Khamis, 29 Ogos 2019

Blue Coral Aquarium @ Menara KL

Blue Coral Aquarium @ Menara KL

Lokasi:
Blue Coral Aquarium @ Menara KL

Alamat:
Menara Kuala Lumpur
2, Jalan Puncak,
50250 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
9.00 pagi - 9.30 malam (Setiap Hari)

Harga Tiket:
RM 18 (Dewasa)
RM 15 (Kanak-Kanak)

Alamat Sesawang:
http://www.bluecoralaquarium.my/

Tarikh Lawatan:
18 Ogos 2019

Blue Coral Aquarium @ Menara KL menjadi lokai terakhir yang sempat dilawati pada hari ini selepas selesai menjamu selera di Atmosphere 360 Revolving Restaurant@ Menara KL.

Atmosphere 360 Revolving Restaurant @ Menara KL


Atmosphere 360 Revolving Restaurant @ Menara KL

Lokasi:
Atmosphere 360 Revolving Restaurant @ Menara KL

Alamat:
Menara Kuala Lumpur
2, Jalan Puncak,
50250 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
11.30 pagi - 1.00 petang (Sesi I)

Harga Tiket:
RM 135 (Seorang)
RM 25 (Duduk Tepi Tingkap)

Alamat Sesawang:
http://atmosphere360.com.my/

Tarikh Lawatan:
18 Ogos 2019

Atmosphere 360 Revolving Restaurant @ Menara KL menjadi lokasi persinggahan untuk makan tengah hari selepas meluangkan masa bersiar-siar di Pelantar Pemerhati (Observation Deck) @ Menara KL sementara menunggu pukul 11.30 pagi.

Pada asalnya kami ingin makan malam disini tetapi disebabkan harganya yang terlalu mahal (dua kali ganda berbanding makan tengah hari) menyebabkan terpaksa memilih untuk makan tengah hari sahaja sempena menyambut ulangtahun pertama perkahwinan.

Sabtu, 17 Ogos 2019

Tips Membeli-Belah Secara 'Percuma' Di PG Mall

Kemaskini pada 18/02/2023
Tips Membeli-Belah Secara 'Percuma' Di PG Mall

Artikel kali ini saya kongsikan kepada anda bagaimana membeli-belah di PG Mall secara percuma. Ya secara PERCUMA tanpa perlu mengeluarkan satu sen pun. Rahsianya adalah dengan menggunakan duit yang ada dalam C-Wallet semasa membuat pembayaran di PG Mall. Itu sahaja rahsianya.

Persoalannya sekarang, bagaimana hendak mendapatkan duit dalam C-Wallet itu tanpa mengeluarkan duit sendiri? Berikut adalah cara untuk memperolehinya:


1. Datang Ke Branch Weekly Meeting (BMW)/ G100 Talk Show

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah dengan meluangkan masa menghadiri seminar emas Public Gold (juga dikenali sebagai BMW) di cawangan Public Gold terdekat. Masuk adalah percuma. Dengan menghadirkan diri sahaja, anda berpeluang memenangi hadiah tunai dalam cabutan bertuah yang akan dikredit terus ke C-Wallet.

Tahukah anda, dengan membeli sebarang produk Public Gold semasa seminar berlangsung. Anda layak menyertai cabutan bertuah khas bagi para pembeli sahaja. Dengan erti kata lain, anda mendapat dua kali peluang memenangi duit dalam C-Wallet sebagai seorang peserta dan juga pembeli.

Rabu, 7 Ogos 2019

Award Recognition Night (ARN) 2019

Award Recognition Night (ARN) 2019

Lokasi:
Pullman Kuala Lumpur @ Bangsar Hotel

Alamat:
1, Jalan Pantai Baharu,
Jaya Tower 3,
59200 Kuala Lumpur.

Masa Lawatan:
6.00 petang - 11.00 malam (Sabtu)

Harga Tiket:
RM 180

Tarikh Lawatan:
27 Julai 2019

Award Recognition Night 2019. Malam meraikan kejayaan Dealer Public Gold yang mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun kewangan 2019 (April 2018 - Mac 2019).

Ini adalah kali kedua saya menghadiri jamuan makan malam yang dianjurkan oleh Public Gold. Kali pertama hadir sorang-sorang saja, maklumlah masa itu masih bujang. Kali ini dah ada pasangan, bawalah bersama.

Tips Dan Panduan Ringkas Untuk Memulakan Simpanan

Tips Dan Panduan Ringkas Untuk Memulakan Simpanan

Artikel kali ini saya kongsikan beberapa tips dan panduan ringkas bagi anda yang ingin mencari kaedah yang mudah dan praktikal untuk memulakan simpanan.

1# Simpan Mengikut Jenis Wang Yang Disukai Setiap Kali Memperolehinya

Terdapat pelbagai jenis matawang Malaysia yang sedia ada dipasaran seperti duit syilling (5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen) dan wang kertas (RM 1, RM 5, RM 10, RM 20, RM 50 dan RM 100). Apa yang anda perlu lakukan hanya memilih jenis apa yang ingin disimpan. Kemudian, simpan wang tersebut setiap kali memperolehinya.

Sediakan tabung khas untuk menyimpannya. Kebiasaannya, orang akan memilih wang kertas yang jarang diperolehi seperti RM 5 dan RM 20 untuk disimpan. Saya pula memilih syilling untuk disimpan dalam tabung TH sehingga penuh. Setelah itu saya akan kira syilling yang ada untuk mengetahui berapa banyak wang yang berjaya disimpan.

Kemudian simpanan tersebut akan saya dikreditkan ke dalam akaun Tabung Haji. Sekarang proses mendeposit syilling di Tabung Haji amatlah mudah. Hanya perlu kira menggunakan mesin kira syilling yang tersedia di tepi kaunter. Kemudian, resit tersebut akan dibawa ke kaunter bagi tujuan deposit wang dalam akaun.

Kaedah ini telah saya amalkan semenjak dari kecil lagi sehingga kini. Ia secara langsung membentuk tabiat suka menyimpan dalam diri ini.