Isnin, 27 Mac 2023

Testimoni Private Webinor Membina Satu Juta Pertama (Special Edition) Mac 2023

Testimoni Private Webinor Membina Satu Juta Pertama (Special Edition) Mac 2023

Entri kali ini saya kongsikan sebahagian himpunan dari luahan (testimoni) penonton Private Webinor: Membina Satu Juta Pertama pada 17 Mac 2023 di Zoom Meeting yang dipersembahkan dalam bentuk gambar oleh G100 Network.
 
Moga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda dalam membuat perancangan kewangan yang berhemah dan berkesan.

Jumaat, 17 Mac 2023

Taman Eko Rimba Sungai Sendat

Taman Eko Rimba Sungai Sendat
 
Lokasi:
Taman Eko Rimba Sungai Sendat
 
Alamat:
Jalan Kampung Gurney,
44300 Batang Kali,
Selangor.
 
Waktu Operasi:
8.00 pagi - 5.00 petang (Setiap Hari)
 
Harga Tiket:
RM 3 (Dewasa)
RM 2 (Kanak-Kanak)
RM 3 (Tempat Letak Kenderaan)

Tarikh Lawatan:
15 Mac 2023 (Kali Ke-1)
12 Jun 2023 (Kali Ke-2)
 
Taman Eko Rimba Sungai Sendat menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas membuat kunjungi singkat di Fraser Valley. Lihat air terjun pula sebelum pulang.

Taman Eko Rimba Sungai Sendat menjadi lokasi persinggahan terakhir selepas mengunjungi Masjid Jamek Al-Khalidah. Kedatangan kali ini adalah untuk mandi air terjun selepas mendaki bukit. Sejukkan sikit badan.

Khamis, 16 Mac 2023

Fraser Valley

Fraser Valley

Lokasi:
Fraser Valley
 
Alamat:
Lot 2440, 3545,
Jalan Ampang Pechah,
44200 Kuala Kubu Bharu, Selangor
 
Waktu Operasi:
Tidak diketahui
 
Tarikh Lawatan:
15 Mac 2022
 
Fraser Valley menjadi lokasi persingahan seterusnya selepas mengunjungi Taman Millenium @ Kuala Kubu Bharu. Hendak lihat apa yang menarik disini.

Dataran Sungai Selangor

 Dataran Sungai Selangor


Lokasi:
Dataran Sungai Selangor

Alamat:
Jalan Ampang Pechah,
44000 Kuala Kubu Baru,
Selangor.
 
Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan
 
Tarikh Lawatan:
15 Mac 2022
 
Dataran Sungai Selangor menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas Kawasan Rekreasi Alur Lempah. Disini juga terletak jambatan gantung.

Kawasan Rekreasi Alur Lempah

 Kawasan Rekreasi Alur Lempah


Lokasi:
Kawasan Rekreasi Alur Lempah
 
Alamat:
24, Taman Ampang Pecah,
Taman Tanjak,
44000 Kuala Kubu Baru, Selangor.
 
Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan
 
Tarikh Lawatan:
15 Mac 2022
 
Kawasan Rekreasi Alur Lempah menjadi lokasi persinggahan pertama pada hari ini. Mulakan hari dengan bermain air sungai.

Jumaat, 10 Mac 2023

Pantai Cempaka

Pantai Cempaka

Lokasi:
Pantai Cempaka
 
Alamat:
Lrg Cempaka 1,
Kg. Seri Cempaka Pantai Cempaka,
26060 Kuantan, Pahang.
 
Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan
 
Tarikh Lawatan:
3 Mac 2023 (Kali Ke-1)
1 November 2024 (Kali Ke-2)
 

Pantai Cempaka menjadi lokasi kunjungan terakhir untuk hari ini selepas Kuantan Art Street. Niat hati ini mengunjungi banyak lagi tempat menarik yang lain yang belum sampai tetapi terpaksa tangguh atas kesihatan yang tidak mengizinkan. Singgah dulu pantai ini sebelum pulang.

Pantai Cempaka menjadi lokasi petama yang dilawati pada kunjungan kali kedua. Datang ke sini untuk ambil angin pantai. Dah lama tak lepak tepi pantai.

Kuantan Art Street

Kuantan Art Street

Lokasi:
Kuantan Art Street
 
Alamat:
Lorong Seni,
Jalan Taman,
25000 Kuantan, Pahang.
 
Masa Lawatan:
Tiada masa yang ditetapkan
 
Harga Tiket:
Percuma
 
Tarikh Lawatan:
03 Mac 2023
 
Kuantan Art Street menjadi lokasi persinggahan pertama untuk hari ini selepas daftar keluar dari hotel dan sebelum pulang ke Selangor. Masa untuk lihat seni lukisan dinding yang ada di Kuantan.

Selasa, 7 Mac 2023

Jaman Tory Resepi

 Jaman Tory Resepi


Lokasi:
Jaman Tory Resepi
 
Alamat:
Jalan IM 2/3,
Bandar Indera Mahkota,
25200 Kuantan, Pahang
 
Waktu Operasi:
12.00 pagi - 11.00 malam (Sabtu - Khamis)
11.00 pagi - 1.00 petang & 2.00 petang - 11.00 petang (Jumaat)
 
Tarikh Lawatan:
2 Mac 2023
 

Jaman Tory Resepi menjadi lokasi terakhir yang sempat dikunjungi pada hari ini selepas daftar masuk ke Kosma Boutique Hotel.
 
Nasib baik hari ini tak ramai pengunjungi. Tak perlu menunggu lama untuk beratur menunggu giliran. Dahlah hujan pun turun lebat petang ini.

Kosma Boutique Hotel

 Kosma Boutique Hotel

Lokasi:
Kosma Boutique Hotel
 
Alamat:
A-73, Jalan Teluk Sisek,
Padang Lalang Industrial Area,
25050 Kuantan, Pahang
 
Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditentukan
 
Harga Sebilik:
RM 85.50
 
Alamat Sesawang:
http://www.kosma.com.my/hotel/boutique.html
 
Tarikh Lawatan:
02-03 Mac 2023
 
Kosma Boutique Hotel menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas mengunjungi Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu @ Cherating. Daftar masuk dulu untuk letak barang sebelum teruskan percutian untuk hari ini.

Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu @ Cherating

Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu @ Cherating

Lokasi:
Pusat Konservasi & Penerangan Penyu
 
Alamat:
KM 45, Jln Kuantan - Kemaman,
Bukit Cherating,
26080 Kuantan, Pahang.
 
Masa Lawatan:
9.30 pagi - 4.30 petang (Rabu - Ahad)
Isnin & Selasa (Tutup)
 
Harga Tiket:
Percuma
 
Tarikh Lawatan:
02 Mac 2023
 
Pusat Konservasi & Penerangan Penyu yang terletak di Cherating menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas mengunjungi Pantai Cherating. Mari lihat apa yang menarik disini.

Isnin, 6 Mac 2023

Pantai Cherating

 Pantai Cherating


Lokasi:
Pantai Cherating
 
Alamat:
Jln Kuantan - Kemaman,
Bukit Cherating,
26080 Kuantan, Pahang
 
Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan
 
Tarikh Lawatan:
2 Mac 2023
 
Pantai Cherating menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas mengunjungi Pantai Chendor. Hendak lihat keadaan pantai disini pula. Sudah lama tak kunjungi pantai ini. Rasanya kali terakhir pada tahun 2014.
 
Walaupun jajaran pantai ini sungguh luas, kebanyakkan kawasan pantai adalah khas untuk chalet dan hotel yang ada sekitarnya. Hanya lokasi ini sahaja yang boleh dikunjungi tanpa perlu masuk ke dalam kawasan penginapan.

Pantai Chendor

 Pantai Chendor


Lokasi:
Pantai Chendor
 
Alamat:
Jalan Pantai Chendor,
24000 Chukai,
Terengganu.
 
Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan
 
Tarikh Lawatan:
2 Mac 2023
 
Pantai Chendor yang terletak di sempadan Terengganu dan Pahang menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas mengunjungi Pantai Teluk Mak Nik @ Monica Bay.
 
Penjelajahan menerokai pelbagai jenis pantai yang ada di sepanjang laluan menuju ke Kuantan.

Warung Aziz Satar

 Warung Aziz Satar


Lokasi:
Warung Aziz Satar
 
Alamat:
T124,
Kampung Geliga Cik Akob,
24000 Chukai, Terengganu.
 
Waktu Operasi:
9.00 pagi - 7.00 petang (Sabtu - Khamis)
9.00 pagi - 1.00 petang & 2.00 petang - 7.00 petang (Jumaat)
 
Tarikh Lawatan:
2 Mac 2023
 
Warung Aziz Satar yang terletak berdekatan dengan Pantai Kuala Kemaman menjadi lokasi persinggahan seterusnya. Singgah disini sekejap untuk menjamu selera makan sotong celup tepung.
 
Dengan cerita sedap. Mari lihat sejauh mana kebenarannya.

Ahad, 5 Mac 2023

Hotel Shafura 2

Hotel Shafura 2

Lokasi:
Hotel Shafura 2
 
Alamat:
Lot 920, Lorong 13, Kampung Besut,
Jalan Penghiburan,
24000 Chukai, Terengganu
 
Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditentukan
 
Harga Sebilik:
RM 96.95
RM 50.00 (Deposit)
RM 3.00 (Duti Hiburan)
 
Alamat Sesawang:
https://shafurahotel2.business.site/

Tarikh Lawatan:
01-02 Mac 2023
 
Hotel Shafura 2 menjadi lokasi penginapan pada percutian kali ini. Oleh kerana hujan sepanjang hari, maka tiada lokasi menarik yang dapat dikunjungi sekitar Chukai pada hari. Berharap esok cuaca mengizinkan.
 
Rugi datang sejauh ini apabila tiada tempat yang dikunjungi langsung.

Malbat Tomyam

Malbat Tomyam

Lokasi:
Malbat Tomyam
 
Alamat:
Jalan Maran - Temerloh,
Kampung Batu Empat,
28000 Temerloh, Pahang

Waktu Operasi:
3.00 petang - 1.30 pagi (Setiap Hari)
 
Tarikh Lawatan:
26 Februari 2023
 
Malbat Tomyam menjadi lokasi tunggal yang dikunjungi pada hari ini selepas menyelesaikan urusan di bandar Temerloh sambil melawat ayah mertua di hospital. Makan malam dulu sebelum pulang.