalanan menuju ke Thailand bermula seawal jam 6.00 pagi (21 Disember 2019) dari Alor Setar menuju ke Bukit Kayu Hitam dan kembali semula ke sini pada pukul 8.00 malam (22 Disember 2019).

Perjalanan pulang kali ini agak terburu-buru disebabkan perlu mengeluarkan kereta dari tempat letak kenderaan sebelum pukul 8.30 malam. Kalau tidak, terpaksa tunggu sehingga esok pagi baru boleh keluarkan kenderaan.

Wangsa Bowl @ One Utama Shopping Centre


Lokasi:
Wangsa Bowl @ One Utama Shopping Centre

Alamat:
Bandar Utama City Centre, 1,
Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu Operasi:
10.00 pagi - 1.00 tengah malam (Setiap Hari)

Harga:
Kali Ke-1
RM 13 (3 Game)
RM 3 (Kasut)

Kali Ke-2
RM 10 (2 Game)
RM 3 (Kasut)

Tarikh Lawatan:
05 Disember 2019 (Kali Ke-1)
01 Mac 2020 (Kali Ke-2)

Setelah merancang seminggu yang lalu dam penangguhan tarikh beberapa kali. Akhirnya tiba masa yang dijanjikan untuk kami geng Mr. DIY beraksi di arena boling. Kali ini kami memilih untuk bermain selepas waktu kerja atas kekangan waktu dan pada masa ini harga murah. Bayar 2 ‘Game’, main 3 ‘Game’. Siapa tak nak kan. Kali ini hanya 7 orang yang berkelapangan bermain boling (termasuk seorang peserta bukan staf Mr. DIY).

Selepas mengunjungi The School Jaya One, tiba masa untuk hadir di One Utama Shopping Centre (sebelah malam) untuk menyertai perlawanan kali kedua bersama geng Mr. DIY. Perlawanan kali ini melibatkan 6 orang (geng Mr, DIY) beraksi di arena boling (termasuk saya walaupun telah berhenti). Bukan senang hendak ajak bos main sekali.

Isnin, 9 Disember 2019

Perlukah Ber'Hutang'?

Kemaskini pada 20/05/2020
Perlukah Ber'Hutang'
Sumber: https://masshar2000.com/

Perlukah Ber'Hutang'? Kalau ditanya kepada orang ramai tentang persoalan ini. Pelbagai jawapan boleh diperolehi, antaranya:

Yang Menyokong...

"Hutang perlu. Kalau tak berhutang, tak merasalah"
"Hutang perlu. Supaya benda yang tak mampu menjadi mampu dimiliki"

Yang Tidak Menyokong...

"Bahayalah berhutang ini, nanti tak mampu bayar diri akan merana"
"Bahayalah berhutang ini, nanti ketagih payah"

Contoh sahajalah dialog diatas ini.

Pameran Petronas Street Smart

Pameran Petronas Street Smart

Lokasi:
Central I-City Shopping Mall

Alamat:
No. 1, Persiaran Multimedia, Seksyen 7,
Jalan Plumbum 7/102, I-City,
40000 Shah Alam, Selangor.       

Waktu Operasi:
10.00 pagi - 10.00 malam (1 Ogos - 31 Disember 2019)

Harga Tiket:
Percuma

Alamat Sesawang:
https://www.petronasstreetsmart.com.my/

Tarikh Lawatan:
03 Disember 2019

Perjalanan diteruskan menuju ke Pameran Petronas Street Smart yang terletak berdekatan pentas utama CentralI-City Shopping Mall. Mula-mula segan nak masuk, tetapi terasa rugi pula tak menjenguk sekurang-kurangnya.

Luna Lights Wonderland

Luna Lights Wonderland

Lokasi:
Mutiara Damansara Recreational Park

Alamat:
Mutiara Damansara,
47820 Petaling Jaya,
Selangor.

Waktu Operasi:
7.00 - 12.00 malam (15 November - 1 Disember 2019)

Harga Tiket:
RM 10 (Dewasa)

Tarikh Lawatan:
01 Disember 2019

Luna Lights Wonderland menjadi lokasi tunggal yang dikunjungi pada hari ini selepas pulang dari kerja.

Nasib menyebelahi diri hari ini apabila hujan yang turun dari pukul 7 malam telah mula reda menjelang pukul 9 malam. Ini memberi peluang saya dan pasangan untuk kunjungi tempat ini sebelum ia melabuh tirai.

IOI City Mall @ Puchong

IOI City Mall @ Puchong
Sumber: http://av2day.com/
Lokasi:
IOI City Mall @ Puchong

Alamat:
Jalan Puchong,
Bandar Puchong Jaya,
47170 Puchong, Selangor

Waktu Operasi:
10.00 pagi - 10.00 malam (Setiap Hari)

Alamat Sesawang:
https://www.ioimp.com.my/

Tarikh Lawatan:
25 November 2019

IOI City Mall @ Puchong menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas mengunjungi
Space U8 Mall yang terletak di Taman Perindustrian Saujana Indah.

Space U8 Mall

Space U8 Mall

Lokasi:
Space U8 Mall

Alamat:
15, Persiaran Pasak Bumi,
Taman Perindustrian Saujana Indah,
40150 Shah Alam, Selangor.

Waktu Operasi:
10.00 pagi - 10.00 malam (Setiap Hari)

Tarikh Lawatan:
25 November 2019

Perjalanan hari ini bermula dengan melawat Space U8 Mall yang terletak di Taman Perindustrian Saujana Indah. Sudah lama ingin menjejak kaki disini. Baru hari ini impian itu terlaksana.

Panduan Memulakan Langkah Pertama Sebagai Pengguna Di PG Mall

Kemaskini pada 06/09/2023

Panduan Memulakan Langkah Pertama Sebagai Pengguna Di PG Mall

Terima kasih kerana sudi mendaftar sebagai pengguna di PG Mall, portal membeli-belah atas talian tempatan pertama di Malaysia. Sudah tentu anda tertanya-tanya apakah yang istimewa dengan PG Mall ini berbanding dengan portal membeli-belah yang ada diluar sana.

Sila tekan pautan di bawah untuk mengetahui kelebihan mendaftar sebagai pembeli di PG Mall.

Tekan pautan di bawah untuk memuat turun ebook khas tentang PG Mall secara percuma.

Anda juga boleh muat turun aplikasi PG Mall di Play Store (Android), Apple Store (Pengguna Apple) atau Huawei AppGallery (Pengguna Huawei) untuk telefon pintar.
 
Play Store
Apple Store
Huawei AppGallery

Disini saya kongsikan langkah-langkah yang perlu diambil bagi memperolehi manfaat sepenuhnya di PG Mall.


Langkah 1: Sertai Kempen Untuk Memenangi Hadiah Pada Setiap Hari

Tahukah anda? Sebagai pengguna di PG Mall, anda boleh memenangi hadiah pada setiap hari melalui kempen Daily Mystery Gift Campaign.

Kempen ini boleh disertai melalui aplikasi mudah dan alamat sesawang PG Mall (Website). Ini bererti anda berpeluang memenangi hadiah minimum sebanyak 3 kali setiap hari.


Langkah 2: Kemaskini Maklumat

Sila kemaskini maklumat seperti Nama, Tarikh Lahir, Jantina, Alamat Penghantaran bagi memudahkan urusan penghantaran barangan yang dibeli di PG Mall.


Langkah 3: Pilih, Beli & Bayar

Terdapat beribu jenis barangan serta perkhidmatan tersedia untuk dipilih. Anda juga boleh membeli produk dengan harga diskaun (barangan yang terpilih) setiap hari.

Bukan itu sahaja, terdapat pelbagai saluran pembayaran tersedia untuk digunakan seperti melalui kad kredit, kemudahan FPX dan sebagainya. 

Pelbagai Cara Pembayaran Boleh Dipilih Di PG Mall

Ingin berjimat di PG Mall? Tekan pautan di bawah untuk mengetahui kaedahnya.

