Rabu, 7 Ogos 2019

Tips Dan Panduan Ringkas Untuk Memulakan Simpanan

Tips Dan Panduan Ringkas Untuk Memulakan Simpanan

Artikel kali ini saya kongsikan beberapa tips dan panduan ringkas bagi anda yang ingin mencari kaedah yang mudah dan praktikal untuk memulakan simpanan.

1# Simpan Mengikut Jenis Wang Yang Disukai Setiap Kali Memperolehinya

Terdapat pelbagai jenis matawang Malaysia yang sedia ada dipasaran seperti duit syilling (5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen) dan wang kertas (RM 1, RM 5, RM 10, RM 20, RM 50 dan RM 100). Apa yang anda perlu lakukan hanya memilih jenis apa yang ingin disimpan. Kemudian, simpan wang tersebut setiap kali memperolehinya.

Sediakan tabung khas untuk menyimpannya. Kebiasaannya, orang akan memilih wang kertas yang jarang diperolehi seperti RM 5 dan RM 20 untuk disimpan. Saya pula memilih syilling untuk disimpan dalam tabung TH sehingga penuh. Setelah itu saya akan kira syilling yang ada untuk mengetahui berapa banyak wang yang berjaya disimpan.

Kemudian simpanan tersebut akan saya dikreditkan ke dalam akaun Tabung Haji. Sekarang proses mendeposit syilling di Tabung Haji amatlah mudah. Hanya perlu kira menggunakan mesin kira syilling yang tersedia di tepi kaunter. Kemudian, resit tersebut akan dibawa ke kaunter bagi tujuan deposit wang dalam akaun.

Kaedah ini telah saya amalkan semenjak dari kecil lagi sehingga kini. Ia secara langsung membentuk tabiat suka menyimpan dalam diri ini.

Masih Setia Menabung Dalam Tabung TH Sehingga Kini (Saat Artikel Ini Ditulis)

2# Simpan Sekurang-Kurangnya 10% Pendapatan Bersih Yang Diperolehi Melalui Kaedah Potongan Secara Terus (Standing Intruction)

Bagi anda yang menghadapi kekangan masa atau tidak mampu menyimpan duit secara konsisten pada setiap bulan. Anda boleh menggunakan kaedah potongan terus (Standing Instruction) melalui akaun bank ke akaun simpanan lain seperti Gold Accumulation Program (GAP) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) mengikut tarikh dan jumlah yang di ingini. Ini secara langsung dapat menjimatkan masa serta membantu anda menyimpan secara tetap setiap bulan tanpa gagal.

Hanya pastikan tarikh yang ditetapkan adalah lebih lewat selepas tarikh gaji diterima. Ini bagi mengelakkan kegagalan proses permotongan gaji secara automatik atas sebab tiada duit dalam akaun.

Sila rujuk bank anda bagi mengetahui kaedah membuat Potongan Tetap (Standing Instruction) melalui akaun simpanan.

Kempen Potongan Bulanan Secara Tetap (SI) Public Gold

3# Simpan 100% Pendapatan Tambahan Yang Diperolehi

Kaedah ini sesuai digunakan bagi anda yang tidak mampu hidup dibawah kemampuan. Dengan erti kata lain tidak mampu menyimpan sebelum belanja atau pendapatan yang diperolehi hanya cukup untuk menanggung kos sara hidup sahaja. Bagi anda yang tiada masalah untuk menyimpan secara tetap, kaedah ini membantu meningkatkan simpanan sedia anda.

Apa yang dimaksudkan dengan pendapatan tambahan? Pendapatan tambahan adalah segala wang yang diperolehi selain daripada pendapatan tetap seperti bonus, hadiah, dividen, pendapatan sampingan dan sebagainya. Simpan semuanya setiap kali memperolehinya. Anda akan terkejut melihat simpanan yang ada dimasa depan nanti sekiranya mampu melakukannya.

4# Berhutang Untuk Menyimpan

Kaedah ini hanya sesuai bagi orang yang mempunyai masalah untuk menyimpan sendiri tetapi masih mampu untuk membayar hutang setiap bulan secara konsisten tanpa gagal.

Hanya saya tidak galakkan mengunakan kaedah ini kerana ia berisiko tinggi. Silap percaturan anda akan mengalami kerugian yang besar. Berhutang bererti anda terikat dengan komitment untuk membayar kembali pinjaman yang ada dalam jangka tempoh masa yang ditetapkan. Ini akan mendedahkan risiko kewangan di masa hadapan. Oleh itu sebelum menggunakan kaedah ini, anda perlu pastikan bahawa:

1# Bunga (Interest) yang dibayar kurang dari dividen yang diperolehi seperti membuat pinjaman (ASB Loan) untuk pelaburan di Amanah Saham Bumiputera (ASB).

2# Pastikan jumlah yang perlu dibayar setiap bulan berada dalam kemampuan anda serta memiliki tempoh masa yang pendek seperti membeli emas Public Gold secara ansuran melalui kemudahan Easy Payment Purchase (EPP). Anda hanya perlu membayar selama 4 bulan (4 kali) atau 10 bulan (10 kali) sahaja bergantung kepada harga emas yang dibeli.

3# Pastikan pinjaman tersebut dilindungi insurans bagi mengelakkan waris perlu melunaskan hutang yang ada sekiranya berlaku sesuatu yang tidak di ingini ke atas diri anda seperti kematian atau keliatan kekal.

Begitulah sedikit sebanyak panduan ringkas yang saya boleh kongsikan kali ini. Saya berharap agar ia memberi manfaat kepada anda bagi memulakan simpanan pada hari ini juga.

“Ramai Orang Menyesal Kerana Tidak Menyimpan, Ramai Orang Juga Menyesal Tidak Menyimpan Seawal Yang Mungkin, Sebanyak Yang Mungkin. Oleh Itu Jangan Mengulangi Kesilapan Tersebut. Simpanlah Sebanyak Yang Mungkin, Seawal Yang Boleh

Tips Tambahan: Jadikan EMAS sebagai alat untuk menyimpan duit. Anda akan terkejut melihat hasilnya nanti dimasa hadapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan