Selasa, 31 Disember 2024

Komplek Falak Al-Khawarizmi

Komplek Falak Al-Khawarizmi

Lokasi:
Komplek Falak Al-Khawarizmi
 
Alamat:
Kampung Balik Batu,
Tanjung Bidara,
78300 Alor Gajah, Melaka
 
Waktu Operasi:
9.00 pagi - 12.30 petang & 1.30 petang - 4.30 petang (Isnin - Khamis & Sabtu)
9.00 pagi - 12.00 petang & 2.30 petang - 4.30 petang (Jumaat)
Tutup (Ahad)
 
Harga Tiket:
RM 7.00 (Dewasa)
RM 5.00 (Kanak-Kanak)
RM 3.50 (Warga Tua)
 
Alamat Sesawang:
https://www.alkhawarizmimelaka.com.my

Tarikh Lawatan:
23 Disember 2024
 
 
Komplek Falak Al-Khawarizmi menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas menunaikan solat di Masjid Sultan Ibrahim. Kedatangan ke sini sekadar untuk melihat dengan lebih dekat komplek ini.
 
Tak dapat masuk melawat tempat ini disebabkan masih waktu rehat ketika sampai. Nak tunggu lambatlah pula. Lain kalilah datang balik lawat.

Masjid Sultan Ibrahim

Masjid Sultan Ibrahim

Lokasi:
Masjid Sultan Ibrahim
 
Alamat:
Lot PT5179, Kampung Ayer Hitam Pantai,
Tanjung Bidara,
78300 Masjid Tanah, Melaka
 
Waktu Operasi:
Tidak diketahui
 
Tarikh Lawatan:
23 Disember 2024
 
 
Masjid Sultan Ibrahim yang terletak di Tanjung Bidara menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas mengunjungi Pusat Ikan Hiasan Port Dickson. Selesaikan yang wajib terlebih dulu sebelum teruskan perjalanan ke Melaka. 

Masjid Sultan Haji Ahmad Shah @ Bentong

Masjid Sultan Haji Ahmad Shah @ Bentong

Lokasi:
Masjid Sultan Haji Ahmad Shah @ Bentong
 
Alamat:
Kampung Chamang,
28700 Bentong,
Pahang.
 
Waktu Operasi:
Tidak diketahui
 
Tarikh Lawatan:
22 Disember 2024
 
 
Masjid Sultan Haji Ahmad Shah @ Bentong menjadi lokasi tunggal yang dikunjungi untuk hari ini selepas menghadiri kenduri kahwin di Raub, Pahang. Tunaikan solat terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Selangor.

Selasa, 17 Disember 2024

Pelan Simpanan Jangka Masa Panjang ELITE eDGE Takaful @ Etiqa

ELITE eDGE Takaful

Tawaran Istimewa Khas Untuk Anda:
 
Miliki 1 Gram emas Public Gold dengan menyertai plan Elite eDGE Takaful atau 5 Gram emas Public Gold apabila bersetuju membayar bagi tempoh setahun (bagi tahun pertama).
 
Jangan Lepaskan Peluang Ini. Tawaran berakhir 31 Disember 2024.
 
 
ELITE EDGE TAKAFUL

Pengenalan
 
Perancangan kewangan yang teliti adalah sangat penting untuk mendahului sebarang situasi kehidupan yang tidak dapat diramalkan. Etiqa ELITE eDGE Takaful bukan sahaja menawarkan perlindungan untuk memastikan kesejahteraan orang tersayang anda dan ia juga menyediakan platform kewangan yang kukuh membantu mereka mencapai matlamat mereka di masa akan datang.
 
Sumber: ELITE eDGE Takaful

SuperPark Malaysia @ Avenue K Shopping Mall

SuperPark Malaysia @ Avenue K Shopping Mall

Lokasi:
SuperPark Malaysia @ Avenue K Shopping Mall
 
Alamat:
Unit 4-1, Level 4, Avenue K Shopping Mall,
156, Jalan Ampang, Kampung Baru,
50450 Kuala Lumpur.
 