Nak beli secara percuma di PG Mall? Tekan pautan di bawah untuk mengetahui kaedahnya.


Langkah 4: Kongsi & Jana Pendapatan Bersama PG Mall



Di PG Mall, anda bukan sahaja dapat jimatkan kos, masa dan tenaga. Anda juga dapat menjana pendapatan pasif dengan hanya memperkenalkan (daftar akaun) kepada orang ramai portal membeli-belah PG Mall. Setiap pembelian untuk diri sendiri atau orang lain, PG Mall akan memberi komisen sebanyak 0.5 sehingga 3.5 peratus bergantung kepada status.

Tekan pautan dibawah untuk mendapatkan maklumat lanjut bagaimana membuat duit tanpa modal di PG Mall.


Langkah 5: Menyertai Kumpulan Public Gold Di Media Sosial
 
Di sini saya sertakan kumpulan media sosial yang anda boleh sertai sebagai pelanggan bagi mengetahui promosi terkini PG Mall.
 
Facebook Page
PG Gold Museum
PG Jewel
 
Telegram

PG Mall Official
Aurora Italia Official
PG Jewel Official
PG Gold Museum Official


Selamat membeli-belah. Nikmati keseronokkan berbelanja di PG Mall.


Yang menulis,
 
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold

Khamis, 28 November 2019

Tips Berjimat Gaya Saya

Tips Berjimat Gaya Saya

Artikel kali ini saya ingin kongsikan tips dan panduan untuk berjimat ketika membeli barangan dan perkhidmatan yang diperlukan (keperluan bukan kehendak ya) yang telah saya amalkan sehingga kini (pada masa entri ini ditulis).

1# Bayar Bil Utiliti & Tambah Nilai (Topup) Telefon

Langkah 1:
Bina tabiat yang dapat membantu anda berjimat seperti tutup lampu dan air apabila tidak menggunakkannya. Baiki sebarang kerosakan yang ada seperti kebocoran paip. Ini secara langsung akan menjimatkan bil bulanan yang ada.

Langkah 2:
Cari jalan menjimatkan duit ketika membayar bil utiliti atau tambah nilai kredit. Dalam kes saya, dengan menjadi ejen topup. Saya bukan sekadar dapat menjimatkan masa ketika membayar bil utiliti, malahan saya juga dapat menjimatkan duit semasa tambah nilai kredit (topup) telefon. Lagi menarik, saya boleh menjana pendapatan tambahan dengan membantu orang lain membayar bil atau tambah nilai (topup).

Ingin mengetahui dengan lebih lanjut? Sila tekan pautan dibawah.

Isnin, 18 November 2019

The Secret Garden @ One Utama Shopping Centre

The Secret Garden @ One Utama Shopping Centre

Lokasi:
The Secret Garden @ One Utama Shopping Centre

Alamat:
Upper Roof (UF), One Utama Shopping Centre,
Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu Operasi:
10.00 pagi -10.00 malam (Sabtu, Ahad & Cuti Umum)

Harga Tiket:
Percuma

Tarikh Lawatan:
17 November 2019 (Kali Ke-1)
20 Februari 2022 (Kali Ke-2)
25 November 2023 (Kali Ke-3)

Hari ini sebelum balik rumah (selepas waktu bekerja), saya berkesempatan untuk membuat lawatan singkat di The Secret Garden yang terletak di atas bumbung pusat membeli-belah One Utama Shopping Centre. Sudah lama teringin nak datang sini tapi asyik tertangguh sahaja. Hari ini nekad nak kunjungi tempat ini sebelum balik.

Bagi lawatan kali kedua, kedatangan kali ini berteman pula. Alang-alang dah dekat, lepas makan tengah hari singgahlah sebentar disini.

The Secret Garden @ One Utama Shopping Centre menjadi lokasi persinggahan pertama bagi lawatan kali ketiga. Nak Bawa si ‘dia’ terokai taman bunga buat kali pertama dalam hidupnya.