Rabu, 29 Disember 2021

Jengka Sentral

Jengka Sentral

Lokasi:
Jengka Sentral
 
Alamat:
Jalan Berlian,
26400 Bandar Tun Razak,
Pahang
 
Waktu Operasi:
10.00 pagi - 10.00 malam (Setiap Hari)
 
Alamat Sesawang:
https://www.jengkasentral.my/
 
Tarikh Lawatan:
22 Disember 2021
 
Jengka Sentral menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas Dataran Jam @ Bandar Tun Abdul Razak. Kelihatan tidak banyak aktiviti di tempat ini. Nampak menyedihkan pula rasanya.

Dataran Jam @ Bandar Tun Abdul Razak

Dataran Jam @ Bandar Tun Abdul Razak

Lokasi:
Dataran Jam @ Bandar Tun Abdul Razak
 
Alamat:
8, Jalan Besar,
Bandar Jengka,
26400 Bandar Tun Razak, Pahang
 
Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan
 
Tarikh Lawatan:
22 Disember 2021
 
Dataran Jam @ Bandar Tun Abdul Razak menjadi lokasi persinggahan pertama pada hari ini. Antara lokasi yang tidak diketahui akan kewujudannya sehingga ternampak ketika datang ke Pusat Bandar Jengka ini.
 
Ingat tidak peluang nak lawat dataran ini. Tak sangka pula mereka hendak membeli barang di kedai yang berdekatan dengan tempat ini. Jadi ambilkan kesempatan menjejak kaki dataran ini sementara menunggu.

Warung Acu @ Temerloh

Warung Acu @ Temerloh

Lokasi:
Warung Acu @ Temerloh
 
Alamat:
No 9, Jalan Dagang 2,
Taman Bukit Angin,
28000 Temerloh, Pahang.
 
Waktu Operasi:
3.00 petang - 11.00 pagi (Selasa - Ahad)
Tutup (Isnin)
 
Tarikh Lawatan:
18 Disember 2021

Warung Acu @ Temerloh menjadi lokasi tunggal yang sempat dikunjungi pada hari ini. Hujan masih turun dengan lebat ketika tiba di kedai makan ini. Sudah beberapa hari hujan turun secara konsisten sepanjang hari.
 
Kalau tidak pergi sekarang takut Temerloh banjir. Dah banjir susahlah nak datang sini.

Isnin, 13 Disember 2021

Pelan Perlindungan & Pelaburan Jangka Masa Panjang Mahabbah Takafulink @ Etiqa

Kemaskini pada 04/03/2024

Pelan Perlindungan & Pelaburan Jangka Masa Panjang Mahabbah Takafulink @ Etiqa
Sumber: http://www.1etiqa2u.com/2018/10/mahabbah-takafulink.html

Tawaran Istimewa Khas Untuk Anda:
 
Miliki 0.5 gram emas Public Gold dengan menyertai plan perlindungan Mahabbah Takafulink atau 1 gram emas Public Gold apabila bersetuju membayar bagi tempoh setahun (bagi tahun pertama).
 
Jangan Lepaskan Peluang Ini. Tawaran berakhir 31 Disember 2024.
 
MAHABBAH TAKAFULINK
 
Pengenalan
 
Etiqa Mahabbah Takafulink adalah pelan takaful berkaitan pelaburan yang membantu anda memastikan impian mereka yang tersayang dapat diteruskan walaupun setelah ketiadaan anda.

Bukit Kiara

Puncak Bukit Kiara

Lokasi:
Bukit Kiara
 
Aktiviti:
Pendakian
 
Alamat:
Bukit Kiara Trail,
Sungai Penchala,
60000 Kuala Lumpur.
 
Waktu Pendakian:
8.30 - 12.00 pagi
 
Tahap Kesukaran:
Mudah ke Sederhana
 
Tarikh Lawatan:
12 Disember 2021
 
Bukit Kiara menjadi lokasi pendakian pada hari ini. Pendakian bermula dari Taman Persekutuan Bukit Kiara. Laluan trek hutan ini dahulu biasanya digunakan bagi pertandingan larian dalam hutan (Running Trail).
 
Dah lama teringin mendaki disini tetapi asyik tertangguh sahaja sehinggalah sekarang. Pendakian kali ini ditemani sahabat. 

Khamis, 9 Disember 2021

Ketahui Kos Pelaburan Yang Terlibat

1 Dinar Public Gold

Dalam menilai sesebuah pelaburan. Terdapat dua pekara penting yang wajib diketahui dan ambil berat akannya. Perkara pertama adalah Potensi Keuntungan dalam pelaburan tersebut. Pekara kedua pula adalah Kos Bukan Pelaburan yang terlibat dalam pelaburan.
 