Waktu Operasi:
10.00 pagi - 7.00 malam (Setiap Hari)
 
Alamat Sesawang:
https://www.superpark.com.my/
 
Harga Tiket:
RM 6 (Stokin)
Hari Biasa, Hujung Minggu & Cuti Sekolah
RM 69 (Dewasa)
RM 276 (4 Orang Dewasa)
RM 34.50 (Warga Tua)
RM 55.20 (OKU)
Hari Cuti Umum
RM 75 (Dewasa)
RM 300 (4 Orang Dewasa)

Tarikh Lawatan:
15 Disember 2024
 
 
SuperPark Malaysia @ Avenue K Shopping Mall yang terletak di tingkat 4 Avenue K Shopping Mall menjadi lokasi terakhir yang dikunjungi untuk hari ini. Kedatangan kali ini sekadar untuk melihat dengan lebih dekat sahaja. Itu yang mampu dibuat hari ini.

Isnin, 16 Disember 2024

Avenue K Shopping Mall

Avenue K Shopping Mall

Lokasi:
Avenue K Shopping Mall
 
Alamat:
156, Jalan Ampang,
Kuala Lumpur City Centre,
50450 Kuala Lumpur.
 
Waktu Operasi:
10.00 pagi - 10.00 malam (Setiap Hari)
 
Alamat Sesawang:
https://www.avenuek.com.my/
 
Tarikh Lawatan:
15 Disember 2024
 
 
Avenue K Shopping Mall menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas mengunjungi KLCC Park. Masuk pusat membeli-belah ini melalui laluan MRT.

Sabtu, 14 Disember 2024

Hari Keluarga JAKP PTPTN 2015

Hari Keluarga JAKP PTPTN

Lokasi:
De Rhu Beach Resort
 
Alamat:
152 Mukim Sungai Karang Balok,
26100 Kuantan,
Pahang.
 
Waktu:
3.00 petang - 10.00 malam (Hari Pertama)
8.00 pagi - 12.00 tengah hari (Hari Kedua)
 
Alamat Sesawang:
https://derhu.com.my/

Tarikh Kursus:
14 - 15 Februari 2013 (Sabtu - Ahad)
 
 
Hari Keluarga JAKP PTPTN yang diadakan di De Rhu Beach Resort menjadi lokasi persinggahan bagi majlis yang berlangsung dua hari satu malam. Ini adalah kali pertama dan terakhir yang sempat saya sertai sepanjang berada di bahagian Call Centre PTPTN.
 
Majlis ini dianjurkan sepenuhnya oleh JAKP hasil kutipan wang setiap bulan oleh semua pegawai yang bertugas. Kira masjlis persendirian tanpa melibatkan PTPTN. Dikhabarkan hari keluarga yang dilaksanakan ini mencecah kos sehingga RM 12,000 secara keseluruhannya.
 
Pengangkutan atas diri sendiri. Jadi tumpanglah sesiapa yang ada kereta.

Rabu, 4 Disember 2024

Kolumpo Kopitiam

Kolumpo Kopitiam

Lokasi:
Kolumpo Kopitiam
 
Alamat:
56, Jalan Datuk Sulaiman,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur.
 
Waktu Operasi:
7.30 pagi - 10.00 malam (Sabtu - Khamis)
7.30 pagi - 12.30 petang & 2.30 petang - 10.00 malam (Jumaat)
 
Tarikh Lawatan:
01 Disember 2024 
 
Kolumpo Kopitiam menjadi lokasi persinggahan hari ini untuk makan tengah hari. Sudah lama tak datang TTDI. Antara sebab tak minat datang sini kerana sukar nak dapat tempat letak kereta secara percuma walaupun hujung minggu.
 
Disebabkan nak cuba sesuatu yang baru, maka terpaksalah hadap.

Kursus Perkhidmatan Pelanggan Melalui Telefon Bagi Pegawai Bahagian Call Centre Siri 1 2015

Kursus Perkhidmatan Pelanggan Melalui Telefon Bagi Pegawai Bahagian Call Centre Siri 1 2015

Lokasi:
The Regency Tanjung Tuan Beach Resort

 

Alamat:
5th Mile, Jalan Pantai,
71050 Port Dickson,
Negeri Sembilan.

