Isnin, 11 Mei 2020

Konvensional Dan Islam: Sama Tapi Tidak Serupa

Konvensional Dan Islam: Sama Tapi Tidak Serupa


Apa???
Betul ke Perbankkan Islam itu ada riba?

Nanti dulu, mari kita merungkai persoalan ini satu persatu.

Secara prinsipnya, setiap faedah yang diterima ke atas pinjaman dikira riba. Contohnya seperti berikut.

Situasi 1
Ali pinjam RM 10,000 dari Abu. Ali wajib bayar balik sebanyak RM 10,500 kepada Abu dalam tempoh masa yang ditetapkan. Tambahan RM 500 yang diperolehi oleh Abu itu dikira riba (kecuali sekiranya pemberian RM 500 dari Ali adalah secara sukarela sebagai hadiah, tidak termasuk dalam perjanjian)

Situasi 2
Setiap hari Amir makan secara percuma di restauran Akmal selagi mana hutang yang ada belum diselesaikan. Setiap apa yang Amir makan itu dikira riba.

Jadi bagaimana Bank-bank Islam di Malaysia mengelak dari situasi ini? Ingat ya bank bukan badan kebajikan. Ia entiti perniagaan.

Contoh 1# Pembiayaan Kereta, Rumah Dan Sebagainya Yang Berbentuk Fizikal

Bagi mengelak dari unsur riba, bank mendapat keuntungan dari aktiviti jual beli bukannya dari kadar faedah (interest) ke atas pinjaman.

Contohnya seperti berikut:

Ali membuat pembiayaan rumah dengan bank M. Bank M beli rumah tersebut, kemudian menjualnya kembali kepada Ali dengan harga yang ditetapkan mengikut kadar faedah maksimum 5% setahun dalam tempoh 35 tahun.

Nampak macam sama sahaja dengan bank konvensional dari segi kiraan kadar faedahnya. Yang membezakan antara islamik dan konvensional ialah had kadar faedah yang ditetapkan.

Bank tidak boleh jual rumah dengan dua harga yang berbeza. Ini bermaksud, bank islam memberi diskaun pembayaran ke atas pelanggan selagi kadar faedah yang ditetapkan tidak mencecah had maksimum.

Faham tidak? Mari kita tengok contoh seperti dibawah untuk memberi kefahaman secara lebih mudah.

Jenis pembiayaan: Rumah
Tempoh masa: 35 tahun
Had Kadar Faedah: 5% setahun
Kadar Faedah semasa: 3% setahun
Berbezaan: 5%-3% = 2% (Diskaun yang diberi)


Contoh 2: Kedai Pajak Ar-Rahnu

Secara amnya, kedai pajak berfungsi sebagai tempat untuk mendapatkan pinjaman segera (wang tunai) dengan cara mengadaikan sesuatu yang berharga seperti emas. Ada sesetengah kedai pajak menerima barang selain dari emas. Seperti jam tangan Rolex.

Apakah yang membezakan antara kedai pajak biasa (konvensional) dengan Ar-Rahnu?
Kedai pajak biasa mendapat untung melalui interest yang dikenakan terhadap pinjaman yang diberikan. Ar-Rahnu pula mendapat untung melalui upah simpan yang dikenakan diatas barang yang disimpan.

Cara untung yang kelihatan sama tetapi ia amat berbeza.


Contoh 3: Pembiayaan PTPTN

Bagi mengalakkan lepasan sekolah menyambung pengajian di peringkat universiti, pihak kerajaan telah mewujudkan pinjaman mudah khas untuk pendidikan diperingkat tinggi (universiti) bermula pada tahun 1997.

Pada permulaannya, pinjaman pendidikan ini berbentuk konvensional sehingga ia diubah dalam bentuk islamik (ujrah) bermula pada tahun 2008.

Apakah perbezaanya?
1# Caj yang dikenakan oleh pinjaman konvensional adalah sebanyak 3% mengikut baki pinjaman semasa. Manakala, bagi pembiayaan ujrah. Caj sebanyak 1% dikenakan pada kadar yang sama rata tanpa merujuk baki hutang semasa.

2# Kos yang dikenakan oleh pinjaman konvensional dipanggil bunga (interest). Manakala kos yang dikenakan oleh pembiayaan ujrah dipanggil kos pentadbiran.

3# Bagi pinjaman konvensional, interest tetap berjalan selagi hutang masih ada. Manakala pembiayaan ujrah tidak dikenakan kos pentadbiran selepas tempoh pembiayaan berakhir walaupun hutang masih berbaki.

Nampakkan perbezaan antara sistem perbankkan Islam dengan Konvensional. Kerana sesungguhnya islam itu amat adil kepada semua pihak yang terlibat.

Diharap coretan ini dapat membantu anda melihat keindahan islam itu sendiri terutama dalam bidang muamalat.

Penafian:
Saya bukanlah pakar dalam bidang muamalat. Hanya ingin berkongsi sedikit ilmu yang dimiliki. Sekiranya silap tolong maklumkan iya.

Youtube Channel:
Konvensional Dan Islam: Sama Tapi Tidak Serupa

Tiada ulasan:

Catat Komen