Ramai orang ambil berat pada potensi keuntungan tetapi tidak melihat pada kos bukan pelaburan yang ada. Keuntungan sebenar dalam sesebuah pelaburan adalah jumlah pulangan (ROI) yang diterima setelah ditolak oleh semua kos bukan pelaburan yang terlibat.
 
Contohnya seperti dalam pelaburan hartanah. Kos bukan pelaburan untuk memiliki aset tersebut adalah merangkumi cukai, caj guaman dan sebagainya.

Selasa, 30 November 2021

Ryndu Hot & Grill @ Wangsa Maju

Bahagian Hadapan Kedai Ryndu Hot & Grill @ Wangsa Maju

Lokasi:
Ryndu Hot & Grill @ Wangsa Maju
 
Alamat:
No. 42, Jalan Metro Wangsa,
Seksyen 2 Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur.
 
Waktu Operasi:
11.00 tengah hari - 12.00 pagi (Isnin - Jumaat)
4.00 petang - 12.00 pagi (Sabtu & Ahad)
 
Tarikh Lawatan:
29 November 2021
 
Ryndu Hot & Grill @ Wangsa Maju menjadi lokasi persinggahan hari ini untuk makan malam bersama keluarga terdekat sambil merayakan ulang tahun ke 16 anak buah paling sulung. Meja dah ditempah awal sebelum datang.
 
Jom jamu selera dengan makanan ala barat. 

Wangsa Bowl @ IOI City Mall Putrajaya

Wangsa Bowl @ IOI City Mall Putrajaya

Lokasi:
Wangsa Bowl @ IOI City Mall Putrajaya
 
Alamat:
Lot L2-26,
IOI City Mall,
62502 Putrajaya
 
Waktu Operasi:
10.00 pagi - 10.00 tengah malam (Setiap Hari)
 
Harga:
Kasut: RM 3.00
Stokis: RM 3.00
 
Hari Biasa:
Sebelum Pukul 5.00 Petang
30 Minit: RM 15 (Satu Lorong)
60 Minit: RM 28 (Satu Lorong)
Selepas Pukul 5.00 Petang
30 Minit: RM 22 (Satu Lorong)
60 Minit: RM 40 (Satu Lorong)
 
Hujung Minggu:
30 Minit: RM 27 (Satu Lorong)
60 Minit: RM 50 (Satu Lorong)
 
Cuti Sekolah:
30 Minit: RM 30 (Satu Lorong)
60 Minit: RM 50 (Satu Lorong)
 
Tarikh Lawatan:
27 November 2021
 
Wangsa Bowl @ IOI City Mall Putrajaya menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas melihat kapal terbang mendarat di Flight Landing View (KLIA). Masa untuk bermain boling pula.
 
Oleh kerana sekarang ini masih PKP. Kena beratur dulu sebelum dapat bermain boling. Satu lorong hanya terhad 4 orang sahaja. Nampaknya kena main dua lorong sebab ada 6 orang nak main boling petang ini. Ini juga kali pertama saya bermain boling ikut masa bukannya pusingan. Berapa pusinganlah yang sempat dimain hari ini.

Khamis, 25 November 2021

Jangan Malu Menjadi Kaya

Jangan Malu Menjadi Kaya

 
Berimpianlah untuk menjadi seorang yang kaya. Kerana kekayaan itu memberi kita lebih peluang untuk memilih.
 
Apa Itu Kekayaan?
 
Anda dikira orang yang kaya sekiranya mampu berbelanja kurang dari pendapatan yang diperolehi setiap bulan.
 
Memiliki pendapatan sebanyak RM 2,000 setiap bulan. Berbelanja sebanyak RM 1,800 sebulan. Kekayaan anda bertambah RM 200 pada setiap bulan.
 
Ini adalah maksud yang paling mudah untuk mentafsirkan kekayaan dari sudut kewangan.

Isnin, 22 November 2021

Lakukan Pekara Ini Sebelum Berhenti Kerja

Lakukan Pekara Ini Sebelum Berhenti Kerja

Panduan ini khas bagi anda yang ingin berhenti dari kerja tetap (makan gaji) untuk menjadi usahawan sepenuh masa.
 
Buat persediaan ini sebelum membuat keputusan menghantar notis berhenti kerja.
 
 
Sebelum Berhenti Kerja...
 
1. Pastikan anda telah memiliki simpanan minimum menyamai setahun gaji kasar semasa bekerja tetap. Ini bagi menghadapi situasi yang tidak pasti di masa hadapan.
 
Contohnya:
Gaji Kasar Semasa: RM 3,000
Simpanan Setahun: RM 36,000

Selasa, 16 November 2021

Lakukan Pekara Ini Selepas BERSARA


Selepas Bersara...
 