Waktu:
8.00 pagi - 6.00 petang

Alamat Sesawang:
https://www.theregency.com.my/

Tarikh Kursus:
15-17 Mei 2015 (Jumaat - Ahad)


Kursus Perkhidmatan Pelanggan Melalui Telefon Bagi Pegawai Bahagian Call Centre Siri 1 2015 yang diadakan selama 3 hari 2 malam bertempat di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort menjadi kursus yang disertai oleh saya pada kali ini. 

Kursus anjuran PTPTN yang wajib disertai oleh semua pegawai di Call Centre @ PTPTN. Bagi memastikan pusat panggilan tidak terganggu operasinya, kursus ini terpaksa dibuat dalam dua sesi merangkumi separuh dari pegawai hadir dalam satu sesi.

Selasa, 3 Disember 2024

Kursus Pemikiran Kreatif & Inovatif Siri 4 2013

Kursus Pemikiran Kreatif & Inovatif Siri 4 2013

Lokasi:
Shahzan Inn
 
Alamat:
Jalan Lady Guillemard,
49000 Bukit Fraser,
Pahang.
 
Waktu:
8.00 pagi - 6.00 petang
 
Tarikh Kursus:
29 November - 1 Disember 2013 (Jumaat - Ahad)
 
 
Kursus Pemikiran Kreatif & Inovatif Siri 4 2013 yang diadakan selama 3 hari 2 malam bertempat di Shahzan Inn @ Bukit Fraser menjadi kursus yang disertai oleh saya pada kali ini. Kursus yang dianjurkan oleh PTPTN terhad tempatnya. Syukur terpilih menyertai kursus ini (ikut senarai asal).
 
Malangnya selepas mengikuti kursus ini didapati nama sudah tiada dalam senarai peserta. Tak tahulah pula berlakukan perubahan senarai peserta saat akhir. Nasib baiklah pegawai yang menguruskan kursus ini seseorang dikenali. Dapatlah ikuti kursus ini kerana ada peserta yang tak hadir. Kira gantilah peserta tersebut.

Isnin, 2 Disember 2024

Latihan Khidmat Pelanggan, Kaunter Dan Telefon 2013

Latihan Khidmat Pelanggan, Kaunter Dan Telefon 2013

Lokasi:
Seri Menanti Resort
 
Alamat:
Kampung Buyau,
71550 Seri Menanti,
Negeri Sembilan
 
Waktu:
8.00 pagi - 6.00 petang
 
Tarikh Kursus:
29-31 Mac 2013 (Jumaat - Ahad)
 
 
Latihan Khidmat Pelanggan, Kaunter Dan Telefon 2013 yang diadakan selama 3 hari 2 malam bertempat di Seri Menanti Resort menjadi kursus yang saya sertai pada hari ini. Kursus yang wajib disertai oleh semua pegawai PTPTN yang berada di cawangan Kuala Lumpur.
 
Oleh kerana terlalu ramai pegawai terlibat dalam kursus ini menyebabkan terpaksa dipecahkan kepada tiga kumpulan. Setiap kumpulan akan menghadiri kursus ini secara berasingan (lain waktu). Saya dalam kumpulan pertama.
 
Seronoknya pergi kursus ini selain dapat ilmu, dapat juga berjalan secara percuma. Masa kursus pun bukan padat sangat. Adalah ruang untuk jelajah kawasan sekitar.

Seminar Road To Financial Freedom 2024

Seminar Road To Financial Freedom 2024

Lokasi:
Menara Public Gold
 
Alamat:
No. 249, 
Jalan Tun Razak,
50100 Kuala Lumpur.
 
Masa:
8.30 pagi - 4.30 petang
 
Harga Tiket:
RM 90
 
Tarikh:
30 November 2024
 
 
Seminar Road To Financial Freedom yang diajurkan oleh G100 Network bertempat di Menara Public Gold menjadi lokasi persinggahan tunggal pada hari ini. Seharian disini untuk menuntut ilmu dari pelbagai cabang ilmu kewangan.