Sabtu, 31 Julai 2021

Lengkapkan Perlindungan Takaful Anda

Lengkapkan Perlindungan Takaful Anda

Disuatu Hari Yang Tenang...

Seorang sahabat (saya namakan sebagai Mr. A) menghubungi saya melalui Whatapps bertanyakan tentang satu lukisan kartun yang menceritakan tentang kad perubatan.

Si anak bertanyakan kepada ibunya bolehkah guna kad perubatan arwah ayahnya yang mempunyai had tahunan sebanyak 1 juta untuk membeli makanan. Si ibu hanya kesedihan mengenangkan nasib yang menimpa mereka berdua.
 
Mr. A tanya kepada saya adakah lukisan kartun ini mencerminkan kenyataan. Saya jawap betul dan memberi penjelasan ringkas berkaitan fungsi kad perubatan dalam Takaful.
 

Rabu, 21 Julai 2021

ASB vs Emas: Mana Lebih Menguntungkan?

Buku TH, Buku ASB dan Emas 1 Dinar

Entri kali ini saya kongsikan salah satu soalan yang pernah ditanya oleh prospek suatu masa dahulu serta jawapannya.
 
Cara jawab pun berubah seiringi dengan peningkatan dalam ilmu pengetahuan dan pengalaman diri. Adakah ini satu penanda kematangan?
 
Soalan:
Antara ASB dengan Emas, mana lebih menguntungkan?

Isnin, 19 Julai 2021

4 Jenis Kontrak Asas Takaful Hayat

Kemaskini pada 30/08/2021

4 Jenis Kontrak Asas Takaful Hayat

Entri kali ini saya kongsikan empat jenis Kontrak Takaful Hayat asas yang ada dipasaran pada masa kini seperti yang dikongsi oleh pakar kewangan Malaysia tuan Azizi Ali dalam buku Jutawan Dari Planet Jupiter.

Jumaat, 16 Julai 2021

Mudah Sahaja Urusannya (Jual Balik)

Iklan Jual Balik Emas Ke Public Gold

Minggu lepas (Disember 2020) saya dihubungi melalui WhatsApp oleh seorang sahabat yang juga pelanggan saya encik A bertanyakan cara menjual balik jongkong perak Public Gold yang dimiliki oleh ayah mertuanya.

Khamis, 1 Julai 2021

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK)

Papan Tanda Di WTCKL

Lokasi:
World Trade Centre Kuala Lumpur (WTC KL)
 
Alamat:
41, Jalan Tun Ismail, Chow Kit,
50480 Kuala Lumpur,
Waktu Operasi:
9.00 pagi - 9.00 malam (Setiap Hari)
 
Alamat Sesawang:
https://worldtradecentrekl.com.my/
 
Tarikh Lawatan:
26 Jun 2021 (Kali Ke-1)
28 Ogos 2021 (Kali Ke-2)
 
Kedatangan kali ini adalah untuk menyahut seruan kerajaan menyertai program vaksinasi covid-19 peringkat kebangsaan. Jadual temujanji sepatutnya pada hujung bulan Julai tapi dipercepatkan ke hari ini. Berbaloi juga berebut daftar untuk dapatkan vaksin Astrazeneca hari itu. Satu-satunya vaksin yang boleh direbut. Yang lain telah ditetapkan oleh kerajaan. Temujanji kali ini pada pukul 12.30 petang. Oklah, tak lewat, tak awal sangat.
 
Kedatangan kali kedua pula bagi melengkapkan perlindungan vaksin bagi covid-19. Maklumlah wajib ambil 2 dos. Kali ini datang awal sikit dari jadual. Waktu tidak penting, yang penting tarikh kena betul. Hari ini naik kereta pula.