1. Pastikan simpanan yang ada dilaburkan ke instrumen kewangan yang memberikan pulangan yang melebihi kadar inflasi tetapi memiliki risiko yang rendah seperti emas, Tabung Haji, ASB dan sebagainya
 
Guna simpanan yang ada sedikit demi sedikit mengikut jumlah yang ditetapkan. Supaya wang yang ada dapat dipertahankan selama yang mungkin. Kerana kita tidak tahu berapa lama lagi akan hidup selepas bersara.

Lakukan Pekara Ini Sebelum BERSARA

Lakukan Pekara Ini Sebelum BERSARA


Sebelum Bersara...
 
1. Pastikan semua HUTANG yang ada telah pun diselesaikan terutama hutang jahat. Pengecualian pada hutang rumah sekiranya tidak mampu menyelesaikannya sebelum umur wajib pencen.
 
Apa itu Hutang Jahat?
Hutang yang tidak memberi keuntungan untuk tempoh masa yang panjang malah merugikan dari segi kewangan. Contohnya seperti kereta, kad kredit dan sebagainya.
 
Apa itu Hutang Baik?
Hutang yang memberi keuntungan untuk tempoh masa panjang dari segi kewangan. Biasanya hutang untuk memiliki aset. Contohnya seperti rumah, tanah, emas dan sebagainya.
 
Entri Berkaitan:
Duit Lebihan: Mana Lebih Utama, Simpan Atau Bayar Hutang?

Rabu, 10 November 2021

Bantu Kembangkan PG Mall

Bantu Kembangkan PG Mall

Berdasarkan maklumbalas dari beberapa pelanggan berkaitan kurangnya minat untuk membeli di PG Mall. Didapati terdapat dua faktor utama iaitu:
 
Faktor 1: Barang Dan Perkhidmatan Yang Diperlukan Tiada Di PG Mall.
Faktor 2: Harga Yang Ditawarkan Lebih Mahal Dari Kedai Sebelah (Maya @ Fizikal)
 
Dahulu...
 
Tiada apa yang boleh saya katakan untuk menyelesaikan isu ini. Berharap agar PG Mall berkembangan dengan sendirinya setanding dengan portal membeli-belah yang lain di masa hadapan.
 
Sekarang...
 
Saya boleh bagi cadangan dan penyelesaian untuk dua isu utama ini.

Selasa, 9 November 2021

Pasar Kedai Payang

Pasar Kedai Payang

Lokasi:
Pasar Kedai Payang
 
Alamat:
Jalan Sultan Zainal Abidin,
Kampung Tanjung Kapur,
20200 Kuala Terengganu, Terengganu.
 
Waktu Operasi:
7.00 pagi - 6.00 petang (Setiap Hari)
 
Tarikh Lawatan:
05 November 2021
 
Pasar Kedai Payang menjadi lokasi tunggal yang sempat dikunjungi pada hari ini. Sepanjang pagi hujan turun tanpa berhenti. Ini menyukarkan kami untuk menerokai Kuala Terengganu pada hari ini.
 
Kedatangan kali ini adalah untuk bersarapan pagi sambil membeli cenderahati dan makanan untuk dibawa balik. Perjalanan hari ini tidak beberapa menarik kerana sakit perut dari awal pagi lagi.

Jambatan Angkat Terengganu

Jambatan Angkat Terengganu

Lokasi:
Jambatan Angkat Terengganu
 
Alamat:
Jambatan Angkat Terengganu,
20000 Kuala Terengganu,
Terengganu.
 
Waktu Operasi:
10.00 pagi - 7.00 petang (Isnin - Khamis)
10.00 pagi - 12.30 petang & 2.30 petang - 7.00 petang (Jumaat)
10.00 pagi - 10.00 malam (Sabtu & Ahad)
 
Alamat Sesawang:
https://www.giant.com.my/
 
Tarikh Lawatan:
04 November 2021
 
Jambatan Angkat Terengganu menjadi lokasi terakhir yang sempat dikunjungi pada hari ini selepas Kuala Terengganu City Centre Mall (KTCC Mall). Dapat melihat permandangan waktu malam pun sudah dikira baik.

Kuala Terengganu City Centre Mall (KTCC Mall)

Kuala Terengganu City Centre Mall (KTCC Mall)

Lokasi:
Kuala Terengganu City Centre Mall (KTCC Mall)
 
Alamat:
Lot PT4191 Muara Selatan,
20000 Kuala Terengganu,
Terengganu.
 
Waktu Operasi:
10.00 pagi - 10.00 malam (Setiap Hari)
 
Alamat Sesawang:
http://www.ktccmall.com.my/
 
Tarikh Lawatan:
04 November 2021
 
Kuala Terengganu City Centre Mall (KTCC Mall) menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas makan sotong celup di SCT Sotong Celop Tepung berdekatan Pantai Chendering. Misi utama cari mesin ATM. Pekara lain itu satu pilihan.

Pantai Chendering

SCT Sotong Celop Tepung

Lokasi:
Pantai Chendering
 
Alamat:
Jalan Pantai Peranginan Chendering,
21080 Kuala Terengganu,
Terengganu.
 
Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan
 
Aktiviti:
Mandi Pantai
 
Tarikh Lawatan:
04 November 2021
 
SCT Sotong Celop Tepung yang terletak di Pantai Chendering menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas selesai melakukan aktiviti Snorkeling @ Pulau Kapas serta mendaftar masuk ke homestay di Bukit Payong, Kuala Terengganu.
 
Lokasi ini asalnya dipilih kerana waktu operasinya lewat (tutup pukul 7.35 petang) berbanding dengan kedai lain sekitar Kuala Terengganu. Ada orang teringin makan sotong celup di Kuala Terengganu.
 
Nampak pantai, singgahlah sekejap. Ramai juga pengunjung petang ini.

Snorkeling @ Pulau Kapas

Snorkeling @ Pulau Kapas

Lokasi:
Pantai Pulau Kapas
 
Aktiviti:
Snorkeling
Alamat:
Pulau Kapas,
Terengganu.
 
Waktu Operasi:
9.00 - 11.00 pagi
 
Tarikh Lawatan:
04 November 2021
 
Snorkeling menjadi aktiviti pertama yang dilakukan pada percutian hari kedua di Pulau Kapas. Pengalaman kali pertama ini. Risau dan ghairah juga rasa dihati. Maklumlah tiada pengalaman hidup snorkeling melihat ikan di tengah lautan. Jauh sikit dari pantai. Memang terapunglah dibuatnya nanti.
 
Sebelum memulakan aktiviti ini, kami diberi taklimat ringkas bagi menggelak dari berlakunya kemalangan ketika di lautan.

Isnin, 8 November 2021

Pantai Pulau Kapas

Pantai Pulau Kapas

Lokasi:
Pantai Pulau Kapas
 
Alamat:
Pulau Kapas,
Terengganu.
 
Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan

Aktiviti:
Mandi Pantai
 
Tarikh Lawatan:
03-04 November 2021
 
Mandi di Pantai Pulau Kapas menjadi aktiviti pertama yang dilakukan di Pulau Kapas selepas mendaftar masuk ke Kapas Coral Beach Resort @ Pulau Kapas. Dah lama tak mandi pantai di Pulau. Ombak pun nampak kuat hari ini.

Kapas Coral Beach Resort @ Pulau Kapas

Kapas Coral Beach Resort @ Pulau Kapas

Lokasi:
Kapas Coral Beach Resort @ Pulau Kapas
 
Alamat:
Pulau Kapas,
Terengganu.
 
Waktu Operasi:
3.00 petang (Daftar Masuk)
12.00 petang (Daftar Keluar)
 
Kadar Sewa:
RM 225.00 (Triple Sharing)
 
Tarikh Lawatan:
03-04 November 2021
 
Kapas Coral Beach Resort @ Pulau Kapas menjadi tempat menginapan di Pulau Kapas pada hari ini selepas menaiki bot dari Jeti Marang @ Pulau Kapas yang terletak berdekatan dengan Marang Water Front

Pulau Kapas

Pantai Di Pulau Kapas

Lokasi:
Pulau Kapas

Alamat:
Pulau Kapas,
Terengganu.
 
Waktu Operasi:
9.00 pagi - 6.00 petang (Setiap Hari Kecuali Musim Tengkujuh)
 
Aktiviti Yang Dilakukan:
Mandi Pantai
Snorkeling
 
Harga Tiket (Aktiviti):
 
Banana Boat
RM 20 (Tiket)
Berkayak
RM 20 (Tiket)
Hiking:
RM 15 (Tiket)

Waktu Operasi:
10.00 pagi & 2.00 petang (Sabtu - Khamis)
4.00 petang (Jumaat)

Island Tour:
RM 25 (Tiket)
Snorkeling:
RM 25 (Tiket)

Waktu Operasi:
9.00 & 11.00 pagi, 1.00 (Kecuali Jumaat) & 3.00 petang (Setiap Hari)
 
Lokasi Penginapan:
Kapas Coral Beach Resort @ Pulau Kapas
 
Tarikh Lawatan:
03-04 November 2021

Marang Water Front

Marang Water Front

Lokasi:
Marang Water Front
 
Alamat:
Bandar Marang,
21600 Marang,
Terengganu.
 
Waktu Operasi:
Tiada had waktu yang ditetapkan
 
Tarikh Lawatan:
03 November 2021
 
Marang Water Front menjadi lokasi persinggahan sementara menunggu bot bertolak dari Jeti Marang @ Pulau Kapas. Disebabkan masa semakin suntuk dan cuaca tidak mengizinkan (masih renyai). Jadi tidak terokai kawasan sepenuhnya.